Memandangkan ramai kita kerap tertipu dengan logo halal yang "tidak halal" 
(tipu punya) atau percampuran produk halal dan tidak halal maka satu daripada 
cara untuk menyelesaikan nya ialah dengan memasak atau menyediakan makanan 
sendiri di rumah. Namun memasak sendiri juga tidak menjamin penyediaan makanan 
pastinya halal kerana ingredients yang digunakan yang kebanyakan juga dibeli 
dari luar mungkin ada yang tercemar atau diperbuat daripada bahan yang 
mengandungi unsur haram. Cuma sekurang-kurangnya peluang keharaman bagi yang 
disediakan sendiri di rumah adalah lebih tipis. Maka isteri-isteri/ 
ibu-ibu kenalah banyak memasak janganlah sikit-sikit beli siap punya atau 
bantai saja fast food. Jadi bagi ibubapa yang ramai anak eloklah isteri 
berkorban untuk berhenti atau pencen lebih awal.  Umur 45 atau 50 si isteri 
kalau makan gaji dengan kerajaan ambillah bersara pilihan tak perlulah tunggu 
sampai umur 58 tahun. Maka dapatlah menumpukan kepada
 pendidikan anak-anak serta menyediakan sendiri makanan untuk anak-anak 
agar lebih terjamin maka barulah peluang mereka menjadi anak-anak yang beriman 
dan soleh lebih cerah.
 
    Makanan juga penting bagi memastikan hati kita tidak menjadi gelap 
disamping dosa sekiranya memakan yang haram. Cuma kalau bersara pada umur 45 
anak pertama mungkin dah berumur 20 tahun dah pandai jalan-jalan cari makan. 
Kalau bersara lebih awal sangat katakan ketika umur 40 pencen tidak akan 
dibayar, susah juga ya ! Memandangkan kedudukan ekonomi semakin sulit elok juga 
kalau para suami ada dua isteri seorang kerja/ berpendapatan dan seorang tak 
bekerja atau isteri sepenoh masa. Ada yang dok cari isteri yang semua bekerja 
supaya boleh tanggong suami. Ini tak begitu tepat dengan niat berpoligami tapi 
? tidak lah haram. Maka isteri sepenoh masa bolehlah jadi "tukang masak". 
Kesian juga kepada kawan saya yang tambah sorang lagi isteri lantas kena 
boikotlah dengan isteri no 1. Mungkin kena cadang dia agar cari satu lagi 
supaya jadi madu tiga mana tahu kalau-kalau yang tengah atau yang no 3 
dapat bertindak sebagai buffer. Wallahua'lam. 
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Mon, 11/3/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pengguna Islam mesti prihatin kawasan 
pembelian
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, November 3, 2008, 7:39 PM






Ini berlaku di Mid Valley Mega Mall di luar Jaya Jusco KL:

Ada tempat jualan yang di tulis (di atas) "non-halal", tetapi ada tempat kiosk 
di hadapan tempat jualan itu yang menjual pastry dan kuih. Di kiosk tersebut 
TIDAK ada signage "non-halal". Saya lihat dua wanita bertudung di situ sedang 
memilih makanan. Saya tanya kat perempuan Cina yang menjual di kiosk, "Ini 
makanan halal ke tidak?" Dia kata "Tidak". Dua wanita Melayu itu segera cakap 
tak mahu beli dan beredar dari situ.

Saya berharap Persatuan Pengguna Islam Malaysia membuat pemantauan.

Lagi satu saya pernah makan piza kat sebuah tempat piza (BUKAN Pizza Hut dan 
BUKAN DOMINOS) di KLCC. Semasa lihat menu saya nampak ditulis bahan ramuan ada 
alkohol (rum) tetapi dalam tulisan amat kecil dan jikalau pembeli Islam tidak 
membaca dengan teliti mungkin "order" benda itu. Saya tanya waiter kenapa tidak 
ditulis terang-terang "piza ini mengandungi alkohol" atau tulis saja "TIDAK 
HALAL". Waiter kata tak tahu.

Saya ingin syorkan setiap kiosk atau restoran yang membuat seperti ini hentikan 
kelakuan tersebut kerana umat Islam akan terpedaya.
















      

Kirim email ke