Penduduk Broga pula diserang Demam Chikungunya. Maklumat lanjut di 
http://hamirdin.blogspot.com/2008/11/terlepas-dioxin-terjelepuk-ke.html 

********************************* 
KENYATAAN AKHBAR PENGARAH KESIHATAN NEGERI
Negeri Sembilan Darul Khusus  
Situasi Terkini Penyakit Chikungunya Di Negeri Sembilan Sehingga Minggu 44 ( 1 
November 2008) 
 
Penyakit Chikungunya bukanlah merupakan satu penyakit misteri buat masa ini 
kerana ia telah dilaporkan berlaku di kebanyakan negeri di Malaysia. Untuk 
membenteras penyakit ini daripada terus merebak, pihak Kementerian Kesihatan 
Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pencegahan dan kawalan. Jabatan 
Kesihatan Negeri Sembilan juga dari masa kesemasa telah menerima maklumat 
tentang kejadian penyakit ini samada daripada aduan awam atau laporan kes 
daripada klinik ataupun hospital. 

Penyakit Chikungunya adalah disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu Aedes 
aegypti dan albopictus. Pesakit akan mengalami gejala dan tanda-tanda seperti 
demam, sakit sendi dan ruam pada badan. Tiada rawatan khusus atau vaksin bagi 
penyakit ini dan rawatan yang diberikan adalah berdasarkan gejala yang 
ditunjukkan pesakit. Pesakit akan dirawat sebagai pesakit luar sahaja dan hanya 
dimasukkan ke hospital apabila ada komplikasi serius. Penyakit Chikungunya 
boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang 
menyerupai demam denggi. Namun begitu, penyakit CHIKUNGUNYA AKAN MENYEBABKAN 
KESAKITAN SENDI YANG TERUK tetapi tidak menyebabkan kematian.

FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA PENYAKIT INI ADALAH TERDAPAT BANYAK TEMPAT-TEMPAT YANG 
BERPOTENSI UNTUK PEMBIAKAN NYAMUK AEDES YANG BOLEH MENYEBABKAN AIR BERTAKUNG 
SAMADA DI DALAM ATAU DI LUAR PREMIS. SELAIN ITU SIKAP MASYARAKAT YANG TIDAK 
PRIHATIN TENTANG ASPEK KEBERSIHAN AKAN MEMUDAHKAN LAGI PEREBAKAN VIRUS PENYAKIT 
INI DAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA WABAK PENYAKIT. DI NEGERI SEMBILAN, PENYAKIT 
CHIKUNGUNYA TELAH DILAPORKAN BERLAKU DI KESEMUA DAERAH DI NEGERI INI. Namun 
situasi penyakit ini adalah dalam keadaan terkawal. 

SEHINGGA MINGGU KE 44, JUMLAH KESELURUHAN KES CHIKUNGUNYA DI NEGERI SEMBILAN 
ADALAH SEBANYAK 168 KES DAN DARIPADA JUMLAH TERSEBUT SEBANYAK 110 KES DISAHKAN. 
JUMLAH KES CHIKUNGUNYA DI DAERAH JEMPOL ADALAH 96 KES (78 DISAHKAN), daerah 
Jelebu 29 kes (15 disahkan), daerah Tampin 5 kes (1 disahkan), daerah Rembau 4 
kes (2 disahkan), Kuala Pilah 4 kes (disyaki), Seremban 7 kes (disahkan) dan 
Port Dickson 22 kes ( 7 disahkan). 

Lokaliti kes chikungunya terkini adalah di Daerah Port Dickson iaitu di Kg. 
Jimah Baru (5 kes), Rumah Rakyat Permatang Pasir (1 kes) dan Taman Setia Pasir 
Panjang (1 kes). Manakala di daerah Seremban lokaliti terlibat adalah di Taman 
Tasik Jaya (1 kes). 

Adalah ditegaskan bahawa aktiviti semburan pengasapan yang dilakukan oleh pihak 
kesihatan adalah merupakan langkah sementara sahaja bertujuan untuk membunuh 
nyamuk dewasa yang telah dijangkiti hanya pada ketika itu tetapi tidak akan 
menyelesaikan masalah penyakit ini secara jangka panjang. 

OLEH YANG DEMIKIAN, MASYARAKAT DAN JUGA INDIVIDU PERLU BERTINDAK SECARA 
PROAKTIF DALAM MENCEGAH PENYAKIT INI. MASYARAKAT ADALAH DINASIHATKAN SUPAYA 
TIDAK PANIK DAN SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL TERDEKAT 
JIKA MENGALAMI GEJALA DAN TANDA-TANDA PENYAKIT CHIKUNGUNYA. CARA MENCEGAH YANG 
TERBAIK ADALAH DENGAN MELAKUKAN PEMBERSIHAN KAWASAN RUMAH DAN PERSEKITARAN 
SUPAYA BEBAS DARIPADA TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES, MELIBATKAN DIRI 
DALAM AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN PROGRAM COMBI. 

Semoga langkah-langkah proaktif yang dicadangkan akan dapat membentuk 
masyarakat menjadi lebih prihatin sejajar dengan pendekatan secara serampang 
dua mata dalam mengawal masalah demam denggi dan juga Chikungunya di negeri 
ini. 

Pengarah Kesihatan
Negeri Sembilan Darul Khusus
5 November 2008
 
Rujukan : http://jknns.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=237    



      

Kirim email ke