Saya telah mendapat maklumat seorang pelajar anak yatim yang berasal dari Kg Sg 
Buloh, Simpang Durian, Jelebu , N.Sembilan yang sedang menuntut di tahun akhir 
Universiti Al Azhar , Mesir memerlukan bantuan kewangan untuk menamatkan 
pengajian beliau dalam bidang Syariah Islamiah.  Beliau secara keseluruhannya 
cemerlang dalam pembelajaran dimana beliau mendapat pangkat Jayyid.

Pelajar tersebut ialah Ayub bin Baharuddin , bapanya telah meninggal dunia dan 
emaknya hanyalah seorang suri rumah. Beliau mempunyai 7 orang adik beradik di 
mana 2 orang sudah bekerja. Beliau adalah merupakan bekas pelajar Maahad Ahmadi 
, Gemencheh dan mendapat pencapaian Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia 

Anggaran kos yang diperlukan untuk menamatkan pengajian beliau adalah sekitar 
RM 2,500. 

Mereka yang sudi membantu atau sudi meminjamkan wang untuk adik Ayub menamatkan 
pengajian bolehlah menghubungi Ustaz Khairul Azhar Kamarudin 0192245321 atau 
Saudara Mohd Noor Uzairi Adam 0196921232

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun ibu beliau atas nama Safiah bt 
Jais , No akaun 351-710843-025 (Bank : HSBC) 



      

Kirim email ke