FARAID: Pengertian, Ahli waris dan Pengiraan



PENGERTIAN
FARAID 
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah 
menentukan,
memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak,
Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia 
dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya
akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami,
ibu  dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli
waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan
pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang
dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid 
ialah: 
  1. Tanah 
  2. Bangunan (rumah). 
  3. Barang kemas (emas, perak
dll). 
  4. Insurans dan Wang tunai
(sama ada dilaburkan atau tidak). 
  5. Binatang ternakan seperti
kambing, lembu, unta, kerbau dll. 
  
CARA
PENGAMBILAN HARTA PUSAKA Jalan untuk melakukan pembahagian
pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang
berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah
yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah. 
1. Ashabul-Furud 


Golongan ini mengambil pusaka menurut
bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4,
2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau
nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan
kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu. 
2. Asabah 
Merupakan golongan yang akan terima
baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah. 
Terdapat 3 jenis asabah iaitu: 
(a)  Asabah Binafsih 
(b)  Asabah
Bil Ghoir 
(c)  Asabah Maal
Ghoir. 
(a)  Asabah
Binafsih 


Pembahagian pusaka dengan jalan
menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang
lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada
12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki,
saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara
lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung,
bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa
saudara sebapa. 
(b)  Asabah
Bil Ghoir 

Pembahagian pusaka dengan jalan
menghabiskan semua harta, atau pengambilan  semua baki untuk semua
perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang
iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara
kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan. 
(c)  Asabah
Maal Ghoir 
Pembahagian pusaka dengan jalan
menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang
perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang
perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan
sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan). 
3. Dhawil-Arham 
Golongan ini akan menggantikan golongan
(1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak
menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan
ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding
yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka
kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan
simati.  Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat)
iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari
cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara
atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab
yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu: 
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman. 
(a) Hijab Nuqshon 
Terhalang dengan mengurangi pembahagian
ahli waris dari menerima pembahagian  Ashabul-Furud yang lebih banyak
menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain yang bersama-samanya. 
Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak
atau cucu. 
(b) Hijab Hirman 
Terhalang dengan tidak menerima
pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih
dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta
pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara
lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa. 
 

SENARAI
AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA 
  
Terdapat 15 ahli
waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak
perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. 
Waris dari pihak lelaki seperti
berikut: 
 1.  Anak lelaki 
 2.  Cucu lelaki dari
anak lelaki 
 3.  Bapa 
 4.  Datuk 
 5.  Saudara lelaki seibu
sebapa 
 6.  Saudara lelaki sebapa 
 7.  Saudara lelaki seibu 
 8.  Anak saudara lelaki
dari seibu sebapa 
 9.  Anak saudara lelaki
dari seibu atau sebapa 
10. Bapa saudara seibu sebapa 
11. Bapa saudara sebapa 
12. Sepupu dari bapa saudara seibu
sebapa 
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa 
14. Suami 
15. Hamba sahaya 

Jika kesemua waris lelaki di atas
wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu: 
1.  Bapa 
2.  Anak lelaki 
3.  Suami 

Ahli-ahli waris perempuan yang
layak menerima harta pusaka iaitu: 
 1.  Anak perempuan 
 2.  Cucu perempuan dari
anak lelaki 
 3.  Ibu 
 4.  Nenek sebelah ibu 
 5.  Nenek sebelah bapa 
 6.  Saudara perempuan
seibu sebapa 
 7.  Saudara perempuan
seibu 
 8.  Saudara perempuan
sebapa 
 9.  Isteri 
10. Petuan perempuan bagi hamba
sahaya 

Jika kesemua ahli waris diatas
wujud, hanya 5 orang yang layak: 
1.  Anak perempuan 
2.  Cucu perempuan dari anak
lelaki 
3.  Ibu 
4.  Saudara perempuan seibu
sebapa 
5.  Isteri 

Jika kesemua 25 waris lelaki dan
perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima
ahli waris berikut: 
1. Bapa 
2. Ibu 
3. Anak Lelaki 
4. Anak Perempuan 
5. Suami/Isteri 
  
  




Sistem maklumat faraid
berkomputer

Cara pengiraan faraid berkomputer sila lihat link:
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html


 
SUMBER: http://maths.usm.my/faraid/ 


[[Berpesan-pesan sesama insan]]


      

Kirim email ke