Salam,

Kematian datang lagi dalam kehidupan ku. 26 Ramadhan lalu, dalam kesibukan manusia mencari lailatuqadr. Kematian menjenguk semula dalam keluargaku, setelah agak lama tidak menjemput sebarang nyawa ke alam barzakh.

2 hari sebelum itu, dikeheningan pagi, semasa sedang mengejar lailatuqadr, hatiku terlintas dan teringat akan abg yang agak jauh dari ku. Jauh kerana beliau telah menjadi anak angkat arwah maklong yg tidak mempunyai anak. Jauh kerana kegagalan ku merapatkan diri walaupun aku antara adik yang berkemampuan berbuat demikian.

Rupanya, talian darah persaudaraan yang keluar dari perut ibu yang sama itu, amat kuat. Lintasan itu berlaku mungkin kerana beliau sedang coma di hospital tgku ampuan rahimah kelang. Malangnya, dalam kekalutan peristiwa itu, anak anak nya terlupa memberitahu pakciknya yg terdekat.

Lintasan hati itu juga agak menarik. Lintasan itu aku kaitkan dengan kematian. Di hening pagi itu, entah apa sebabnya, aku mengaitkan beliau dengan kematian. Rupanya kematian itu benar benar berlaku.

Aku yang sudah biasa berurusan dengan jenazah mempunyai satu sikap bahawa jika ditakdirkan kita tidak dapat bersua jenazah itu, buat lah apa yg boleh, namun kita tidak akan dapat berjumpa dengan jenazah itu. Dan ianya berlaku pada kali ini dimana aku tidak dapat bersamanya sebelum beliau pergi.

Jam 11pagi aku menerima berita beliau dihospital. Aku katakan "nanti lepas jumaat, datang ziarah'. Malang nya penyampai berita tidak mengatakan beliau coma. Sampai di hospital, aku masih sibuk bersms, rupa rupanya abgku sedang nazak ditingkat atas. Bila aku sampai, beliau baru saja pergi, pergi tidak akan kembali. Aku hanya dapat memegang pipinya, dan mendoakan kesejahteraan rohnya, dengan sedikit titisan airmata.

Proses pengkebumian abangku berjalan lancar, siap dalam masa 4 jam, iaitu setengah jam sebelum berbuka puasa.

2 kakak dan abang ku, kesemuanya mati muda, 40an dan awal 50an. Adakah aku juga akan mati muda?

Untuk pembaca yg sudi membaca coretan diatas, aku mohon agar mendoakan abgku zakaria, yg pergi pada jumaat 26 ramadhan 2.45pm, diampun dosa dan diberi rahmat oleh Allah dan dijauh azab kubur dan azab api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Ameen ....







 
Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 Perunding Hartanah & Perunding Amanah Saham Berlesen

Buku Saya:
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2

Buku Pilihan
Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2)
Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3

Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448
kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.




Kirim email ke