Ketika orang dewasa atau ibu-bapa leka dan sibuk dengan program musim 
cuti seperti aktiviti membeli-belah, berkelah ataupun bersantai di 
rumah, barangkali 'bahaya' senantiasa mengintai kanak-kanak di
mana-mana 
sehingga menyebabkan kehilangan ataupun berlakunya penculikan.     

Masih ingatkah lagi wajah comel, Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie
Mohd 
Nashar yang mana kisah mereka begitu menyayat hati seluruh rakyat
Malaysia?

Sepintas lalu, Harakahdaily sekali lagi berhasrat mengajak ibu bapa dan

semua pihak pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serba ringkas 
langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya kejadian 
buruk dapat dibendung seterusnya mangsa penculikan dapat dikesan dalam 
jangka masa terdekat sekaligus menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa 
culik:-



*Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak
*
1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik 
gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan 
polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi 
bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan 
ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer 
daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, 
hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, 
penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab 
kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.



*Dua jam kemudian*

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen
bas, 
teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa

elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang
disyaki 
ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang 
aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar
masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin



*Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa
jenayah*

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang 
bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam
raut 
ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang 
kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan
diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra 
seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.



*Lokasi mudah penculikan *

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti 
taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak 
terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan



*Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh
*
1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya 
sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih 
tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang 
bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu
kepada 
keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui 
kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara

Harakah dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim 
(www.kamalfndhashim.blogspot.com) yang telah disiarkan dalam keluaran 
akhbar Harakah awal tahun ini.Jika berkesempatan dan berkemampuan,
cetak 
tips ini untuk diedarkan.

Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 
Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga 
seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping 
berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat dan doakan roh 
Nurin dirahmati Allah SWT.

-- 
Regards.......
Fatimah Mohamed

       

Kirim email ke