Politik kepartian itu hanya sebagai salah satu ruang untuk berdakwah. Ia sekadar satu kesempatan. Demi mencapai matlamat lebih besar Nabi SAW pun ada kalanya akur kehendak kaum kuffar. Bukankah ketika perjanjian Hudaibiyah ditulis kaum musyrikin tidak mahu mengiktiraf Muhammad itu Rasululullah ? Para sahabat marah kerana ianya bercanggah dengan pegangan mereka tapi Nabi SAW meneruskannya kerana ianya satu usaha bagi mencari perdamaian dan bagi mencapai sasaran lebih besar yang dituju ? Maka tidak perlulah kita terlalu mempersoalkan demokrasi kerana ualamak-ulamak dalam PAS pun arif mengenainya. Dunia telah ditakdirkan terbahagi mengikut sempadan-sempadan geografi dan penguasa-penguasa tersendiri. Namun usaha menegakkan agama Allah haruslah dilakukan di mana sekali pun kita berada secara hikmah. Berjuanglah bagi menegakkan agama Allah untuk negara bahkan untuk seluruh alam. Namun dengan kemampuan yang ada pada kita sewajarnya masyarakat sekeliling kita dan negara kita lah yang harus lebih diutamakan. Itu pun sudah ada usaha mengharamkam perjuangan PAS dan pelbagai NGO/ lain-lain pergerakan Islam di negara kita maka jika takdirnya kita benar-benar sudah tidak mampu barulah kita beruzlah membiarkan mereka. Alhamdulilah setakat ini usaha mereka masih tidak diizinkan Allah SWT. Biarlah mereka yang tidak suka kepada cahaya Allah berusaha memadamkan cahaya itu janganlah kita pula menggunakan pelbagai hujah yang menguntungkan mereka. Wallahua'lam.
ibnuAli kota jembal --- On Fri, 10/3/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik - 'Aquarium Zionis' To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Friday, October 3, 2008, 11:24 PM Salam~ Tak berapa lama sebelum Syawal menjelang, saya pernah terdengar seorang kenalan menyebut tentang 'aquarium Zionis'. Ketika tu saya sedang berbual mengenai politik dunia, perlantikan Asif sebagai Presiden Pakistan; pro dan kontra. Tiba-tiba dia mencelah, "Tak kemananya kita ni, kalau asyik terjebak dengan politik yang sibuk dengan 'siapa' (who) yang berkuasa, bukan apa (what) yang menguasai. Perjuangan beginilah yang dikehendaki barat terutama Zionis! Dia mencitrakan suatu wadah politik yang memerangkap kebangkitan Islam. Mereka frame (perangkap) kita dalam perjuangan lokal umpama 'aquarium Zionis'. Kita dan pemikiran (perjuangan) tak keluar dari sempadan tu. Pi mai, pi mai tang tu jugak..." Saya setuju dengan kata beliau. Jika kita masih didalam 'aquarium Zionis' sampai bila pun kita takkan kemana. Seperti yang dikatakan sahabat dibawah ni, nampaknya ia masih lagi terperangkap dengan 'aquarium Zionis'. Perjuangan Islam tidak boleh dalam konteks Malaysia atau tertakluk kepada perlembagaan persekutuan, atau sesuai dengan ketetapan PBB, OIC atau apa-apa ketetapan yang manusia (kufur barat selalunya) tetapkan. Melainkan ia perlu bebas (merdeka) dari sebarang bentuk had, cengkaman, ancaman mahupun intimidasi. Demikianlah apa yang disunnahkan oleh Nabi SAW dan para sahabat diera awal Islam. Perjuangan yang Rasulullah sunnah dalam konteks menegakkan sebuah kekuasaan Islam adalah dengan mendukung pemikiran Islam. Perjuangannya menentang pemikiran-pemikiran kufur yang wujud dan menggantikannya dengan pemikiran Islam sehingga wujud suasana tegang dalam fasa dakwah ini. Ghuzwah al-fikr (pertembungan pemikiran) wujud sepanjang sunnah Rasulullah SAW, serta pelbagai intimidasi dari kaum kafir menunjukkan perjuangan Rasulullah SAW berada ditahap perjuangan politik (kiffah as-siyasi) dalam rangka mendirikan