-- 
Klik Tajuk Untuk Artikel Penuh
<goog_1223611114187> Najib punca 50,000 bumiputera menganggur
<http://antinajib.blogspot.com/2004/10/najib-punca-50000-bumiputera.html> Saya
berpendapat bahawa punca pengangguran di Malaysia ada hasil dari kerja Najib
semasa beliau menjadi menteri pendidikan. Tindakannya memperkenalkan banyak
institut swasta yang tidak berkualiti dan men'sardin'kan universiti tempatan
menjadi punca akan fenomena pengangguran siswazah bumiputera.

Kenapa hanya bumiputera, sukar difahami, namun kaum cina tidak menghadapi
fenomena ini kerana mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan
sokongan dari pelbagai pertubuhan cina.

Najib telah menyebabkan kualiti pendidikan di Universiti menurun dengan
pertambahan pelajar yang mendadak demi menyokong agenda politiknya. Satu
bilik di universiti yang hanya memiliki dua meja diisi sehingga 4 orang
pelajar. Tidak termasuk nisbah penysrah-pelajar yang membimbangkan dan
pelbagai lagi telah menyebabkan penurunan kualiti akibat penambahan
kuantiti.

Semasa beliau menjadi menteri pendidikan juga beliau memperbanyakkan
Institut pengajian swasta hingga mengabaikan kualiti. Ada IPTS tersebut
hanya mementingkan keuntungan semata-mata. UKM yang berkerjasama dengan IPTS
untuk program matrikulasinya pada tahun tersebut telah mengakibatkan hampir
2 ribu pelajarnya gagal. Sesetengah IPTS tidak memiliki kemudahan yang
mencukupi malah tenaga pengajar pun kurang.

Beliau memang seorang yang bagus tetapi tidak layak menjadi perdana menteri.
Kita tidak mahu seorang yang mementingkan agenda politik jangka pendeknya
hingga mengorbankan masa depan negara. Beliau tidak layak menjadi perdana
menteri. Jika anda menyokong saya datanglah ke
http://antinajib.blogspot.com/ untuk kita sama-sama berkempen.

Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke