Umno perjuang Islam konon , akan tetapi hakikatnya pelajar sekolah rendah Islam 
dilayan seperti pelajar kasta bawahan atau pelajar darjat bawahan oleh 
Kementerian Pelajaran. Hidup Melayu , Hidup Melayu , Hidup Melayu.

Berita Harian 15 Dis 2008
Lepasan Sekolah Rendah Islam tidak diterima SMKA
SAYA mewakili pelajar Sekolah Rendah Islam di Kedah, terkilan dan kecewa dengan 
situasi yang berlaku kepada pelajar sekolah rendah Islam yang tidak dapat 
menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di 
Kedah. 

Saya difahamkan peraturan ini ditetapkan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan 
Pelajaran Kedah. Keadaan ini berterusan sejak 2006. Pelajar lepasan Sekolah 
Rendah Islam di negeri ini mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian 
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak dibenarkan membuat permohonan meneruskan 
pengajian di mana-mana empat SMKA di Kedah. 

Sebelum 2006, pelajar aliran sama boleh memasuki SMKA seperti lepasan sekolah 
kebangsaan yang lain . 

Sebagai makluman, pelajar cemerlang hanya dapat memasuki Sekolah Agama Negeri 
saja iaitu Maktab Mahmud yang hanya boleh menempatkan sebilangan pelajar. 
Pelajar mendapat 5A dalam UPSR tidak mempunyai pilihan lain untuk menyambung 
pelajaran dalam aliran agama khususnya SMKA. 

Mereka mengikuti sukatan KBSR dan menduduki peperiksaan UPSR yang dikendalikan 
oleh Kementerian Pelajaran sama seperti pelajar lain. Mengapa hak mereka dinafi 
dan berlaku diskriminasi. 

Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya demi 
memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia. 

WARIS PRIHATIN, 
Alor Star, Kedah. 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20081214223112/Article/index_html
 


Lagi Artikel bagaimana pelajar Sekolah Rendah Islam dilayan sebagai pelajar 
kelas bawahan oleh Kementerian Pelajaran di pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/08/pelajar-islam-ditindas-di-nsembilan.html 
http://waghih.blogspot.com/2007/12/kenapa-pelajar-sek-ren-islam-ns.html 



      

Kirim email ke