Asalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Syawal sebenarnya gamit jiwa kembali kepada fitrah elak terjebak maksiat
Oleh Dr Juanda Jaya
RAMADAN sudah meninggalkan tapak semaian ibadat yang mekar di hati seorang
mukmin. Jiwanya masih lagi dipengaruhi bekas amal salih, sabar dan reda
menahan hawa nafsu, munajat dan sujud, tadabbur al-Quran dan sedekah, doa
yang panjang, tangisan dan taubat pada akhir malam.
Semua itu amat bermakna bagi membersihkan jiwa. Maka, pada Syawal ini
janganlah disurutkan langkah ke belakang dan dikotori jiwa dengan maksiat.
Apatah lagi untuk memutuskan diri dengan ?pencen ibadat??
Jika demikian tentu sia-sia madrasah Ramadan dalam membentuk karakter jiwa
yang bersih, tahan lasak melawan hawa nafsu dan kuat mujahadah. Syawal
yang
mulia seharusnya menggamit jiwa untuk kembali kepada fitrah.
Dunia kembali kepada wajah yang jelek dan huru-hara akibat perangai
manusia
bersifat seperti syaitan. Kembali bergolak dengan kejahatan dan kezaliman
di mana-mana, dosa dan maksiat dianggap sesuatu yang lumrah dan semakin
lembik suara mengajak kepada amar makruf nahi mungkar. Apakah ini semua
berlaku kerana berakhirnya Ramadan?
Tidak, sesungguhnya Ramadan dijadikan sebagai bulan pembekal iman dan
penguat semangat ketakwaan orang mukmin. Kekurangan ilmu dan ketandusan
kefahaman agama menjadi sebab dan punca sesetengah umat Islam tidak mampu
menterjemahkan semangat Ramadan sepanjang kehidupan mereka.
Janganlah kerana berpegang secara silap kepada hadis Rasulullah SAW yang
menyatakan syaitan diikat pada Ramadan maka ada yang pandai-pandai
beranggapan dosa dan maksiat yang dilakukan kini bukan atas kemahuan
mereka, tetapi kerana rasukan serta hasutan syaitan selepas rantai
dilepaskan.
Bukankah manusia sudah dibekalkan dengan kekuatan dan senjata untuk
melawan
pengaruh syaitan? Allah SWT menolong hamba-Nya dan memberi penjagaan serta
bimbingan wahyu untuk menyelamatkan manusia daripada kejahatan makhluk
itu.
Mengapa menuduh syaitan menjadi punca kemerosotan iman, padahal setiap
insan dibekalkan akal, hati, mata dan telinga untuk menerima hidayah Allah
SWT? Rasul diutuskan dan agama diturunkan dengan sempurna.
Bukankah Allah SWT memberi jaminan dan perlindungan kepada setiap
hamba-Nya
daripada gangguan syaitan? seperti firman-Nya yang bermaksud:
?Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutinya secara bergilir,
di depan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah
SWT . Sesungguhnya Allah SWT tidak merubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
dan
apabila Allah SWT menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka
tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung
bagi mereka selain Dia.? (Surah al-Ra?d, ayat 11)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
?Hampir-hampir neraka itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali
dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang kafir, penjaga (neraka itu)
bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada kamu (di
dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada.
Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan,
maka kami mendustakannya dan kami katakan: Allah SWT tidak
menurunkan
sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar.
Dan mereka berkata: Jika kami mendengarkan atau memikirkan
(peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang
menyala-nyala. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi
penghuni neraka yang menyala-nyala.? (Surah al-Mulk, ayat 8-11)
Antara amalan yang membuat syaitan berputus asa menggoda manusia ialah
dengan kembali kepada Allah SWT selepas tersilap langkah. Sesungguhnya
tipu
daya syaitan itu amat lemah bagi orang yang sentiasa dekat dengan Allah
SWT
dan menyedari bahawa ada Malaikat Hafazah dan Malaikat Rakib juga Atid
yang
menemani serta memerhati pergerakan amalan mereka.
Sehingga melalui lisan Nabi-Nya SAW dinyatakan setiap anak Adam pasti
berdosa. Mereka tidak terlepas daripada gangguan syaitan, bahkan dalam
aliran darah mereka melainkan orang yang menang dan kuat melawan
pengaruhnya dengan pertolongan Allah SWT.
