Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi 
seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan 
penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main 
(bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua 
hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis 
riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika 
umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun 
Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali 
sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah 
mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hikmah dan Hukum Ibadah Korban sila ke :

http://akob73.blogspot.com/2008/12/hukum-dan-hukum-ibadah-korban.html





Kirim email ke