Assalamualaikum wbt Tuan Fudzail Harap Tuan dalam sihat sejahtera sekeluarga dan tidak terkejut email ini yang tiba-tiba muncul, saya harap Tuan Fudzail tidak keberatan membaca sedikit info tentang keperluan memohon sumbangan dari sesiapa yang dermawan untuk saham akhirat dari sana . Saya sampaikan kes ini hanya sekadar untuk pengetahuan Tuan kerana mungkin Tuan boleh bantu mencari para penderma jika ada untuk membantu sebuah sekolah agama rakyat yang menghadapi kebuntuan dalam projek mereka , kerja amal ini sebenarnya adalah dari seorang sahabat bernama En Sabaran Yakob email nya : [EMAIL PROTECTED]<http://mail.google.com/mail/contacts/ui/ContactManager?js=RAW&maximize=true&hide=true&position=absolute&hl=en&emailsLink=true&sk=true&titleBar=false&border=NONE&eventCallback=ParentStub1227710145046&zx=ytqpd1-d97ujj#>
Dia menolong demi mencari kebajikkan akhirat untuk membantu sekolah tahfiz itu tanpa apa-apa ganjaran,tapi kini ada sedikit kebuntuan kerana kerja-kerja terbantut oleh kerana kekurangan sumbangan dari public, saya mendapat tahu kes ini setelah beliau menceritakan kesedihan nya tidak dapat membantu dalam mencari bantuan so saya tanpa pengetahuan beliau saja ingin memberitahu pula pada Tuan Fudzail hal ini mana lah tahu kot Tuan ada para sahabat yang dermawan boleh tolong membantu,tapi ini bukan satu desakkan atau kemestian kerana Tuan pun saya tahu tentu sangat sibuk dengan hal dan kerjaya Tuan. Saya ada juga memuatkan alamat website sekolah itu diblog saya di http://amuraria-alikram.blogspot.com/ untuk memperkenal kan website itu : http://malqlaloh.blogspot.com/ ,mana lah tahu jika ada para pelawat yang boleh juga menyumbang, saya harap jika tidak keberatan boleh Tuan tolong panjangkan hal ini pada para sahabat Tuan disana yang berkemampuan, jika boleh tapi jika tidak pun tak mengapa kerana ini hanya mohon bantuan bukan wajib ditunaikan. Di website itu ada semua info untuk bantuan disalurkan juga semua activity disana,ia diresmikan oleh Tn Guru Nik Aziz sedikit masa dulu, saya harap sudilah kiranya Tuan Fudzail melawat website itu untuk lebih terang niat dan tujuan sekolah itu walaupun tidak dapat membantu kerana niat mereka yang menubuhkan sekolah itu sangat mulia disamping kerja-kerja amal yang dilakukan. Maaf banyak-banyak saya pinta dari Tuan Fudail jika saya menganggu atau menyibuk tapi saya dari dahulu lagi adalah pembaca/peminat tetap artical Tuan sejak dulu lagi ,wassalam mohamad noor (jingoza)
