Press Release : Berita Harian 6 Nov 08

Wang Elektronik, atau ‘e-money’ merupakan bentuk matawang baru dalam
dunia tanpa batasan, alam siber atau lebih dikenali sebagai ‘internet’.
Kemunculan ‘e-money’ membolehkan pembayaran bil utiliti, barangan dan
servis dibuat tanpa meninggalkan rumah atau pejabat.

‘E-money’ mula diperkenalkan semenjak  tahun  1920-an di Amerika
dimana syarikat pengusaha stesen minyak memulakan konsep kad kredit
kepada pengguna kenderaan. Kini, kad kredit telah melalui pelbagai
evolusi dan perubahan sehingga pada hari ini, pelbagai jenis kad kredit
mendominasi di seluruh dunia.

Pengguna kad kredit sering terdedah kepada risiko penipuan, caj
perkhidmatan yang tinggi dan masalah paling ketara merupakan konsep
beli dulu, bayar kemudian, yang sering menyebabkan pengguna berbelanja
lebih dari yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jumlah pemegang kad
kredit semakin bertambah kerana dengan kad kredit, pemegang boleh
membuat bayaran tanpa berhadapan dengan penjual secara fizikal. Dengan
hanya melalui panggilan telefon, bil dapat diselesaikan.

Kini, dengan kemunculan dunia siber, sekali lagi kad kredit
memonopoli pasaran pembayaran elektronik di internet. Namun,
kepelbagaian perkhidmatan and produk yang ditawarkan melalui internet
tidak dapat dirasai oleh sebahagian besar pengguna internet.
Menurut www.internetworldstats.com pada tahun 2007 sahaja, 13.5 juta
penduduk Malaysia menggunakan internet, dan hampir 50% dari jumlah ini
merupakan pelajar atau golongan tidak bekerja (MCMC Household Use of
the Internet Survey 2006). Oleh kerana kad kredit berasaskan kredit,
proses dan syarat pemilikan kad kredit diketatkan, dalam erti kata
lain, hanya yang mampu sahaja boleh memilikinya.

Pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah hanya mampu melihat
dipaparan monitor, bak kata pepatah, ‘Dekat Tapi Jauh’. Kemunculan
perbankan internet membolehkan golongan bukan pemegang kad kredit mula
mengecapi kemudahan pembayaran melalui internet. Tetapi, banyak
kekurangan yang perlu diatasi seperti risiko pendedahan maklumat akaun
simpanan pada pihak ketiga terutamanya kebanyakkan peniaga kecil dan
sederhana di internet mengarahkan pembeli membuat bayaran ke akaun
peribadi mereka. Ini meningkatkan lagi risiko terhadap pembeli.

Kemunculan ‘Paypal’ mencorakkan fenomena ‘e-money’ di peringkat
antarabangsa. Wang bertukar-tangan tanpa perlu sentuhan fizikal di
tapak tangan. Malah, sesiapa sahaja yang memiliki e-mel boleh memberi
dan menerima bayaran tanpa batasan sempadan. Tetapi, atas sebab-sebab
tertentu, penggunaan ‘Paypal’ di Malaysia terbatas.

