| Ada dinukilkan pendapat Imam Syafi`e yang mengatakan pahala bacaan al quran daripada sesoarang tidak memberi manfaat kepada seseorang lain yang telah meninggal dunia.
Namun para ulamak bermazhab Syafi`e ramai yang cenderung kepada pendapat jumhur (kebanyakan) ulamak . Jumhur ulamak berpendapat pahala bacaan alquran yang dibaca dengan niat sodaqah kepada ruh orang-orang tententu akan memberi manfaat kepada simati
Sedikit petikan dari Hasyiah Tuhfatul Muhtaaj karangan Ibnu Hajar al Makkiyy
وَنَقَلَ الْأَذْرَعِيُّ عَنْ شَرْحِ التَّنْبِيهِ لِلْمُحِبِّ الطَّبَرِيِّ أَنَّهُ يَصِلُ لِلْمَيِّتِ ثَوَابُ كُلِّ عِبَادَةٍ تُفْعَلُ عَنْهُ وَاجِبَةً كَانَتْ أَوْ مُتَطَوَّعًا عَنْهُ انْتَهَى وَكُتُبُ الْحَنَفِيَّةِ نَاصَّةٌ عَلَى أَنَّ لِلْإِنْسَانِ أَنْ يَجْعَلَ ثَوَابَ عَمَلِهِ لِغَيْرِهِ صَلَاةً أَوْ صَوْمًا أَوْ صَدَقَةً .......................
Terjemahan: Azra`iyy telah menaqalkan daripada kitab syarah atTanbiih karangan Muhibuddin at Thobariyy (beliau menulis)
Sesungguhnya sampai kepada simati pahala semua ibadah yang dilakukan bagi pihaknya
samada ibadah wajib atau ibadah sunat.
Kitab-kitab Mazhab Hanafi menyebutkan dengan jelas bahawa
"Sesungguhnya dibolehkan bagi seseorang insan menjadikan pahala amalannya untuk orang lain, samada amalan itu solat atau puasa atau sodaqah"......................
Saya nasihatkan tidak perlulah kita memanjangkan lagi polemik ini
Kerana masyarakat kita bukan selama-lamanya mengamalkan pendapat Imam Syafi`e dalam kehidupan mereka
Dalam urusan zakat ramai dah pakai mazhab Hanafi
Dalam urusan mu`aamalat ramai dah ikut Mazhab Maliki
Hatta dalam urusan solat sekalipun
pendapat Imam Syafi`e waktu maghriab sangat singkat
tak sampai pun 30 minit
walhal kita hari ini mangamalkan mazhab jumhur atau qaul qodim yang mengatakan waktu maghrib berpanjangan sehingga waktu isyak
yakni sejam lebih sikit
Terima kasih.
--- Pada Khm, 18/9/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Daripada: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tahlil bidaah? Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Tarikh: Khamis, 18 September, 2008, 8:33 AM
| Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati
|
Oleh: Ustaz Fadlan Mohd Othman Sumber: http://fadlan- mohd-othman. blogspot. com/
Pandangan al-Imam al-Syafi'i terhadap menghadiahkan bacaan kepada orang yang sudah mati (menurut al-Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-Najm 53, ayat 39:)
Berkata al-Imam Ibnu Kathir: (( Dan daripada ayat yang mulia ini, al-Imam al-Syafi’i rahimahullah dan orang yang mengikutinya telah beristinbat bahawa bacaan itu tidak sampai hadiah pahalanya kepada orang-orang yang mati kerana ianya bukan daripada amalan mereka dan bukan juga
daripada usaha mereka. Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w. tidak mensunatkannya ke atas umatnya dan tidak pula menggalakkan mereka kepadanya atau menunjukkan mereka kepadanya samada dengan nas mahupun isyarat. Perkara ini tidak pula dinukilkan daripada seorangpun para sahabat r.a. Jika perkara ini baik pasti mereka akan mendahului kita kepadanya.
