setelah membaca nukilan di bawah ni, terasa ingin memberikan sedikit respon kepada Nawawi. Saya mungkin bukanlah seorang yang layak untuk membicarakan persoalan hukum dengan lebih detail tapi bukanlah bermakna seorang yang suka sangat menghukum dan memandang sesuatu amalan dari perspektif seorang penghukum.
bukan tak bersetuju 100%. Biasanya saya tak pernah langsung nak respon komentar2 pelayar2 group ini, tapi bilamana Nawawi mula menyatakan ' kekalutan demi kekarutan' termasuk dalam amalan masyarakat Jawa di Selangor dan Johor, rasanya agak melampau juga pandangan tu. Masyarakat Melayu, waimah orang jawa, banjar, minang dan sebagainya, terbentuk kuat dan berpegang pada hal2 adat dan syarak...tak dinafi perkara2 adat dan syarak ini terbentuk beratus tahun atas beberapa faktor: penjajahan, peperangan, bertukaran budaya, kepercayaan dan paling akhir sekali selepas kedatangan Islam ke bumi Tanah Melayu ni, ia berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang taat, yang dianuti sehingga sekarang walaupun pernah dijajah oleh machinery Portugis dan Belanda atas sebab sebaran agama Kristian. To make it short, macam saya cakap tadi, tak semua yang dikatakan salah tapi biarlah pandangan tu berasas. pertama, kena tau beza adat dan syariat. kedua, selagi adat tidak menyalahi syariat dan ada unsur kebaikan padanya tak salah utk diamalkan contohnya bara'an, takbir rumah ke rumah, bersedekah, menziarah kubur...yang jelas menyalahi syariat seperti maksiat, malam tujuh likur, bernyanyi-nyanyian tu tak sapa nafi, tapi biarlah adil dgn amalan dan adat yg baik..tak taulah kalau nawawi ni tak pernah langsung nak pergi ziarah di hari raya, menziarahi kubur sepanjang masa kelapangan beliau, bersedekah sepanjang masa... nak sentuh gak pasal orang2 Jawa yang disentuh Nawawi. tak tau la dia jawa ke tak...tapi bagi kami orang jawa, benda ni la yang membuatkan ikatan kekeluargaan masyarakat jawa kuat, amalannya baik, agamanya bagus....lihat dulu kesannya kepada masyarakat...macam saya cakap tadi, kena la adil sikit bagi pandangan. sepanjang masa pun masyarakat jawa saling ziarah menziarah, tapi bila dilakukan beramai2 dan ziarah banyak rumah, tu dinamakan bara'an...tu pun kira karut ke? bukak mata sikit yee...bertakbir, bertahmid rumah ke rumah, membesarkan Allah, rumah ke rumah, mohon pengampunan kepada tuan rumah, dianggap kalut ke? saya rasa Nawawi ni yang kalut kot. takpe la, dia tak sambut raya dgn cara macam tu kot...kita tetap raikan mereka2 yang mengikut 100% sunnah rasulullah. Sebutkan mana2 masyarakat Islam di muka bumi ni yang membuang langsung hal2 adatnya secara keseluruhan walaupun tak bertentangan dengan syarak. harus diingat, kadangkala harus dirai orang2 kurang ilmunya (bukan takde ilmu langsung) untuk beramal, lebih2 lagi peluang yang ada pada hari raya tersebut...dahlah bulan lain diorang tak buat, nak biarkan bulan syawal ni pun diorang tak buat ke?.. sekali lagi maaf, bukan tak setuju semuanya pandangan Nawawi. mungkin beliau seorang yang sangat shadid dan siqah. saya tetap bersetuju dengan beberapa pandangannya tapi kadang2 makin dihujjah berjela makin menunjukkan dangkal juga hujjahnya, lebih2 lagi menyentuh hal2 satu kelompok bangsa yang beliau sendiri tidak mendalaminya. renungkanlah... isa.sulaiman Sent by: [email protected] 10/11/2008 06:57 PM Please respond to [email protected] To "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan? adakalanya saudara perlu membezakan antara adat dan syarak................. sesat atau tidak aqidah bergantung kpd hati masing masing.. pendek cerita apa yg di buat selain dari NYA adalah kelemahan aqidah... [EMAIL PROTECTED] Sent by: [email protected] 07/10/2008 05:33 AM Please respond to [email protected] To "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> cc Subject Help Palestine [hidayahnet] Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan? Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan? http://an-nawawi.blogspot.com Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena ?minta maaf zahir & batin?? Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain? Sampai ada yang berkata, ?Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.? Waah! Mana dalilnya? Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya? Peliknya ?orang kita? ni... Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang ?men-sunnahkan? amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu ?alaihi wa Sallam... Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan? Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan al-Qur?an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya... Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat bacaan al-Qur?an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang mentahlilkannya. Apakata kita lihat semula apa Nabi kata, ?Dari Abu Hurairah radhiallahu ?anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ?alaihi wa Sallam: ?Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya?.? (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud) Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita. Ini termasuklah kekalutan demi kekarutan yang lainnya seperti amalan marhaban, bara?an (popular di kalangan orang-orang jawa di Selangor & Johor), amalan melakukan rombongan bertakbir dari rumah ke rumah di ketika malam raya, amalan memberikan duit raya, amalan memasang lampu raya dengan niat meraikan malam tujuh likur serta mencahayakan kehadiran syawal, dan juga amalan bernyanyian malah sehingga ada lagu-lagu khusus sempena hari raya. Bukan setakat lagu, ditambah juga dengan aktiviti berjogetan dan maksiat di antara kaum wanita dengan lelaki melalui acara tayangan filem, pesta tarian, lakonan, dan seumpamanya. Berkenaan amalan-amalan ini sebenarnya ada sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang menceduk amalan kaum Syi'ah dan sufi yang sesat (merujuk kepada kandungan marhaban/berzanji yang dibacakan), menyerupai amalan masyarakat Hindu dalam perayaan Deepavali-nya yang meraikannya dengan "Pesta Cahaya" iaitu dengan memasang lampu-lampu pelita malah mungkin termasuk kepada mengangungkan api daripada iktiqad kaum Majusi, manakala amalan duit raya pula kini seakan-akan menjadi suatu kewajiban yang mana niat kanak-kanak berkunjung ke setiap rumah sudah terarah untuk mengumpul sebanyak mungkin duit raya. Ini tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan Allah. ?Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur?. (Surah al-Baqarah, 2: 185) Tetapi diakibatkan kecelaruan, tokok-tambah, dan kejahilan tersebut, maka ia lantas menjadikan suasana hari raya berubah kepada hari menyekutukan Allah dan hari untuk merobek as-Sunnah yang suci dan mulia! Yang sepatutnya menjadi Syi'ar agama di hari tersebut semakin dilupakan dan terabai. Tetapi, tokok tambah yang jauh dari cahaya syari'at pula semakin diperjuangkan. Na'uzubillah... @an-Nawawi YM: [EMAIL PROTECTED]
