1 Syawal lalu, masjid di kampung saya solat Eidul Fitri jam 9.30 pagi. So, pagi tu sekitar 8.30 pagi tu sempat tengok siaran lansung Solat Eidul Fitri dari Masjid Negara, sambil tunggu anak siap untuk ke masjid. Selain, sempat tengok aksi Pak Lah yang terkejar-kejar, kerana Agong sampai dulu ke saff VVIP yang dikhaskan; saya dapat saksikan juga 'aksi' yang lebih kurang sama dengan apa yang di lemparkan ke YB Teresa. TV sempat memaparkan, sekurang-kurang dua kali, 2 muslimat yang solat Eidul Fitri dalam hanya memakai 'tudung Datin'. Tudung atau lebih tepatnya, selendang yang di lilit ke atas kepala. Kerana snap shot itu dari arah belakang, nampaklah tengkok belakang muslimat tersebut. Kalau dari arah depan mungkin juga nampak 'jambul', waullo a'lam. Harap-harap muslimat tersebut bukan dari golongan yang 'tidak solat' dan kerana baru pagi tu rasa nak solat - maka baru nak cari telekong. Apa yang ingin diutarakan ialah, kalau dalam bab solat begini, yang setakat sunat, aurat tidak di jaga - maka di luar solat apatah lagi! APA YANG PENTING? KERJASAMA. Itulah key word yang perlu dipegang, iaitu saling bekerjasama dalam menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dalam bab ini, soal memperlekeh dan menghentam orang lain - pada pandangan peribadi saya adalah suatau yang kurang wajar. Yang di ajar adalah 'bil hikmah'. Sekian, SELAMAT HARI RAYA.
--- On Fri, 3/10/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Skirt Teresa dan Laman Sembang TV To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Friday, 3 October, 2008, 10:39 AM Salam~ Kemarin, majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam menyambut Syawal. Sebelah pagi, musolla-musolla dan masjid-masjid dipenuhi dengan aktiviti ritual 'eid, ziarah kubur dan lain-lain. Jalan- jalan lengang. Seronok memandu, tak perlu pasang aircond. Cuma ada beberapa pandangan yang tak sedap dipandang, mat dan minah rempit! Sedang berkepit atas RXZ. Dikala orang sibuk menyambut raya, diorang selamba berseluar pendek berbaju ketat mendedahkan aurat. Tak pakai helmet, mungkin tinggal dikawasan situ je. Saya terus 'berkhutbah' dalam kereta depan ahli keluarga tentang isu skirt Teresa. Saya kata, "Ramai orang melenting dalam email pasal skirt Teresa. Macam-macam respon. Tapi yang diluar masjid ni camana? Bukan Teresa saja, 'musuh' Teresa pun 2 x 5! bla bla.." Bukan mat dan minah rempit tu saja, bahkan gadis-gadis yang keluar dari masjid setelah selesai solat 'eid juga turut berakhlak seperti Teresa! Apa tidaknya, aurat wanita tetap aurat. Jambul terkeluar dari selendang ke, tudung lilit nampak leher ke, baju kebaya ketat ke, berkerudung ( telekung) tetapi berseluar ke.. semuanya termasuk dalam kemaksiatan yakni mendedah aurat! Melanggar perintah Allah. Tiba-tiba saya melayangkan 'khutbah' saya ke satu daerah berhampiran. Suatu ketika dulu, saya terbaca ada pihak yang cuba buat kempen tutup aurat. Saya pun komen dalam 'khutbah' saya, "Kenapa buat kempen? Kenapa tak kuatkuasa? Itukan perintah Allah yang qath'ie? Boleh ke memilih-milih untuk menangguh-nangguhka n perlaksanaan hukum-hukum Allah?.." Saya ceritakan, betapa sekularisasi sekarang memerintah dan menjajah! Ia memerintah dan menjajah dari bentuk, sistem, undang-undang negara hingga ke pemikiran para tokoh dan ulama termasuklah orang awam. Sekularisasi sangat licin dan licik. Menyelinap masuk dalam benak kita tanpa sedar atau sengaja. Negara sekular pula akan sentiasa menerap dan memelihara (memperjuangkan) konsep-konsep kebebasan hingga rakyatnya menikmati kebebasan tanpa had. Para pemimpin, tokoh dan ulama pula secara tidak langsung menjadi ejen pemikiran kufur tersebut. Itulah punca segala kemaksiatan. Itulah punca mengapa kita dapat lihat senario seperti ini. Hari ini, saya terbaca dalam akhbar utama negara isu laman sembang yang disalahgunakan oleh beberapa pengguna. Mereka mencari peluang untuk memenuhi naluri seksual mereka. Kita dapat lihat diskrin TV beberapa rancangan yang menawarkan perkhidmatan laman sembang. Ya, saya pernah terbacanya. Kekadang sampai tak paham. Short form yang digunakan sangat rumit difahami. Mungkin kod rahsia atau apa-apa. Cuma yang pasti, ia mengandungi unsur-unsur pergaulan yang diharamkan oleh syarak. Mengorat-ngorat, memujuk rayu dengan perkataan ala-lucah mahupun lucah.. seolah-olah pergaulan ini tanpa batas. Inilah gambaran sebenar realiti diluar TV sana. Saya pernah berdepan dengan beberapa kumpulan anak muda-mudi yang sedang bergaul. Nyata mereka langsung hilang tatasusila syar'ie dalam pergaulan (ikhtilath). Hentam kromo saja, bertepuk tampar, berpeluk-peluk, cubit-mencubit untuk mengusik, menggeletek, membelai rambut dan sebagainya adalah antara aksi pergaulan mereka. Sama seperti orang-orang yang bejat akhlak! Masalah-masalah yang timbul sekarang termasuk berkaitan moral (akhlak) masyarakat merupakan simptom dari penerapan sekularisme. Saya yakin, jika sebuah negara taqwa (Islam) pasti diterapkan ketaqwaannya keatas masyarakat, hingga mereka tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Allah. Sedang ahli-ahli masyarakat pula berperanan memuhasabah sesama sendiri jika terdapat kesalahan ataupun kemaksiatan. Dalam keadaan sekarang (tanpa negara Islam), kita pasti tidak mampu membanteras kemaksiatan kerana ruang maksiat terbuka luas yang sengaja dingangakan oleh negara sekular. Masalah ini hanya dapat kita atasi sekiranya kita menyingkirkan sekularisme dari negara. Kemudian, syari' ah diterapkan sepenuhnya. Sudah tentu negara itulah yang dimaksudkan dengan istilah al-Khilafah, negara yang wajib memelihara kemaslahatan umat hanya dengan syari'ah. Layari http://www.mykhilaf ah.com http://www.go- khilafah. blogspot. com Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
