Menarik ni, di dalam agama kita, setiap perbuatan yang berkait dengan ibadah pasti ada contohnya dari Rasul saw yang mulia. Boleh tak sertakan sekali dalil serta nas yang mengatakan bahawa perlu di qada solat tersebut supaya ianya lebih meyakinkan kita semua sebab saya yakin, Rasulullah saw punya isteri dan pasti isteri2 baginda di datangi haid....bagaimana mereka menghadapi situasi ini. Terima kasih atas penjelasan.
saliha husin Sent by: [email protected] 08/18/08 11:09 AM Please respond to [email protected] To "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Fw: wanita-qada solat salam, saya bukan ustazah tapi pernah belajar bidang pengajian Islam di uni. apa yg dimaklumkan oleh ustaz saya, samalah seperti yg dimaklumkan oleh saudara kita di bawah. dlm ruangan soal jawab agama di akhbar juga pernah dibangkitkan perkara ini. perlu difahami bahawa qada solat yg dimaksudkan adalah sejurus selepas solat wajib. cth : sekiranya mandi wajib waktu subuh - selepas solat subuh diikuti qada solat isyak dan maghrib (dalam waktu subuh). sekiranya mandi wajib waktu maghrib - selepas solat maghrib diikuti qada solat asar & zohor (dlm waktu maghrib). semoga ibadah kita diterima ole Allah s.w.t. wallahu'alam. --- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fw: wanita-qada solat To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Thursday, August 14, 2008, 6:04 AM salam. minta pengesahan ustaz/ustazah berhubung perkara ini. terima kasih. ----- Forwarded Message ---- From: Shima Mat <[EMAIL PROTECTED] ional.net> To: Undisclosed- Recipient@ yahoo.com Sent: Thursday, August 7, 2008 14:15:52 Subject: Fw: wanita-qada solat Subject: FW: wanita-qada solat Assalamualaikum, Warga Muslimah, Saya juga dengar daripada kuliah Ustaz Shamsuri (rujukan kitab Bahrul-Mazi) memang kena qada’ dua waktu solat sebelumnya selepas kering haid. Jika datang haid setelah masuk waktu solat tetapi belum sempat solat, juga kena qada’ solat tersebut. Moga bermanafaat. WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali [EMAIL PROTECTED] dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini) Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa.... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) HURAIAN MASALAH : 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor. 3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib. -Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!! . . Please be advised that we have changed our email domain from @plus.com.my to @plus.uemnet. com beginning 1 July 2008. For enquiries, please contact our Corporate Communication Department or MIS Department at 03-79818000. Thank you! DISCLAIMER: The information in this message is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee. Access to this message by anyone else is unauthorised. If you are not the intended recipient, any disclosure, copying, or distribution of the message, or any action or omission taken by you in reliance on it, is prohibited and may be unlawful. If you have received this message in error please immediately contact PLUS EXPRESSWAYS BERHAD at Tel: 03-79818000 or email to administrator@ plus.com. my. Thank you. Forest Research Institute Malaysia 52109 Kepong, Selangor , Malaysia Hotline : +603-62797575 Forest Research Institute Malaysia 52109 Kepong, Selangor , Malaysia Hotline : +603-62797000 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com
