Hidayu pasrah dengan dugaan itu, namun hatinya sesekali tercuit dengan suara anak-anak yang meminta bertemu dengan Abi (Ayah) yang masih terpenjara di Kem Tahanan Kamunting. Biarpun rakan-rakan sebaya dengan anak-anaknya kini cukup gembira menyambut Aidilfitri, namun ujar Hidayu, anak-anaknya lebih merindui Abi yang entah bila akan dibebaskan.
Entah bilakah Fatur Rahman, Uwais dan Ubaidah akan dapat mendakap tubuh bapa mereka, hanya Allah yang tahu. Kisah ini hanya secebis kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara. Ikuti kisah lanjut suasana sambutan Idil Fitri anak-anak dan keluarga tahanan ISA dari Jelebu , N.Sembilan bersama wartawan terkenal Wan Nordin di http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2008/09/kegigihan-mak-andak-hidayu-isa.html Semoga ISA dapat melahirkan lebih ramai sasterawan pejuang bangsa , pejuang kemerdekaan seperti Allahyarham A Samad Ismail yang juga pernah di tahan ISA. ISA – Indah Sungguh Alam
