*Sekadar renungan,apa pendapat teman-teman.tq* Bayi dalam rahim hilangOleh
Ridzuan Ahmad
[EMAIL PROTECTED]

  [image: KENANGAN...Nurul Shuhada dan Mohd Fazli menunjukkan <br>barang
persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung <br>mereka.] *KENANGAN...Nurul
Shuhada dan Mohd Fazli menunjukkan
barang persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung
mereka.*

ALOR STAR: Aneh dan misteri. Itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan
kejadian yang menimpa seorang wanita apabila kandungannya didakwa hilang
biarpun sudah berusia sembilan bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, Nurul Shuhada Mat Isa, 20,
yang melakukan imbasan terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di sini,
terkejut apabila doktor mengesahkan bayinya tiada dalam kandungannya.

Lebih mengejutkan, semua buku pemeriksaan dan laporan kesihatannya sepanjang
sembilan bulan lalu ketika mengandungkan bayi berkenaan juga hilang sebaik
doktor mengesahkan kejadian itu.

Nurul Shuhada dari Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung di sini, berkata dia
sukar menerima kenyataan apabila bayi sulung yang dikandungnya hilang
sekelip mata.

Katanya, penantian selama dua tahun bersama suami, Mohd Fazli Samsudin, 27,
untuk menimang cahaya mata pada awal bulan ini lebur apabila doktor sebuah
pusat perubatan swasta mengesahkan tiada bayi dalam rahimnya selepas
beberapa kali membuat imbasan.

Difahamkan, Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas
menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera di Kuala Lumpur dan
dijangka melahirkan anak pada 29 November lalu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor tiada bayi dalam rahim saya
selepas membuat imbasan. Sukar untuk menerima kenyataan bayi yang saya
kandung selama ini hilang begitu saja.

"Kerana tidak berpuas hati, saya dibawa ke pusat perubatan swasta di Jitra
untuk membuat pemeriksaan sama, namun keputusan tetap sama. Malah, doktor
mendakwa rahim saya normal seperti wanita tidak mengandung," katanya ketika
ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Dia yang tidak dapat menerima kenyataan itu terkulai layu sebelum pengsan
kira-kira 15 minit dan sebaik sedar hanya mampu meratapi kehilangan bayinya.

Nurul Shuhada berkata, dia yang merancang melahirkan anak sulung di rumah
ibunya turut menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kuala Muda kerana
berdekatan kampung suaminya selepas kembali dari Kuala Lumpur pada 21
November lalu sebelum diarah melaporkan diri di Hospital Sultanah Bahiyah
(HSB) di sini, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, dia tidak berasa perubahan ketara cuma lenguh
pada anggota badan selain perut memulas dan mendakwa pernah mengalami
beberapa kejadian pelik.

"Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih di tepi badan
seolah-olah sedang menyusu dan ia sentiasa mengusap badan saya.

"Kejadian ini berlaku selama tiga malam berturut-turut dan selepas itu, saya
demam panas selama sebulan dan terpaksa berulang alik ke klinik untuk
mendapatkan rawatan," katanya.

Katanya, banyak kejadian berlaku kepadanya termasuk seorang bomoh wanita
pernah memintanya menjaga bayi dalam kandungan dengan elok kerana ada orang
berminat mendapatkannya.

"Ketika di Kuala Lumpur, saya beberapa kali membuat imbasan dan doktor
mengesahkan saya mengandung dan bakal menimang bayi perempuan," katanya.

Katanya, walaupun sukar menerima kenyataan itu dia tetap reda ketentuan
Tuhan yang mungkin ingin mengujinya.

Sementara itu, Mohd Fazli yang bertugas sebagai anggota tentera bergegas
pulang dari Kuala Lumpur, kelmarin selepas dimaklumkan isterinya dan masih
terkejut dengan berita itu.

Katanya, dia yang tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung terpaksa
memendam sedih selepas sering kali melihat pergerakan bayi dalam kandungan
isterinya.

"Setiap hari saya memegang perut isteri untuk merasai pergerakan bayi dan
ada kalanya saya meletakkan telinga pada perutnya.

"Namun, saya pasrah menerima kejadian ini dan segala persiapan yang
dilakukan sejak tiga bulan lalu kini tinggal kenangan," katanya yang
bertugas di Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak.

Dia berharap isterinya bersabar dan berterima kasih kepada keluarga yang
banyak memberi sokongan moral kepada mereka.


-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Kirim email ke