Saranan Pihak Polis Antarabangsa, Interpol ialah 1: 250. - dimana satu orang 
anggota polis diperlukan untuk menjaga keselamatan 250 orang awam. Laporan di 
laman-laman web antarabangsa seperti PBB pula melaporkan bahawa Malaysia 
mempunyai nisbah 1: 295.

Akan tetapi di masa yang sama laporan dari Pengarah Jawatankuasa Pengurusan di 
Bukit Aman melaporkan bahawa nisbah polis kepada rakyat di bandar-bandar besar 
di Malaysia, bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi adalah jauh 
lebih tinggi. Contoh:
Subang Jaya, nisbah polis kepada rakyat ialah 1 : 10,870
Di Johor Bharu, Balai Polis Sentral Nisbahnya ialah 1: 9,254.
Di Kuantan Nisbahnya 1 : 8,000.
Di suatu daerah dalam kawasan Kuantan, Air Putih, nisbah 1:7,100

Kadar jenayah di Kuantan adalah antara yang tertingi di Malaysia dan kajian 
menunjukkan bahawa kompleks-kompleks membeli belah di Kuantan juga tersenarai 
sebagai tempat-tempat yang tidak begitu selamat bagi para pengunjung.

Nisbah bandar-bandar ibu negara lain
New York mempunyai 1 : 197 , London 1 : 285 , Berlin 1 : 124

Tuan Yang di-Pertua,
Bukankah terlalu ramai anggota Unit Simpanan Persekutuan FRU, digunakan untuk 
menjaga keselamatan ketika berlakunya demonstrasi aman – bila saja ada 
demonstrasi, tunjuk perasaan, walau aman bagaimana sekalipun terlalu ramai FRU 
dihantar ke tempat lokasi berkenaan.

Di Kuantan, dua hari lepas di dalam satu program dalam kawasan saya, di mana 
tujuh orang anggota Cawangan Khas dihantar untuk memantau program yang hanya 
dihadiri oleh 150 orang. 150 orang ini merupakan orang kurang upaya, ibu-ibu 
tunggal beserta orang-orang miskin sekitar Kuantan yang diberi anugerah Sijil 
Takaful berkelompok Khairat Kematian.

Artikel penuh di laman web Ahli Parlimen Kuantan
http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/05/12/bahas-titah-di-raja-saya-di-parlimen-petang-tadi/

Rujukan lain :
Here are the statistics from nationmaster:
Malaysia: 3.43936 per 1,000 people
http://nitawriter.wordpress.com/2007/08/20/poor-people-to-police-ratio/
http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/cri-crime





Kirim email ke