Pada November 2007, Webonline Dot Com Sdn Bhd
(WOL) mengorak langkah dengan melancarkan Webcash – akaun elektronik
dengan tagline ‘An Electronic Lifestyle’. Kini Webcash memiliki lebih
5000 pemegang akaun dan diterima oleh lebih 200 perniaga di internet.
Tanggal
31 October 2008, Webonline Dot Com Sdn Bhd mengadakan majlis
menandatangi perjanjian persetujuan bersama Mangkuk Tingkat Enterprise
untuk mengintegrasikan Webcash sebagai sistem pembayaran elektronik
untuk halaman web e-dagang MangkukTingkat.com.
Dengan termeterai perjanjian ini, pelanggan MangkukTingkat.com kini
boleh membuat pembayaran tempahan mereka terus dari halaman web
MangkukTingkat.com.
Ameer Soekre Ishak, presiden dan pengasas Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah (YPM), memulakan perusahaan menyediakan perkhidmatan
penghantaran makanan berasaskan masakan tempatan melayu melalui
internet semenjak Mac tahun ini. YPM ditubuhkan untuk membantu
masyarakat kurang bernasib baik untuk membaiki taraf hidup mereka dan
perusahaan MangkukTingkat.com disasarkan untuk membantu ibu-ibu tunggal
yang tidak bekerja meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Setelah 5 bulan, MangkukTingkat.com kini mempunyai lebih 4000
pelanggan diseluruh Malaysia. Kini pelanggan MangkukTingkat.com boleh
terus membuat bayaran selepas setiap tempahan. Ini dapat mengelakkan
kerugian akibat kegagalan mendapat bayaran atau pembatalan pesanan di
saat akhir.

MangkukTingkat.com
turut mensasarkan golongan pelajar peringkat kolej dimana sebilangan
besar penuntutnya tinggal berjauhan dari keluarga. Memandangkan akaun
elektronik Webcash boleh dimiliki oleh setiap peringkat umur, golongan
pelajar ini kini boleh terus membuat tempatan dan bayaran kepada
MangkukTingkat.com melalui internet tanpa memiliki kad kredit. Makanan
yang ditempah akan terus dihantar terus ke pintu.
Kelebihan ini bukan hanya di kecapi oleh golongan pelajar ini
sahaja, malah ibubapa turut menikmati kemudahan yang disediakan.
Ibubapa yang bekerja tidak perlu lagi risau jika mereka perlu berjauhan
dengan anak-anak di rumah. Urusan makanan anak-anak dirumah tersedia
dengan hanya menekan butang kekunci komputer dari pejabat. Malah dengan
teknologi internet terkini, tempahan dan bayaran boleh dibuat terus
dari dalam komputer riba jika anda tersangkut dijalan raya.

Dalam jangka masa terdekat ini, Webcash akan memperkenalkan skim
akaun berkumpulan. Disasarkan untuk membolehkan sesebuah keluarga
berkongsi akaun sesama sendiri. Walaubagaimanapun pemegang akaun utama,
selalunya bapa, akan menetapkan kuota perbelanjaan ahli. Ini dapat
mendidik anak-anak untuk lebih berdisiplin dalam perbelanjaan harian
mereka. Ibupaba juga dapat memantau trend perbelanjaan anak-anak mereka.

Kenaikan harga minyak dan kos meletak kereta yang tinggi di sekitar
bandaraya sering menyebabkan warga kota yang bekerja berfikir dua kali
untuk keluar makan tengahari. Restoran sentiasa penuh, akibatnya ramai
yang sanggup membeli dari penjual van tidak berdaftar di tepi jalan.
Kebersihan makanan turut diragu, namun apakan daya, kita makan untuk
hidup.
Tanpa
kita sedari, kos untuk mendapatkan makanan selalunya lebih tinggi dari
kos makanan itu sendiri. Pemilik akaun Webcash hanya perlu melayari
lawan web MangkukTingkat.com, dan dengan hanya beberapa klik, makanan
akan dihantar terus ke pejabat anda. Bak kata pengasas
MangkukTingkat.com, kini semua orang  ‘Senang Nak Makan’.
Syarikat Webonline bersama Mangkuk Tingkat Enterprise telah
merevolusikan konsep tempah dan bayar makanan secara online ke seluruh
negara yang secara amnya telah bertahun dimonopoli oleh syarikat
makanan segera antarabangsa.
Webonline pula bukan sahaja memecahkan tradisi konsep pembayaran
elektronik menggunakan kad kredit, malah membolehkan semua golongan
membuat pembayaran elektronik tanpa mengira umur dan status pendapatan
dengan akaun Webcash.
Layari www.MangkukTingkat.com




      

Kirim email ke