Ramai kita tahu bahawa kita sememangnya dianjurkan oleh Rasululullah saw selaras dengan perintah Allah swt agar kita sentiasa dzikir dalam setiap keadaan. Tapi tidak mungkin ianya dapat dilakukan sekiranya setiap apa yang dicipta oleh Allah disekeliling kita ini hanya dilihat dengan dua biji mata tanpa hati turut "melihatnya" atau kata orang lihat dengan mata hati dan fikir dengan akal akan kebesaran pencipta alam ini termasuk diri kita yang lengkap dengan pancaindera. Apa yang berlaku hari ini ramai manusia yang ingin melihat zat Allah untuk mengimani Nya termasuk ramai umat Islam yang mengaku wujud nya Allah tapi segala tindakan mereka seolah-olah menafikan kewujudan Allah . Nabi Musa as pernah meminta untuk melihat wajah Allah swt dengan mata kepala apabila didesak oleh kaumnya. Allah telah mempertikaikan keimanan Nabi Musa lalu Allah swt menghilangkan/ menghancurkan ?sebuah gunung yang ada betul-betul dihadapan matanya dan Nabi Musa ? telah pengsan selama beberapa hari. Nabi kita juga pernah didatangi oleh Jibril bertanyakan banyak perkara termasuk ihsan maka jawab Nabi bahawa ihsan itu ? ialah kita beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihat Nya tapi jika kita tidak dapat melihat Nya ( tentulah kita tidak dapat melihat Nya) yakinlah bahawa Allah sedang melihat segala apa yang kita lakukan setiap saat setiap detik sama ada di tempat terang mau pun secara tersembunyi. Namun hari ini ramai umat Islam sendiri melakukan pelbagai kemungkaran seolah-olah Allah tidak melihatnya. Dzikir juga haruslah diiringi dengan melaksanakan ibadah dan segala tuntutan lain yang diwajibkan kerana terdapat juga segelintir golongan yang asyik dengan dzikirnya sehingga ianya sudah mencapai suatu "maqam" sampai tidak perlu lagi baginya melaksanakan ibadah khusus seperti solat dll serta tidak mengambil tahu hal ummat. Orang-orang seperti ini pun tidak diakui umat oleh Nabi ? kerana terdapat hadis beginda mengatakan bukan dari kalangan ku orang yang tidak mengambil tahu urusan saudara nya. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Thu, 11/6/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Advice to keep tongue very busy in Dhikr To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Thursday, November 6, 2008, 6:26 PM A sahabi once said, "O Rasulullah (Sallallaho alaihe wasallam), I know that the commandments of Shariat are many, but of these tell me the one that I may practice assiduously throughout my life." The Prophet (Sallallaho alaihe wasallam), replied, "Keep your tongue always moist (i.e. busy) with the 'Dhikr' of Allah". { Tirmidhi, Ibn Majah } Yahoo! Canada Toolbar : Search from anywhere on the web and bookmark your favourite sites. Download it now!
