Ini berlaku di Mid Valley Mega Mall di luar Jaya Jusco KL:
Ada tempat jualan yang di tulis (di atas) "non-halal", tetapi ada tempat kiosk
di hadapan tempat jualan itu yang menjual pastry dan kuih. Di kiosk tersebut
TIDAK ada signage "non-halal". Saya lihat dua wanita bertudung di situ sedang
memilih makanan. Saya tanya kat perempuan Cina yang menjual di kiosk, "Ini
makanan halal ke tidak?" Dia kata "Tidak". Dua wanita Melayu itu segera cakap
tak mahu beli dan beredar dari situ.
Saya berharap Persatuan Pengguna Islam Malaysia membuat pemantauan.
Lagi satu saya pernah makan piza kat sebuah tempat piza (BUKAN Pizza Hut dan
BUKAN DOMINOS) di KLCC. Semasa lihat menu saya nampak ditulis bahan ramuan ada
alkohol (rum) tetapi dalam tulisan amat kecil dan jikalau pembeli Islam tidak
membaca dengan teliti mungkin "order" benda itu. Saya tanya waiter kenapa tidak
ditulis terang-terang "piza ini mengandungi alkohol" atau tulis saja "TIDAK
HALAL". Waiter kata tak tahu.
Saya ingin syorkan setiap kiosk atau restoran yang membuat seperti ini hentikan
kelakuan tersebut kerana umat Islam akan terpedaya.