http://akob73.blogspot.com/2008/12/dapatkan-segera-majalah-i-bulan.html

Sempena dengan kehadiran Hari Raya Aidiladha, Majalah I pada bulan Disember 
2008 telah memilih tajuk IBADAH KORBAN SECARA SUNNAH sebagai topik utama 
mereka. 3 buah artikel berkaitan telah dipaparkan iaitu :-

1) Hikmah dan Hukum ibadah Korban - Mohd Yaakub Mohd Yunus

2) Mengerjakan Ibadah Korban menurut Sunnah – Mohd Yaakub Mohd Yunus

3) Bolehkah Ibadah Korban Untuk Arwah? – Salahuddin Mohamed

Selain dari kupasan isu tentang Ibadah Korban Secara Sunnah ini terdapat banyak 
lagi artikel-artikel yang menarik dalam majalah I bulan ini seperti:

1) Sikap kita Terhadap al-Qur’an & al-Sunnah – Hafiz Firdaus Abdullah. Artikel 
ini membicarakan tentang sikap sebenar golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam 
berienteraksi dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Mulai edisi bulan Disember ini 
juga Kapten Hafiz Firdaus akan memiliki kolum beliau sendiri iaitu Catatan Dari 
40 000 Kaki. Hafiz Firdaus merupakan seorang penulis buku-buku agama yang 
bermutu tinggi dan beliau boleh dihubungi di www.hafizfirdaus.com

2) Obama: Antara Kita Dengan Amerika oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

3) Zikir al-Maut Yang Mengundang Maut Oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang 
mengupas isu effek pendedahan tentang kematian (e.g. Video Kematian) kepada 
mental kanak-kanak

4) Keajaiban Rahim Ibu oleh Harun Yahya

5) Kisah Sara Booker seorang model, pelakon, aktivis dan jurulatih fitness yang 
mendapat kedamaian sebalik tudung niqabnya.

6) Islam di Ethiopia

7) Jejak Empayar Perniagaan Bin Laden

8) Perlukah Bicara Soal Bidaah oleh Ibn Yusof. Beliau megupas persoalan apakah 
relevannya kita berbicara soal bidaah dalam keadaan masyarakat awam masih tidak 
memahami konsep sebenar ibadah.

Dan Banyak lagi. Dalam edisi kali ini juga dipaparkan Majlis Pelancaran 
al-Fikrah.Net (AFN) sebuah laman web yang memperjuangan Tajdid. AFN telah 
dirasmikan oleh Sahibul Samahah Mufti Perlis. Untuk melayari laman web ini sila 
ke http://www.al-fikrah.net/

Dapatkan segera Majalah I di pasaran sebelum ia kehabisan stok!




Kirim email ke