insititusi Islam yakni negara Islam. Begitu pula dengan kita pada hari ini, kita sepatutnya meninggalkan 'tawaran' dari kufur barat dan mengambil sirah Rasulullah SAW sebagai manhaj perjuangan kita. Jika demokrasi kita yakin ia bukan dari Islam, maka sepatutnya kita meninggalkannya. Biarkan barat hancur dengan ideologi politik kufur itu. Sedangkan kita, tetap teguh menjalankan perjuangan politik melalui penyebaran pemikiran Islam dikalangan manusia terutamanya umat Islam sendiri. Dengan kata lain, biarpun sesetengah dari kita yang mengira-ngira (seperti beberapa sahabat saya), kesan dakwah mungkin lambat menghasilkan kejayaan, namun saya katakan pada mereka ini, kejayaan kita milik Allah mutlak. Kita hanyalah asbab (causality) kepada kejayaan tersebut. Kalau nak lebih cepat menuju kejayaan, dalam perkiraan logik, tentulah kita perlukan lebih ramai pendakwah (du'at), kalau asyik berkira tentang kesan (hasil), sampai bila pun kita tak memulakan langkah. Lagipun, jika solat, puasa, 'eid, zakat dan lain-lain ibadah kita ambil dari Al-Quran dan As-Sunnah dengan serius dan istiqamah, tetapi dalam kontek mendirikan semula negara Islam mengapa kita mengambilnya dari kufur barat (i.e. demokrasi)? Tidakkah nanti usaha (dan perjuangan) kita ditanya Allah diakhirat nanti? Sanggupkah kita menjawab perjuangan kita adalah diceduk dari falsafah barat, yang mana 'mazhab politik' itu adalah Abraham Lincoln, George Bush dan lain-lain? Kan ke pelik tu.. Semoga ada manfaatnya. Wassalam Layari http://www.mykhilaf ah.com http://www.go- khilafah. blogspot. com ----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com> To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Sent: Monday, September 29, 2008 11:18:07 AM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik dengan Abah Menarik juga cerita sebegini. Saya taklah nak komen banyak. Banyak yang saya setuju cuma sedikit tentang ketidaksenangan kepada sistem demokrasi dan isme-isme. Isme yang bercanggah dengan Islam memang jelas ianya wajib ditolak kerana isme-isme ini adalah sistem hidup dan falsafah yang lahir hasil dari pemikiran manusia yang serba lemah sedangkan sistem atau syariat Islam ialah sistem yang lengkap dibekalkan oleh Allah yang mencipta manusia itu sendiri. Demokrasi pun sewajarnya ditolak kerana untuk nak laksanakan atau tidak melaksanakan sistem Islam, orang Islam tiada hak di sisi Allah untuk membuat pilihan. Maka memilih parti yang jelas tiada kesungguhan melaksanakan (? menolak) walaupun sebahagian yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul Nya boleh menjejaskan aqidah. Namun oleh kerana Perlembagaan negara mengatasi segalanya maka sistem demokrasi mahu tidak mahu harus diterima dan ruang ini digunakan oleh PAS untuk perjuangan bagi mencapai cita-cita (sesuai dengan perintah Allah swt ) dalam penegakan syariat Islam sepenohnya atau sekurang-kurangnya bagi digunakan untuk "menyeru" semua kepada Islam kerana Islam bukan agama yang hanya dikhususkan kepada sesuatu bangsa sebagaimana di negara kita Islam seolah-olah milik Melayu sahaja. Anggaplah demokrasi macam kita naik kapalterbang milik orang kafir untuk pergi ke Mekah menunaikan ibadah Haji sahaja. Oleh kerana BN (khususnya UMNO yang menjadi tulang belakang kepada Perikatan/BN) dah lebih 50 tahun diberi peluang memerintah namun masih banyak yang perlu dilakukan bahkan orang Melayu dibawa kembali untuk terus berjuang menegakkan bangsa Melayu maka jelaslah UMNO gagal dalam usahanya untuk hindarkan politik perkauman