Salam~

Kemarin, majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam menyambut Syawal. Sebelah 
pagi, musolla-musolla dan masjid-masjid dipenuhi dengan aktiviti ritual 'eid, 
ziarah kubur dan lain-lain. Jalan-jalan lengang. Seronok memandu, tak perlu 
pasang aircond. Cuma ada beberapa pandangan yang tak sedap dipandang, mat dan 
minah rempit! Sedang berkepit atas RXZ. Dikala orang sibuk menyambut raya, 
diorang selamba berseluar pendek berbaju ketat mendedahkan aurat. Tak pakai 
helmet, mungkin tinggal dikawasan situ je. Saya terus 'berkhutbah' dalam kereta 
depan ahli keluarga tentang isu skirt Teresa.

Saya kata, "Ramai orang melenting dalam email pasal skirt Teresa. Macam-macam 
respon. Tapi yang diluar masjid ni camana? Bukan Teresa saja, 'musuh' Teresa 
pun 2 x 5! bla bla.." Bukan mat dan minah rempit tu saja, bahkan gadis-gadis 
yang keluar dari masjid setelah selesai solat 'eid juga turut berakhlak seperti 
Teresa! Apa tidaknya, aurat wanita tetap aurat. Jambul terkeluar dari selendang 
ke, tudung lilit nampak leher ke, baju kebaya ketat ke, 
berkerudung (telekung) tetapi berseluar ke.. semuanya termasuk dalam 
kemaksiatan yakni mendedah aurat! Melanggar perintah Allah. Tiba-tiba saya 
melayangkan 'khutbah' saya ke satu daerah berhampiran. Suatu ketika dulu, saya 
terbaca ada pihak yang cuba buat kempen tutup aurat. Saya pun komen dalam 
'khutbah' saya, "Kenapa buat kempen? Kenapa tak kuatkuasa? Itukan perintah 
Allah yang qath'ie? Boleh ke memilih-milih untuk menangguh-nangguhkan 
perlaksanaan hukum-hukum Allah?.." Saya ceritakan, betapa sekularisasi
 sekarang memerintah dan menjajah! Ia memerintah dan menjajah dari bentuk, 
sistem, undang-undang negara hingga ke pemikiran para tokoh dan ulama 
termasuklah orang awam. Sekularisasi sangat licin dan licik. Menyelinap masuk 
dalam benak kita tanpa sedar atau sengaja. Negara sekular pula akan sentiasa 
menerap dan memelihara (memperjuangkan) konsep-konsep kebebasan hingga 
rakyatnya menikmati kebebasan tanpa had. Para pemimpin, tokoh dan ulama pula 
secara tidak langsung menjadi ejen pemikiran kufur tersebut. Itulah punca 
segala kemaksiatan. Itulah punca mengapa kita dapat lihat senario seperti ini.

Hari ini, saya terbaca dalam akhbar utama negara isu laman sembang yang 
disalahgunakan oleh beberapa pengguna. Mereka mencari peluang untuk memenuhi 
naluri seksual mereka. Kita dapat lihat diskrin TV beberapa rancangan yang 
menawarkan perkhidmatan laman sembang. Ya, saya pernah terbacanya. Kekadang 
sampai tak paham. Short form yang digunakan sangat rumit difahami. Mungkin kod 
rahsia atau apa-apa. Cuma yang pasti, ia mengandungi unsur-unsur pergaulan yang 
diharamkan oleh syarak. Mengorat-ngorat, memujuk rayu dengan perkataan 
ala-lucah mahupun lucah.. seolah-olah pergaulan ini tanpa batas. Inilah 
gambaran sebenar realiti diluar TV sana. Saya pernah berdepan dengan beberapa 
kumpulan anak muda-mudi yang sedang bergaul. Nyata mereka langsung hilang 
tatasusila syar'ie dalam pergaulan (ikhtilath). Hentam kromo saja, bertepuk 
tampar, berpeluk-peluk, cubit-mencubit untuk mengusik, menggeletek, membelai 
rambut dan sebagainya adalah antara aksi pergaulan mereka.
 Sama seperti orang-orang yang bejat akhlak!

Masalah-masalah yang timbul sekarang termasuk berkaitan moral 
(akhlak) masyarakat merupakan simptom dari penerapan sekularisme. Saya yakin, 
jika sebuah negara taqwa (Islam) pasti diterapkan ketaqwaannya keatas 
masyarakat, hingga mereka tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Allah. Sedang 
ahli-ahli masyarakat pula berperanan memuhasabah sesama sendiri jika terdapat 
kesalahan ataupun kemaksiatan. Dalam keadaan sekarang (tanpa negara Islam), 
kita pasti tidak mampu membanteras kemaksiatan kerana ruang maksiat terbuka 
luas yang sengaja dingangakan oleh negara sekular. Masalah ini hanya dapat kita 
atasi sekiranya kita menyingkirkan sekularisme dari negara. Kemudian, syari'ah 
diterapkan sepenuhnya. Sudah tentu negara itulah yang dimaksudkan dengan 
istilah al-Khilafah, negara yang wajib memelihara kemaslahatan umat hanya 
dengan syari'ah.
 Layari
http://www.mykhilafah.com
http://www.go-khilafah.blogspot.com



Kirim email ke