Menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk 
meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah , 
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau melancarkan Projek 
“SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN”.

Ini adalah kerana PAS Kawasan Rembau menganggap adalah penting untuk setiap 
kanak-kanak dan para remaja di daerah ini menamatkan persekolahan sehingga ke 
tingkatan 5 serta memahami asas Membaca , Mengira dan Menulis.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala 
sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat 
menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar 
yuran persekolahan , buku sekolah , yuran peperiksaan , pakaian sekolah , 
pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi 
kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga 
menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang 
dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja 
sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga 
adik-adik.

Matlamat PAS Kawasan Rembau pada penggal persekolahan bermula 2009 nanti ialah 
SIFAR KECICIRAN pelajar untuk peringkat sekolah rendah dan menjelang tahun 2010 
SIFAR KECICIRAN pelajar peringkat sekolah menengah yang disebabkan oleh 
kemiskinan dan kesempitan hidup dalam keadaan ekonomi negara dan global yang 
semakin mencabar.

Justeru itu PAS Kawasan Rembau menggesa kepada semua pihak yang mempunyai 
maklumat pelajar-pelajar yang tidak dapat meneruskan persekolahan di daerah ini 
agar menghubungi AJK PAS Kawasan Rembau.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya 
tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan 
pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , 
pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor 
berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan
Tn Hj Shukri 017-2446215 Ketua Pemuda Kawasan
Pn Wani 013-3851202 Ketua Muslimat Kawasan
Sdr Rozmal 012-2267406 Pemangku Yang Di Pertua Kawasan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU , 
No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad

Maklumat lanjut di Blog PAS Kawasan Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com




Kirim email ke