di negara kita. Dalam akhbar Watan (21-27 Sept) sebuah artikel yang bertajuk "Perjuangan DAP bercanggah" ditulis oleh Ezam Mohd Nor dan disiarkan apa yang diperkatakan oleh Prof Ibrahim Abu Shah ketika wacana Artikel 153 di Shah Alam (yang Datuk Zahid Hamidi, Ezam, Prof Ibrahim adalah panelmya) yang saya ingin petik sebahagian darinya. Beliau mempertikai tindakan MB Selangor yang meluluskan kandang babi dan bertanya apakah polisi-polisi didalam pakatan yang betul-betul memperjuangkan Melayu ? Ulas beliau lagi "kalau Melayu memang telah kaya kita monopoli kita pegang kekayaan, segala bangunan gudang-gudang besar kita punya, yang Genting Highland kita punya, bukit tinggi kita punya, pulau perhentian kita punya I don't mind". Maka amat menghairankan saya mengapa ini semua boleh berlaku sedangkan UMNO sudah diberi kepercayaan lebih 50 tahun tapi masih terlalu banyak yang bukan Melayu punya ??!! Berapa lama lagi hujah ini perlu digunakan ?? Beliau mempertikai tindakan MB Selangor lulus kandang babi. Yang menghairankan saya adakah KM Melaka tidak meluluskan kandang babi sampai bilangan babi itu sendiri melebihi bilangan rakyat Melaka ?? Takkan negeri sebesar Melaka KM sendiri tak tahu betapa banyaknya babi di negeri itu ??!! TV pun tak henti-henti siarkan betapa busuk nya kawasan-kawasan tertentu di negeri bersejarah itu ?? Barangkali beliau ? tidak meluluskan cuma beliau pejamkan mata sahaja demi survival politik beliau. Inilah masalah dengan pemimpin UMNO. Yang "haram" pada orang lain tidak "haram" pada mereka dan yang tidak "haram" pada orang lain "haram" pula kata mereka. Maka saya rasa setelah UMNO diberi masa yang cukup lama untuk memperjuangkan Melayu jadi usahlah terus mendabik dada seolah-olah tidak ada orang lain yang mampu perjuangkan Melayu. Jika keadilan itu benar-benar diamalkan oleh Pakatan Rakyat maka orang Melayu yang ketinggalan itu seharusnya terus dibela tapi janganlah sampai kita tidak berlaku adil kepada kaum-kaum lain !! PAS pastinya akan berjuang untuk meletakkan kedudukan Islam lebih baik dan dihormati dan insyaAllah Melayu pun akan terangkatlah sedikit mertabatnya. Maka sangat bersetujulah saya agar janganlah dilebihkan perjuangan Melayu dari perjuangan Islam !! Wallahualam. ibnuAli kota jembal --- On Tue, 9/23/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sembang Politik dengan Abah To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Date: Tuesday, September 23, 2008, 6:55 PM Salam~ Syukur Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan berbuka puasa dengan ayahnda saya dikampong. Bukan main ceria wajahnya dan nampak segar dalam usia 60an. Hidangan sederhana saja, mee goreng dan bandung cincau. Buah mempelam raja dan jambu batu (seedless) asam sebagai aksesori tambahan. Tak de kuih muih. Bubur lambuk masjid juga ada, yang ni memang tiap-tiap hari abah ambil dimasjid. Prinsip melayu, rezeki jangan ditolak, kata abah. Selepas solat maghrib, kami berbual. Abah tiba-tiba memulakan perbualan dengan isu 16 Sept Pakatan Rakyat. Bukan dia tak tahu anak dia yang ini memang suka sembang bab politik. Mungkin dah lama dia tak dengar leteran politik saya. Tak pe lah, saya pun layan dia bersembang. Sampai ke point penutup, saya katakan bahawa politik yang berlaku hari ini tidak akan langsung menguntungkan Islam. Samada BN terus memerintah atau Pakatan Rakyat (DSAI). Yang untung, Amerika Syarikat dan barat! Kerana sekurang-kurangnya, kita masih tersepit dengan agenda politik kufur mereka yakni demokrasi, kapitalisme, liberalisme