Perbincangan tentang al-qurubat (perkara yang mendekatkan kepada Allah) adalah perkara yang dibataskan kepada nas-nas dan tidak sekali-kali boleh diuruskan oleh jenis-jenis qiyas mahupun pendapat.
Berkenaan doa dan sedekah, kedua perkara ini telah disepakati sampai pahalanya dan dinyatakan berkenaannya dalam syarak.
Berkenaan hadith yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Sekiranya mati seorang insan, amalannya terputus kecuali daripada tiga: daripada anak salih yang mendoakannya, atau sedekah berterusan selepasnya, atau ilmu yang
dimanfaatkan.” Tiga perkara ini sebenarnya adalah daripada usahanya, titik peluhnya dan amalannya, seperti mana terdapat dalam hadith: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah daripada usahanya. Dan sesungguhnya anaknya adalah daripada usahanya.”
Sedekah yang berterusan seperti waqaf dan sebagainya adalah daripada kesan amalannya dan waqafnya. Allah Ta’ala telah berfirman (Yasin: 12): “Sesungguhnya kami yang menghidupkan orang yang mati dan kami catatkan apa yang mereka dahulukan dan juga kesan-kesan mereka.”
Ilmu yang disebarkannya kepada manusia lalu diteladani oleh manusia selepasnya juga adalah daripada usahanya dan amalannya. Telah terdapat dalam hadith sahih: “Sesiapa yang mengajak kepada hidayat, dia akan dapat pahalanya seperti pahala-pahala orang yang meneladaninya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun.” ))
|
dunya wal akhirah Sent by: [EMAIL PROTECTED] ups.com
09/15/08 12:19 PM
|
Please respond to [EMAIL PROTECTED] ups.com |
|
|
To
| "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
|
|
cc
|
|
|
Subject
| Help Palestine [hidayahnet] Tahlil bidaah? & Sedekah dalam talian |
|
http://www.etahlil. com.my/
Tahlil bidaah?
Oleh Ziauddin Sharuddin [EMAIL PROTECTED] com.my
MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.
Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil.
Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam.
Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu.
“Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya.
Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.
“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya.
Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama.
Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui.
“Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah.
“Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya.
Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.
Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda.
Tahlil arwah:
Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah
sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)
Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)
Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta
seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.
Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.
HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.
Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.
Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar.
Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati,
lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Sedekah dalam talian Oleh Ziauddin Sharuddin [EMAIL PROTECTED] com.my
Kebiasaannya majlis tahlil diadakan serentak bersama membaca surah Yassin dan diakhiri dengan doa selamat
TAHLIL sudah menjadi sebahagian kehidupan umat Islam di negara ini. Malah, boleh dikatakan orang Islam Malaysia membesar bersama tahlil.
Ketika kanak-kanak, kita mengikut ibu bapa ke kenduri tahlil dan apabila dewasa, menyertai majlis tahlil yang diadakan di surau, masjid dan di rumah jiran serta kenalan.
Majlis tahlil bukan saja diadakan oleh individu seperti ketika memasuki rumah baru, malah hingga peringkat negara dan rasmi sempena pelbagai peristiwa seperti Hari Pahlawan dan Bulan Kemerdekaan.
Tahlil
juga sinonim dengan Ramadan. Ketika bulan suci ini memasuki fasa pertengahan, semakin banyak masjid dan surau turut mengadakan majlis tahlil.
Kebiasaannya majlis tahlil diadakan serentak bersama membaca surah Yassin dan diakhiri dengan doa selamat menyebabkan diberi pelbagai nama seperti majlis tahlil dan doa selamat atau majlis membaca Yassin dan tahlil.
|
|
|
Pelajar madrasah yang hafaz al-Quran adalah antara yang membaca tahlil.
|
Kebanyakan majlis tahlil dipimpin oleh mereka yang mempunyai pengetahuan agama seperti imam dan ustaz.
