Assalamualaikum akhi isa.sulaiman,

dalam isu di bawah tu, boleh akhi bagi tau kami, mana satu adat mana satu 
syarak. Sebab benda tu dah bercampur2.

Terima kasih.




isa.sulaiman 
Sent by: [email protected]
10/07/08 07:37 AM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?







adakalanya saudara perlu membezakan antara adat dan 
syarak................. 

sesat atau tidak aqidah bergantung kpd hati masing masing.. 

pendek cerita apa yg di buat selain dari NYA adalah kelemahan aqidah... 






[EMAIL PROTECTED] 
Sent by: [email protected] 
07/10/2008 05:33 AM 

Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> 
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?








Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

http://an-nawawi.blogspot.com 

Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan 
dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & 
batin”?

Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. 
Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?

Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... 
nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.”

Waah! Mana dalilnya?

Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap 
seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu 
tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...

Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi 
menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang 
“men-sunnahkan” amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu 
‘alaihi wa Sallam...

Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah 
kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika 
di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan?

Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan 
al-Qur’an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya...

Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan 
hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat 
bacaan al-Qur’an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang 
mentahlilkannya.

Apakata kita lihat semula apa Nabi kata,

“Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah 
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat 
berhari raya”.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian 
kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita.

Ini termasuklah kekalutan demi kekarutan yang lainnya seperti amalan 
marhaban, bara’an (popular di kalangan orang-orang jawa di Selangor & 
Johor), amalan melakukan rombongan bertakbir dari rumah ke rumah di ketika 
malam raya, amalan memberikan duit raya, amalan memasang lampu raya dengan 
niat meraikan malam tujuh likur serta mencahayakan kehadiran syawal, dan 
juga amalan bernyanyian malah sehingga ada lagu-lagu khusus sempena hari 
raya. Bukan setakat lagu, ditambah juga dengan aktiviti berjogetan dan 
maksiat di antara kaum wanita dengan lelaki melalui acara tayangan filem, 
pesta tarian, lakonan, dan seumpamanya.

Berkenaan amalan-amalan ini sebenarnya ada sebahagiannya menyentuh 
persoalan aqidah yang menceduk amalan kaum Syi'ah dan sufi yang sesat 
(merujuk kepada kandungan marhaban/berzanji yang dibacakan), menyerupai 
amalan masyarakat Hindu dalam perayaan Deepavali-nya yang meraikannya 
dengan "Pesta Cahaya" iaitu dengan memasang lampu-lampu pelita malah 
mungkin termasuk kepada mengangungkan api daripada iktiqad kaum Majusi, 
manakala amalan duit raya pula kini seakan-akan menjadi suatu kewajiban 
yang mana niat kanak-kanak berkunjung ke setiap rumah sudah terarah untuk 
mengumpul sebanyak mungkin duit raya.

Ini tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan 
sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan 
Allah.

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah 
kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan 
kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 
185)

Tetapi diakibatkan kecelaruan, tokok-tambah, dan kejahilan tersebut, maka 
ia lantas menjadikan suasana hari raya berubah kepada hari menyekutukan 
Allah dan hari untuk merobek as-Sunnah yang suci dan mulia! Yang 
sepatutnya menjadi Syi'ar agama di hari tersebut semakin dilupakan dan 
terabai. Tetapi, tokok tambah yang jauh dari cahaya syari'at pula semakin 
diperjuangkan. Na'uzubillah...

@an-Nawawi
YM: [EMAIL PROTECTED] 

 

Kirim email ke