Saya mempunyai anak-anak di Sekolah Agama Rendah Swasta , Sekolah Menengah
Agama Negeri , Sekolah Menengah Agama Kementerian , mereka juga pernah belajar
di KAFA dan TASKI serta PASTI di Negeri Sembilan ini.
Walaupun kemudahan di sekolah agama ini tidaklah sehebat dan secanggih dengan
sekolah elit yang lain , tapi saya rasa ianya adalah pilihan terbaik untuk
anak-anak saya. Walaupun gaji guru-guru di sekolah agama swasta , sekolah agama
negeri , KAFA dan SARA ini amat rendah dan dibawah paras kemiskinan iaitu
kurang RM 1000 sebulan , namun saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang
diberikan.
Memang banyak kelemahan sekolah agama ini kalau hendak dibilang satu demi satu.
Tapi sama-samalah kita membantu. Contohnya Guru KAFA atau SARA di N.Sembilan
ini saya rasa sekitar RM 500 sahaja sebulan , itu pun kalau yang baru masuk 3-4
bulan belum dapat gaji lagi.
Disinilah peranan PIBG untuk prihatin akan masalah di sekolah agama di Negeri
Sembilan ini. Fahami betul-betul peranan ibu bapa dalam PIBG saling tampung
menampung. Jangan sangka sekolah agama di Negeri Sembilan ini baik yang swasta
mahupun yang kerajaan negeri banyak duit. Mana PIBG boleh bantu , bantulah.
Yang penting wujudkan keharmonian dan kesefahaman antara PIBG dan pihak
sekolah. Sekolah yang mempunyai keharmonian antara PIBG dan Guru-guru ,
pelajar-pelajar mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.
Tapi kalau sekolah yang banyak ibu bapa cari kesalahan guru , guru cari
kesalahan ibu bapa , maka yang menjadi mangsa ialah pelajar dan anak-anak kita.
Buangkanlah sikap ego dalam masyarakat. Rendahkanlah sayap kita demi untuk
memperkasakan Sekolah Agama di Negeri Sembilan ini. Buangkanlah sikap ego di
kalangan ibu bapa , di kalangan guru , di kalangan Pengerusi MAINS , di
kalangan Pengarah Jabatan Agama , di kalangan Pegawai Jabatan dan seterusnya.
Inilah satu-satunya institusi pendidikan yang dapat mengembalikan kegemilangan
umat Islam.
Ingat mati banyak-banyak , apa bekalan kita nak bawa. Apakah salah satu bekalan
ialah usaha dan sumbangan kita membangunkan sekolah agama di Negeri Sembilan
atau hanya sekadar tunggu dan lihat serta tak kisah.