Salam,

Saya ingin menjual rumah seperti berikut ;

1. Rumah teres 2 tingkat,
ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air.
Baru bercat,ada plaster siling dan kabinet dapur.
Harga RM 145000(boleh dirunding)
Alamat:
114,Taman Desa Orkid 1/4,
Taman Desa Orkid,Senawang,Negeri Sembilan.

2.Apartment Sri Putri,Blok A,Tingkat Satu di Ukay Perdana.
3 bilik tidur dan 2 bilik air
Harga RM 135000(boleh dirunding)

Sesiapa yang berminat,boleh menghubungi saya:
Zainuddin    0173466844

Sekian.Terima Kasih
Zainuddin Bin JaafarPenolong Pegawai Latihan Vokasional J36Institut Latihan 
Perindustrian Prai



To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Wed, 5 Nov 2008 20:16:22 -0800Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] MangkukTingkat.com di Berita Harian 6 November 2008









Press Release : Berita Harian 6 Nov 08

Wang Elektronik, atau ‘e-money’ merupakan bentuk matawang baru dalam dunia 
tanpa batasan, alam siber atau lebih dikenali sebagai ‘internet’. Kemunculan 
‘e-money’ membolehkan pembayaran bil utiliti, barangan dan servis dibuat tanpa 
meninggalkan rumah atau pejabat.

‘E-money’ mula diperkenalkan semenjak  tahun  1920-an di Amerika dimana 
syarikat pengusaha stesen minyak memulakan konsep kad kredit kepada pengguna 
kenderaan. Kini, kad kredit telah melalui pelbagai evolusi dan perubahan 
sehingga pada hari ini, pelbagai jenis kad kredit mendominasi di seluruh dunia.

Pengguna kad kredit sering terdedah kepada risiko penipuan, caj perkhidmatan 
yang tinggi dan masalah paling ketara merupakan konsep beli dulu, bayar 
kemudian, yang sering menyebabkan pengguna berbelanja lebih dari yang 
diperlukan. Walau bagaimanapun, jumlah pemegang kad kredit semakin bertambah 
kerana dengan kad kredit, pemegang boleh membuat bayaran tanpa berhadapan 
dengan penjual secara fizikal. Dengan hanya melalui panggilan telefon, bil 
dapat diselesaikan.

Kini, dengan kemunculan dunia siber, sekali lagi kad kredit memonopoli pasaran 
pembayaran elektronik di internet. Namun, kepelbagaian perkhidmatan and produk 
yang ditawarkan melalui internet tidak dapat dirasai oleh sebahagian besar 
pengguna internet.
Menurut www.internetworldstats.com pada tahun 2007 sahaja, 13.5 juta penduduk 
Malaysia menggunakan internet, dan hampir 50% dari jumlah ini merupakan pelajar 
atau golongan tidak bekerja (MCMC Household Use of the Internet Survey 2006). 
Oleh kerana kad kredit berasaskan kredit, proses dan syarat pemilikan kad 
kredit diketatkan, dalam erti kata lain, hanya yang mampu sahaja boleh 
memilikinya.

Pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah hanya mampu melihat dipaparan 
monitor, bak kata pepatah, ‘Dekat Tapi Jauh’. Kemunculan perbankan internet 
membolehkan golongan bukan pemegang kad kredit mula mengecapi kemudahan 
pembayaran melalui internet. Tetapi, banyak kekurangan yang perlu diatasi 
seperti risiko pendedahan maklumat akaun simpanan pada pihak ketiga terutamanya 
kebanyakkan peniaga kecil dan sederhana di internet mengarahkan pembeli membuat 
bayaran ke akaun peribadi mereka. Ini meningkatkan lagi risiko terhadap pembeli.

Kemunculan ‘Paypal’ mencorakkan fenomena ‘e-money’ di peringkat antarabangsa. 
Wang bertukar-tangan tanpa perlu sentuhan fizikal di tapak tangan. Malah, 
sesiapa sahaja yang memiliki e-mel boleh memberi dan menerima bayaran tanpa 
batasan sempadan. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, penggunaan ‘Paypal’ di 
Malaysia terbatas.

