Can anybody have the video about the following youtube that was taken out?

http://www.youtube.com/watch?v=AQc96eK6FaA&feature=related

More Singaporeans Converts To Islam

On 12/4/08, Amier <Amier> wrote:
>
>
> FARAID: Pengertian, Ahli waris dan Pengiraan
>
>
>
> PENGERTIAN
> FARAID
> Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya
> ialah menentukan,
> memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak,
> Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia
> dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya
> akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami,
> ibu  dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli
> waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan
> pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang
> dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid
> ialah:
>   1. Tanah
>   2. Bangunan (rumah).
>   3. Barang kemas (emas, perak
> dll).
>   4. Insurans dan Wang tunai
> (sama ada dilaburkan atau tidak).
>   5. Binatang ternakan seperti
> kambing, lembu, unta, kerbau dll.
>
> CARA
> PENGAMBILAN HARTA PUSAKA Jalan untuk melakukan pembahagian
> pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang
> berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah
> yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
> 1. Ashabul-Furud
>
>
> Golongan ini mengambil pusaka menurut
> bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4,
> 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau
> nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara
> perempuan
> kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
> 2. Asabah
> Merupakan golongan yang akan terima
> baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah.
> Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
> (a)  Asabah Binafsih
> (b)  Asabah
> Bil Ghoir
> (c)  Asabah Maal
> Ghoir.
> (a)  Asabah
> Binafsih
>
>
> Pembahagian pusaka dengan jalan
> menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang
> lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada
> 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki,
> saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara
> lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung,
> bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa
> saudara sebapa.
> (b)  Asabah
> Bil Ghoir
>
> Pembahagian pusaka dengan jalan
> menghabiskan semua harta, atau pengambilan  semua baki untuk semua
> perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang
> iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara
> kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
> (c)  Asabah
> Maal Ghoir
> Pembahagian pusaka dengan jalan
> menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang
> perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang
> perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan
> sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
> 3. Dhawil-Arham
> Golongan ini akan menggantikan golongan
> (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak
> menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan
> ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding
> yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka
> kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan
> simati.  Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat)
> iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari
> cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa
> saudara
> atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab
> yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
> Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
> (a) Hijab Nuqshon
> Terhalang dengan mengurangi pembahagian
> ahli waris dari menerima pembahagian  Ashabul-Furud yang lebih banyak
> menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain yang
> bersama-samanya.
> Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak
> atau cucu.
> (b) Hijab Hirman
> Terhalang dengan tidak menerima
> pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih
> dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta
> pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara
> lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
>
>
> SENARAI
> AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA
>
> Terdapat 15 ahli
> waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak
> perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.
> Waris dari pihak lelaki seperti
> berikut:
>  1.  Anak lelaki
>  2.  Cucu lelaki dari
> anak lelaki
>  3.  Bapa
>  4.  Datuk
>  5.  Saudara lelaki seibu
> sebapa
>  6.  Saudara lelaki sebapa
>  7.  Saudara lelaki seibu
>  8.  Anak saudara lelaki
> dari seibu sebapa
>  9.  Anak saudara lelaki
> dari seibu atau sebapa
> 10. Bapa saudara seibu sebapa
> 11. Bapa saudara sebapa
> 12. Sepupu dari bapa saudara seibu
> sebapa
> 13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
> 14. Suami
> 15. Hamba sahaya
>
> Jika kesemua waris lelaki di atas
> wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
> 1.  Bapa
> 2.  Anak lelaki
> 3.  Suami
>
> Ahli-ahli waris perempuan yang
> layak menerima harta pusaka iaitu:
>  1.  Anak perempuan
>  2.  Cucu perempuan dari
> anak lelaki
>  3.  Ibu
>  4.  Nenek sebelah ibu
>  5.  Nenek sebelah bapa
>  6.  Saudara perempuan
> seibu sebapa
>  7.  Saudara perempuan
> seibu
>  8.  Saudara perempuan
> sebapa
>  9.  Isteri
> 10. Petuan perempuan bagi hamba
> sahaya
>
> Jika kesemua ahli waris diatas
> wujud, hanya 5 orang yang layak:
> 1.  Anak perempuan
> 2.  Cucu perempuan dari anak
> lelaki
> 3.  Ibu
> 4.  Saudara perempuan seibu
> sebapa
> 5.  Isteri
>
> Jika kesemua 25 waris lelaki dan
> perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima
> ahli waris berikut:
> 1. Bapa
> 2. Ibu
> 3. Anak Lelaki
> 4. Anak Perempuan
> 5. Suami/Isteri
>
>
>
>
>
>
> Sistem maklumat faraid
> berkomputer
>
> Cara pengiraan faraid berkomputer sila lihat link:
> http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
>
>
>
> SUMBER: http://maths.usm.my/faraid/
>
>
> [[Berpesan-pesan sesama insan]]
>
>
>

Kirim email ke