Hal ini dinyatakan Baginda SAW yang bermaksud: ?Bahawasanya Rasulullah SAW
pernah keluar dari rumah Aisyah pada waktu malam, lalu aku (Aisyah) berasa
cemburu terhadapnya. Apabila Baginda kembali dan melihat apa yang aku
lakukan, Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Apakah engkau cemburukan aku? Aku
menjawab: Bagaimanakah orang seperti aku ini tidak cemburu kepada orang
sepertimu? Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Kenapa begitu? Apakah syaitan
merasukmu? Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah aku mempunyai
syaitan? Sabda baginda: Benar. Aku bertanya lagi: Apakah syaitan itu
berada
pada semua orang? Sabdanya: Benar. Aku bertanya lagi: Pada dirimu juga ada
syaitan? Sabda Baginda: Benar, akan tetapi Tuhanku menolongku terhadap
syaitan itu sehingga akhirnya dia menyerah kalah.? (Hadis riwayat Imam
Muslim)
Betapa lemahnya manusia apabila Allah SWT melepaskan genggaman-Nya ke atas
hati mereka, apabila Allah SWT memalingkan pandangan rahmat-Nya dari jiwa
mereka dan apabila Allah SWT membiarkan mereka menjaga diri sendiri tanpa
kekuatannya-Nya.
Sebaik-baik jalan keluar bagi menyelamatkan diri ialah dengan menghapuskan
dosa lalu dan kembali kepada Allah SWT dalam keadaan bertaubat. Jika
tersilap lagi, bangkitlah semula dan jangan berputus asa mencari jalan
pulang.
Sikap optimis dalam mencari hidayah dan melazimi taubat kepada Allah SWT
adalah amalan terbaik yang membuat syaitan menangis berputus asa.
Bayangkanlah, ketika syaitan sudah hampir mencapai matlamatnya untuk
menyesatkan seorang insan, tiba-tiba dengan segenap kekuatan insan itu
berpatah balik pulang kepada Allah SWT. Pasti syaitan laknatullah
tersungkur menghumbankan wajah mereka ke tanah menangis sambil berkata:
?Oh
alangkah ruginya, sedikit saja lagi aku hampir menyesatkannya!?
Amalan seterusnya yang membuat syaitan berputus asa ialah membentuk
benteng
hati bersama ulama dan orang salih. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
?Sesiapa antara kamu yang menginginkan kebahagiaan syurga, hendaklah dia
melazimkan diri dalam jemaah. Sebab syaitan suka kepada orang yang
bersendirian.? (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)
Pergaulan sihat mesti dilandaskan iman dan takwa. Memilih sahabat adalah
ibadat. Setiap insan mesti memastikan dirinya berada dalam lingkungan iman
yang baik, amal salih berterusan dan ilmu semakin meningkat serta
penghayatan mendalam dalam kehidupan seharian. Keadaan sebegini
memusnahkan
impian syaitan laknatullah menyesatkan manusia beriman.
Kedudukan ulama ikhlas dan orang salih yang warak kadang-kadang
dipinggirkan disebabkan perbezaan pandangan serta tindakan mereka terhadap
orang jahil. Setiap perbezaan dan khilaf dalam masyarakat adalah ketentuan
Allah SWT yang berlaku pada setiap zaman.
Sudah selayaknya orang yang faham dan alim berlapang dada atas perlakuan
orang jahil seperti Rasulullah SAW diarah untuk merendahkan ?sayapnya?
(menurut bahasa al-Quran) di hadapan orang kurang memahami.
Demi membentuk benteng teguh menangkis serangan syaitan laknatullah, tiada
jalan terbaik selain mengikuti sunnah Rasulullah SAW, bersaudara dengan
orang salih dan menimba ilmu daripada pewaris Nabi.
- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui
[EMAIL PROTECTED]
......................................................................................................................................................................................................................................
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat...............
Wassalam.
Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah
bermusuhan kerana Allah,bercinta kerana Allah dan membenci kerana
Allah.
(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Saudara saudariku,Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn
amaran2 Allah.Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah
Pencipta.Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah.Dan jika esok ku lena
tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah saudara
saudariku, ukhwah kita utk selamanya..............