Pada November 2007, Webonline Dot Com Sdn Bhd (WOL) mengorak langkah dengan 
melancarkan Webcash – akaun elektronik dengan tagline ‘An Electronic 
Lifestyle’. Kini Webcash memiliki lebih 5000 pemegang akaun dan diterima oleh 
lebih 200 perniaga di internet.
Tanggal 31 October 2008, Webonline Dot Com Sdn Bhd mengadakan majlis 
menandatangi perjanjian persetujuan bersama Mangkuk Tingkat Enterprise untuk 
mengintegrasikan Webcash sebagai sistem pembayaran elektronik untuk halaman web 
e-dagang MangkukTingkat.com.
Dengan termeterai perjanjian ini, pelanggan MangkukTingkat.com kini boleh 
membuat pembayaran tempahan mereka terus dari halaman web MangkukTingkat.com.
Ameer Soekre Ishak, presiden dan pengasas Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPM), 
memulakan perusahaan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan berasaskan 
masakan tempatan melayu melalui internet semenjak Mac tahun ini. YPM ditubuhkan 
untuk membantu masyarakat kurang bernasib baik untuk membaiki taraf hidup 
mereka dan perusahaan MangkukTingkat.com disasarkan untuk membantu ibu-ibu 
tunggal yang tidak bekerja meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Setelah 5 bulan, MangkukTingkat.com kini mempunyai lebih 4000 pelanggan 
diseluruh Malaysia. Kini pelanggan MangkukTingkat.com boleh terus membuat 
bayaran selepas setiap tempahan. Ini dapat mengelakkan kerugian akibat 
kegagalan mendapat bayaran atau pembatalan pesanan di saat akhir.

MangkukTingkat.com turut mensasarkan golongan pelajar peringkat kolej dimana 
sebilangan besar penuntutnya tinggal berjauhan dari keluarga. Memandangkan 
akaun elektronik Webcash boleh dimiliki oleh setiap peringkat umur, golongan 
pelajar ini kini boleh terus membuat tempatan dan bayaran kepada 
MangkukTingkat.com melalui internet tanpa memiliki kad kredit. Makanan yang 
ditempah akan terus dihantar terus ke pintu.
Kelebihan ini bukan hanya di kecapi oleh golongan pelajar ini sahaja, malah 
ibubapa turut menikmati kemudahan yang disediakan. Ibubapa yang bekerja tidak 
perlu lagi risau jika mereka perlu berjauhan dengan anak-anak di rumah. Urusan 
makanan anak-anak dirumah tersedia dengan hanya menekan butang kekunci komputer 
dari pejabat. Malah dengan teknologi internet terkini, tempahan dan bayaran 
boleh dibuat terus dari dalam komputer riba jika anda tersangkut dijalan raya.

Dalam jangka masa terdekat ini, Webcash akan memperkenalkan skim akaun 
berkumpulan. Disasarkan untuk membolehkan sesebuah keluarga berkongsi akaun 
sesama sendiri. Walaubagaimanapun pemegang akaun utama, selalunya bapa, akan 
menetapkan kuota perbelanjaan ahli. Ini dapat mendidik anak-anak untuk lebih 
berdisiplin dalam perbelanjaan harian mereka. Ibupaba juga dapat memantau trend 
perbelanjaan anak-anak mereka.

Kenaikan harga minyak dan kos meletak kereta yang tinggi di sekitar bandaraya 
sering menyebabkan warga kota yang bekerja berfikir dua kali untuk keluar makan 
tengahari. Restoran sentiasa penuh, akibatnya ramai yang sanggup membeli dari 
penjual van tidak berdaftar di tepi jalan. Kebersihan makanan turut diragu, 
namun apakan daya, kita makan untuk hidup.
Tanpa kita sedari, kos untuk mendapatkan makanan selalunya lebih tinggi dari 
kos makanan itu sendiri. Pemilik akaun Webcash hanya perlu melayari lawan web 
MangkukTingkat.com, dan dengan hanya beberapa klik, makanan akan dihantar terus 
ke pejabat anda. Bak kata pengasas MangkukTingkat.com, kini semua orang  
‘Senang Nak Makan’.
Syarikat Webonline bersama Mangkuk Tingkat Enterprise telah merevolusikan 
konsep tempah dan bayar makanan secara online ke seluruh negara yang secara 
amnya telah bertahun dimonopoli oleh syarikat makanan segera antarabangsa.
Webonline pula bukan sahaja memecahkan tradisi konsep pembayaran elektronik 
menggunakan kad kredit, malah membolehkan semua golongan membuat pembayaran 
elektronik tanpa mengira umur dan status pendapatan dengan akaun Webcash.

Layari www.MangkukTingkat.com







_________________________________________________________________
Easily publish your photos to your Spaces with Photo Gallery.
http://get.live.com/photogallery/overview

Kirim email ke