Saya merasakan ada salah faham pada tafsiran dibawah.

Kepada pihak yang lebih mengetahui , tolong berikan keterangan yang lebih 
jelas, masakan ulama kita terdahulu tidak memperhalusi amalan yang 
dilakukan.

Kita yang baru ini, janganlah terlalu mudah menfsir sesuatu perkatan 
berdasarkan ayat pemahaman bahasa melayu.

Seingat saya bahawa "yang" yang dimaksudkan dibawah tersebut adalah 
merujuk kepada Allah, bukan nabi, cuba baca betul2, dan ianya bukan 
syirik.





Brother Nawawi 
Sent by: [email protected]
24/11/2008 13:24
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah






Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Selawat Syifa’:

اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، 
وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، 
وَعَلىَ أَلِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang 
memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan 
penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke 
atas keluarga beliau.”

Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan 
bomoh-bomoh tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar 
negara. Ia digunakan sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat 
individu tertentu yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ianya juga sangat popular malahan sehingga dinasyidkan dan dilagukan 
sebagai zikir-zikir harian. Malangnya, kebanyakan dari mereka (yang 
mengamalkannya) hanya tahu melafazkan dan melagukannya. Namun tidak mahu 
mengambil tahu berkenaan makna dan kesyirikan yang terkandung di dalamnya.

Lebih malang lagi, selawat tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah 
Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi 
tidak juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya 
adalah tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan 
manusia berdasarkan akal dan nafsu.

Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat 
tersebut, terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi 
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi 
penawar”, “pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan 
badan”, dan “yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui 
bahawa yang mampu menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu 
mengubati hati, dan yang mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya 
Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan 
(atau disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam 
tersebut, beliau sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk 
orang lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa memberi manfaat kepada 
diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki 
Allah”.” (Surah al-A’raaf, 7: 188)

“...dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku,” (Surah 
asy-Syu’araa, 26: 80)

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka tidaklah 
dia memiliki cahaya sedikit pun.” (Surah an-Nuur, 24: 40)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana 
kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya 
tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba 
dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar 
al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

Syaikh Muhammad Jamil Zainu berkata:

“Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, 
dan mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan 
untuk memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk 
selawat ini (selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa 
Ta’ala (maksudnya),

“Katakanlah (Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan 
tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki 
Allah...” (Surah Yunus, 10: 49) (Rujuk: Fadhilat Selawat Kepada Nabi 
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, m/s. 113-114, Mubarak Mahfudh Bamuallim. 
Juga al-Firqatun Najiyah, m/s. 192-193, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)

Selawat Nariyah:

اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ 
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ 
الْكُرَبُ، وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، 
وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، 
وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna 
kepada penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian 
hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, 
tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), 
tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan 
semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak 
ilmu-Mu.”

Jika kita benar-benar memahami akan hakikat kebenaran, telah jelas bahawa 
aiqdah tauhid yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan apa yang diajarkan 
oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mewajibkan supaya setiap 
Muslim meyakini bahawa hanya Allah yang mampu menyelesaikan (meleraikan) 
pertikaian di dalam kehidupan, menghilangkan segala kesusahan, yang 
memenuhi segala bentuk keperluan, dan memperkenankan permohonan orang yang 
berdoa kepada-Nya.

Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun 
kepada para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah berfirman (maksudnya),

“Katakanlah: “Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Allah, 
sebenarnya pada hakikatnya mereka tidak memiliki sebarang kuasa untuk 
menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya”. 
Sesungguhnya yang mereka seru itu, mereka sendiri sentiasa mencari jalan 
agar mereka menjadi yang paling dekat (kepada Allah), mengharapkan 
rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu 
yang (harus) ditakuti.” (Surah al-Isra’, 17: 56-57)

“Hanya kepada Allah kami menyembah, dan hanya kepada Allah kami memohon 
pertolongan.” (Surah al-Fatihah, 1: 5)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini,

“Yang dapat melakukan semua itu hanyalah Allah yang tidak ada sekutu 
bagi-Nya. Menciptakan dan meemrintahklan hanyalah hak Allah semata. Di 
mana berkenaan firman Allah (maksudnya): “Orang-orang musyrik dahulu 
sering menyatakan “Kami menyembah Malaikat, ‘Isa al-Masih, dan ‘Uzair”. 
Mereka itulah yang diseru sebagai tempat memohon sesuatu oleh orang-orang 
musyrik.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 56-57 Surah 
al-Isra’)

Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan 
bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak 
selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan 
kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Penutup:

Dari dua bentuk selawat yang telah kita lihat di atas, kita dapat 
perhatikan bahawa sifat-sifat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada 
Nabi dalam untaian (atau rangkap) selawat tersebut sangat berlebih-lebihan 
dan memerangkap seseorang jatuh ke dalam lembah kesyirikan. Sekiranya 
beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam mendengarnya, sudah pasti beliau tidak 
akan redha. Ini adalah berdasarkan beberapa dalil di bawah ini,

Firman Allah (maksudnya):

“(Dialah Allah) Yang telah menciptakan aku, lalu Dialah yang memberi aku 
petunjuk, dan Yang memberi makan dan minuman kepadaku, dan apabila aku 
sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Surah asy-Syu’araa’, 26: 78-80)

Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ada seorang 
lelaki berkata kepada Nabi: “Apa yang Allah kehendaki dan engkau?” Lantas 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Adakah kamu menjadikan aku setara dengan Allah? (dalam riwayat yang lain, 
“tandingan bagi Allah?). Tidak, tetapi katakanlah: “Apa yang dikehendaki 
Allah sahaja”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Adabul Mufrad, no. 783)

Begitulah penjelasan daripada Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa Salam 
sendiri.

Oleh itu, perlu kita fahami bahawa, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk 
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada kaifiyah (cara) selawat 
yang lebih baik daripada kaifiyah yang diajarkan beilau Shallallahu 
‘alaihi wa Salam sendiri. Jauhilah bentuk-bentuk beribadah yang direka 
cipta oleh manusia yang dengannya akan mengakibatkan pelbagai kesesatan 
dalam beragama.

“Ya Allah, selamatkanlah kami dari sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan 
dari sifat kemusyrikan yang besar atau pun yang kecil”

@Brother an-Nawawi
+60126887715
 


The information in this e-mail and any attachment(s) here to is only for the 
use of the intended recipient and may be confidential or privileged. If you are 
not the intended recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure 
of, alteration to or copying of the information for any purpose is prohibited. 
Any information not related to BNM's official business is solely the author's 
and does not necessarily represent BNM's view and is not necessarily endorsed 
by BNM. BNM shall not be liable for loss or damage caused by viruses 
transmitted by this e-mail or its attachments. BNM is not responsible for any 
unauthorised changes made to the information or for the effect of such changes.

Kirim email ke