-- 
Klik Tajuk Untuk Artikel Penuh
Bermulalah Perang terhadap Najib
Razak<http://aminiskandar.wordpress.com/2008/10/09/bermulalah-perang-terhadap-najib-razak/>
9 10 2008

Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi,
ternampak satu banner digantung yang berbunyi, "Rakyat Merayu kepada Pak Lah
Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah". Di banner tersebut terdapat
gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan
kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat
banner tersebut.

Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang
berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi
banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.

Di banner ini pula tertulis,

"Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

   - Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
   - Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan
   isteri orang.
   - Membeli isteri orang untuk dikahwini.
   - Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
   - Misteri pembunuhan Altantuya.

*http://antinajib.blogspot.com* Selamatkan Melayu"

Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari
raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac
depan.

Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan
semalam, Najib "mungkin" menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan
"mungkin" kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan
Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar
jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada
calon-calon lain yang berani.

Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk
merebut jawatan tersebut.

Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang
peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke