camner pulak arak yang haram tu terang-terang....kilangnya..dapat lesen, ni camner nak dikategorikan..., Bak kata Tuan Guru Nik Aziz..., amalkan Islam sepenuhnya jgn amik setengah-setengah. celaru jadinya
marila kita fikir-fikirkan >>> Suara N9 11/25 9:10 PM >>> Percaya atau tidak Yoga dan Merokok kedua-duanya telah difatwakan Haram. Tak percaya , rajin-rajinlah jenguk laman web E Fatwa JAKIM. Haram tetap haram , samada hendak terus mengamalkan Yoga atau terus menghisap rokok , itu terpulang kepada diri masing-masing. Jawablah sendiri dalam kubur depan malaikat dan di hari akhirat depan ALLAH. Merokok hukumnya haram , membantah fatwa merokok menambahkan lagi soalan untuk dijawab diakhirat nanti. Ingat ramai penagih dadah , penghisap ganja di Malaysia ini bermula dari tabiat merokok. Kepada orang Islam yang menghisap rokok yang pergi masjid , yang tak tinggal solat , yang undi parti berasaskan Islam , tapi suka kerana Yoga diharamkan , jangan suka sangat , ingat , merokok dan Yoga tu sama saja haramnya di sisi Islam. Kepada yang tak hisap rokok , tak amal Yoga pun , banyak banyaklah muhassabah diri , cari kelemahan diri masing-masing , untuk diperbaiki. Bentuklah masyarakat yang berkasih sayang , ingati mengingati dan berpesan pesan antara satu sama lain. Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Tajuk : FATWA TENTANG ROKOK Fatwa : i. merokok adalah haram iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1381 Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Tajuk : MEROKOK Isu : Hukum merokok Keputusan : Merokok adalah haram http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=281 Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis Tajuk : Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok Keputusan : Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=350 Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Tajuk : FATWA TENTANG MEROKOK Fatwa : (1) Merokok adalah haram (2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa *apa jenis rokok. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=380 Oleh : Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak Tajuk : Merokok Pada Pandangan Islam Keputusan : "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan" http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=845 DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