dan segala isme lahiran kepala otak mereka. Bayangkan, betapa lama umat ini terpecah belah melalui penerapan sistem politik barat. Umat Islam disini, bagai hilang pedoman tatkala mendukung agenda politik masing-masing. Tak kalah, ada pula serpihan umat ini yang tidak mahu langsung berpolitik, sebahagiannya terus mengisytihar, "Mujur saya bukan ahli politik!" Konon semacam bangga menyebut demikian, padahal, politik merupakan tuntutan syarak, dalilnya; "Barangsiapa yang melihat kemungkaran dari kalangan kamu, hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka (cegahlah) dengan lidahnya (perkataan), jika ia tidak mampu (juga), maka (cegahlah) dengan hatinya (membenci), demikian itulah selemah-lemah iman" [HR Muslim] Begitu pula sebuah hadis dengan maksud, "Barangsiapa yang tidak memperhatikan (mengambil peduli) tentang urusan umat Islam, maka ia bukan dari kalangan mereka" [HR Hakim] Dan beberapa hadis yang lain sebagai pengkhususan kepada beberapa keumuman ayat Al-Quran berkaitan penerapan hukum Allah diatas mukabumi ini. Ini tugas politik. Yang membezakannya, politik Islam memperjuangkan penerapan syariah sedangkan politik barat sibuk dengan maslahat diri seperti takhta (kuasa), harta, wanita etc. Ada juga pihak yang berpolitik mencari maslahat parti bukan selainnya, dan pelbagai aksi politik yang mempunyai agenda selain penerapan syariah diatas mukabumi ini. Berbalik kepada perbualan kami, saya katakan kepada abah (bekas ketua cawangan sebuah parti politik), agenda yang penting kita dukung dalam politik adalah Islam, bukan selainnya. Jika agenda lain yang dipentingkan, maka inilah kebinasaan yang kita tempa. Selagi kita tak mendukung aspirasi penegakkan syariah, selagi itulah barat terus menjajah pemikiran dan aktiviti politik kita. Bayangkan racun barat yang telah meresap masuk ke tubuh kita seperti assobiyah, maslahat parti, permusuhan dan lain-lain, menyebabkan kita dirundung polemik perjuangan yang tak berpenghujung. Setiap kali PRU tiba, itulah masa kemuncak barat menguji kita, apakah kita masih taat dengan budaya politik mereka atau sebaliknya. Jika kita masih berpecah, mereka pasti gembira. Saya teringat satu fenomena yang berlaku sekarang tatkala abah membuahkannya. Ada semacam satu seruan agar setiap melayu memperjuangkan kemelayuan atas sentimen perkauman. Kata abah, "Kita sekarang tak peduli, PAS atau UMNO, asalkan sekarang melayu terus memerintah.. " Saya tersenyum dan terus mencelah. Ini 'bola tanggung' bagi saya. Saya terus 'melibas'. "Inilah masalahnya abah. Dalam keadaan tersepit, melayu (bangsa) pula yang dijadikan agenda. Ini bahaya dan terus menyempitkan lagi keadaan! Kita tak mahu lagi duduk dalam kepompong politik barat. Assobiyah tu mainan barat! Kita kena keluar dan melaksanakan perjuangan politik untuk Islam. Biarpun kita ni berbangsa melayu, tetapi agenda perjuangan kita adalah Islam sebab kita orang Islam yang berbangsa melayu. Biar melayu yang tumpang Islam, jangan Islam pulak yang tumpang melayu.." Saya rasa mesej saya jelas. Harapnya abah mengerti. Dia mengangguk aje. Perjuangan selain Islam memang mengundang kemungkaran. Hanya perjuangan mendaulatkan syariah yang wajib kita laksanakan kerana dalam syariah pasti terdapat maslahat buat kita. Jika ia memuliakan kita, maka itu adalah kerana kita seorang muslim, bukan kita sebagai orang melayu. Jika kita dihancurkan, biarlah kita terkubur sebagai seorang pejuang Islam. Memang berbaloi! Negeri akhirat itu lebih baik dan kekal.. Wassalam
