AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling 
sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah 
cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - 
Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan 
manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global 
seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan 
sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, 
tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan 
tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. 
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai 
petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa 
untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang 
insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat 
ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). 
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang 
telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena
 menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

Apakah amalan-amalan Sunnah tersebut? Sila ke alamat :

http://akob73.blogspot.com/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html

Sekian Wassalaam



      

Kirim email ke