Jika majlis diadakan di kediaman individu, maka imam dan ustaz ketika berdoa akan menyebut nama yang diminta oleh tuan rumah seperti ibu bapa atau sebarang nama lain yang sudah meninggal dunia supaya roh simati mendapat kesejahteraan.
Bagaimanapun, majlis tahlil di masjid dan surau, termasuk ketika Ramadan sekarang dilakukan oleh jemaah secara beramai-ramai. Sebelum itu, borang disedarkan dan mereka yang berminat akan menulis nama ibu bapa atau waris.
Ketika majlis tahlil, nama si mati satu demi satu disebut ketika doa. Sama ada di rumah, masjid atau surau, sedikit bayaran diberikan sebagai sedekah.
|
|
|
Membaca al-Quran menjadi amalan harian pelajar. |
Zaman berubah, tetapi amalan tahlil terus mekar. Bagaimanapun, tiada siapa terfikir bahawa perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terutama internet memberi kesan terhadap amalan tahlil.
Sebuah pusat pengajian agama di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Madrasah al-Yamani, mencipta inovasi dengan memperkenalkan tahlil secara dalam talian (online).
Memperjelaskan kaedah baru ini, Mudir Madrasah al-Yamani, Mohd Fadzli Ahmad, berkata inovasi itu bertujuan memperluaskan jangkauan umat Islam yang mahu mengadakan tahlil, tetapi tidak dapat melakukannya.
Katanya, memang lebih afdal jika tahlil dilakukan sendiri olah anak atau waris, tetapi kadangkala mereka terpaksa meminta pertolongan orang lain kerana tidak boleh melakukan sendiri.
“Tahlil online diperkenalkan sebelum Ramadan lalu kerana kita memikirkan tidak semua orang ada masa membaca al-Quran dan berzikir banyak-banyak. Kebetulan saya dan pelajar
setiap hari membaca al-Quran.
“Jadi kita minta niatkan amalan kamu (pelajar) kepada arwah yang meninggal dunia,” katanya yang mengasaskan madrasah itu pada 1994.
Mohd Fadzli berkata, tahlil online dibuka kepada mereka yang berminat dan diminta bersedekah untuk membantu madrasah. Menamakan waris dan pembayaran dibuat secara online melalui laman web www.etahlil. com.my.
“Kita doakan untuk mereka dan bayaran dibuat bukan atas dasar harga. Perkara ini (tahlil) tidak dapat dinilai. Perkataan Subhanallah lebih mahal dari dunia dan seiisinya. Cuma kita menggalakkan sumbangan untuk madrasah dengan harapan dapat digunakan untuk pembelajaran pelajar,” katanya.
Tanpa latar belakang IT, beliau memberitahu bahawa idea mewujudkan tahlil online adalah cetusan fikiran `rakan-rakannya’.
Beliau yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid dan pejabat pelbagai organisasi, berkata `rakan-rakannya’ adalah mereka
yang mendengar ceramah atau belajar agama dengannya
“Mereka kata mengapa tidak membuka laman web yang membolehkan mereka yang berminat menyatakan nama ibu bapa atau waris yang meninggal dunia dan bersedekah secara dalam talian,” katanya.
Mohd Fadzli berkata, `rakan-rakannya’ membantu membina laman web hingga menjadi kenyataan.
Bertahlil untuk orang lain bukan perkara baru kerana sejak enam tahun lalu, katanya madrasah itu mengadakan solat hajat, membaca surah Yassin dan tahlil setiap hari Khamis malam Jumaat, tanpa mengira ada atau tidak permintaan daripada orang ramai.
Madrasah al-Yamani yang bermula dengan hanya tiga orang kini mempunyai kira-kira 70 pelajar, termasuk dari negara luar seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, Brunei dan Indonesia.
Mulai 1 hingga 27 Ramadan, katanya pelajar termasuk berstatus hafiz membaca al-Quran hingga khatam setiap pagi, manakala selepas solat Asar, mereka berzikir `tiada
Tuhan melainkan Allah’ sebanyak 1,000 kali.
|
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!
|