Salam
 
saya ingin cadangkan supaya encik dapatkanlah nasihat yang betul sebelum 
forwardkan email sebegini kepada org ramai. Tanyalah pendapat org yang lebih 
mengetahui dulu..
 
Ust Harun Din pun akui kebesaran selawat syifa' ni.
 
Jgn la terpedaya dek kedangkalan ilmu sebahagian manusia yang mengaku dirinya 
ulama'
 
Sekian, t/kasih.
 
Wassalam
 
Tengku

--- On Sun, 11/23/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Sunday, November 23, 2008, 5:24 PM







Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

http://bahaya- syirik.blogspot. com

Selawat Syifa’:


اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، وَعَافِيَةِ 
اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، وَعَلىَ أَلِهِ 
وَسَلَّمَ


Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang 
memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan 
penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas 
keluarga beliau.”

Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan bomoh-bomoh 
tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar negara. Ia digunakan 
sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat individu tertentu yang 
mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ianya juga sangat popular malahan sehingga dinasyidkan dan dilagukan sebagai 
zikir-zikir harian. Malangnya, kebanyakan dari mereka (yang mengamalkannya) 
hanya tahu melafazkan dan melagukannya. Namun tidak mahu mengambil tahu 
berkenaan makna dan kesyirikan yang terkandung di dalamnya.

Lebih malang lagi, selawat tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah 
Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi tidak 
juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya adalah 
tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan manusia 
berdasarkan akal dan nafsu.

Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat tersebut, 
terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi Muhammad 
Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi penawar”, 
“pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan badan”, dan 
“yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui bahawa yang mampu 
menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu mengubati hati, dan yang 
mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala 
semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan (atau disandarkan) kepada 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tersebut, beliau sendiri tidak mampu 
berbuat apa-apa, apatah lagi untuk orang lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa memberi manfaat kepada diriku 
dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah”.” (Surah 
al-A’raaf, 7: 188)

“...dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku,” (Surah 
asy-Syu’araa, 26: 80)

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka tidaklah dia 
memiliki cahaya sedikit pun.” (Surah an-Nuur, 24: 40)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum 
Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku 
melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh 
Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab 
radhiyallahu ‘anhu)

Syaikh Muhammad Jamil Zainu berkata:

“Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, dan 
mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan untuk 
memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk selawat ini 
(selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),

“Katakanlah (Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak 
pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah...” (Surah 
Yunus, 10: 49) (Rujuk: Fadhilat Selawat Kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam, m/s. 113-114, Mubarak Mahfudh Bamuallim. Juga al-Firqatun Najiyah, m/s. 
192-193, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)

Selawat Nariyah:


اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ سَيِّدِنَا 
مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، 
وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ 
الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ 
وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ


Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada 
penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang 
segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala 
keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang 
dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada 
keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.”

Jika kita benar-benar memahami akan hakikat kebenaran, telah jelas bahawa 
aiqdah tauhid yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan apa yang diajarkan oleh 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mewajibkan supaya setiap Muslim 
meyakini bahawa hanya Allah yang mampu menyelesaikan (meleraikan) pertikaian di 
dalam kehidupan, menghilangkan segala kesusahan, yang memenuhi segala bentuk 
keperluan, dan memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Nya.

Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun kepada 
para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah berfirman (maksudnya),

“Katakanlah: “Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Allah, 
sebenarnya pada hakikatnya mereka tidak memiliki sebarang kuasa untuk 
menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya” . Sesungguhnya 
yang mereka seru itu, mereka sendiri sentiasa mencari jalan agar mereka menjadi 
yang paling dekat (kepada Allah), mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan 
azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.” (Surah 
al-Isra’, 17: 56-57)

“Hanya kepada Allah kami menyembah, dan hanya kepada Allah kami memohon 
pertolongan.” (Surah al-Fatihah, 1: 5)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini,

“Yang dapat melakukan semua itu hanyalah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. 
Menciptakan dan meemrintahklan hanyalah hak Allah semata. Di mana berkenaan 
firman Allah (maksudnya): “Orang-orang musyrik dahulu sering menyatakan “Kami 
menyembah Malaikat, ‘Isa al-Masih, dan ‘Uzair”. Mereka itulah yang diseru 
sebagai tempat memohon sesuatu oleh orang-orang musyrik.” (Rujuk: Tafsir Ibnu 
Katsir di bawah perbahasan ayat 56-57 Surah al-Isra’)

Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan 
bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak 
selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan 
kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Penutup:

Dari dua bentuk selawat yang telah kita lihat di atas, kita dapat perhatikan 
bahawa sifat-sifat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada Nabi dalam untaian 
(atau rangkap) selawat tersebut sangat berlebih-lebihan dan memerangkap 
seseorang jatuh ke dalam lembah kesyirikan. Sekiranya beliau Shallallahu 
‘alaihi wa Salam mendengarnya, sudah pasti beliau tidak akan redha. Ini adalah 
berdasarkan beberapa dalil di bawah ini,

Firman Allah (maksudnya):

“(Dialah Allah) Yang telah menciptakan aku, lalu Dialah yang memberi aku 
petunjuk, dan Yang memberi makan dan minuman kepadaku, dan apabila aku sakit, 
Dialah yang menyembuhkan aku.” (Surah asy-Syu’araa’, 26: 78-80)

Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ada seorang lelaki 
berkata kepada Nabi: “Apa yang Allah kehendaki dan engkau?” Lantas Rasulullah 
Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Adakah kamu menjadikan aku setara dengan Allah? (dalam riwayat yang lain, 
“tandingan bagi Allah?). Tidak, tetapi katakanlah: “Apa yang dikehendaki Allah 
sahaja”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Adabul Mufrad, no. 783)

Begitulah penjelasan daripada Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa Salam sendiri.

Oleh itu, perlu kita fahami bahawa, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk 
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada kaifiyah (cara) selawat yang 
lebih baik daripada kaifiyah yang diajarkan beilau Shallallahu ‘alaihi wa Salam 
sendiri. Jauhilah bentuk-bentuk beribadah yang direka cipta oleh manusia yang 
dengannya akan mengakibatkan pelbagai kesesatan dalam beragama.

“Ya Allah, selamatkanlah kami dari sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan dari 
sifat kemusyrikan yang besar atau pun yang kecil”


@Brother an-Nawawi
+60126887715














      

Kirim email ke