Hidupkan Surau kalau nak kurangkan kadar jenayah

Dilulus terbit pada Tuesday, December 16 @ 21:07:30 MYT oleh TokBatin



Oleh rozmal

"Baru-baru
ini saya bersama beberapa wakil penduduk taman-taman perumahan sekitar
Senawang telah berkesempatan menghadiri satu taklimat pencegahan
jenayah di Balai Polis Senawang. Kerjasama antara orang ramai dan polis
adalah amat penting dalam usaha mencegah jenayah di persekitaran kita
tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Usaha
pencegahan jenayah ini disulitkan lagi dengan kekurangan anggota polis
, jawatan kosong yang belum diisi serta nisbah polis kepada penduduk
yang agak tinggi.

Justeru itu semua pihak harus memahami
bahawa usaha pencegahan jenayah ini tidak akan berjaya tanpa
persefahaman dan kerjasama erat antara polis dan orang awam.  Apa
yang menarik perhatian ialah kenyataan Ketua Balai Polis Senawang yang
mengatakan dia datang dari sebuah kampung di Selangor. Di kampungnya
tiada sebarang kes jenayah. Ini adalah kerana semua penduduk di kampung
tersebut menjadikan surau sebagai pusat komuniti mereka dan mereka
kenal antara satu sama lain di setiap kampung.   Bagaimana
dengan kita , adakah kita kenal jiran-jiran kita , kita kenal anak-anak
jiran kita , kita menjadikan surau atau masjid sebagai pusat komuniti ?  Banyak
maklumat mengenai kejadian jenayah setempat akan diperolehi jika kita
mempunyai hubungan yang erat antara polis dan orang awam , hubungan
yang erat antara penduduk dan jawatankuasa penduduk.  Kejadian
jenayah kecurian motosikal akan bertambah menjelang Sambutan
Kemerdekaan , Sambutan Krismas dan Sambutan Tahun Baru. Kerana
motosikal yang dicuri ini akan digunakan untuk tujuan lumba haram.  Antara 
kecuaian di pihak orang awam dalam usaha pencegahan jenayah ialah :1.
Tidak membuat laporan polis kejadian jenayah yang dianggap kecil
seperti kecurian tong gas , pecah rumah tanpa barang berharga hilang
dan sebagainya.2.
Tidak mencatat nombor plet kenderaan serta butiran lain mereka yang
diragui masuk ke kawasan taman perumahan dan tidak menghubungi polis
apabila nampak mereka yang mencurigakan.3. Membiarkan anak-anak membawa 
kenderaan tanpa lesen4.
Tidak menghubungi terus balai polis terdekat dengan tidak menggunakan
talian 999. Talian 999 akan mengambil masa lebih lama untuk tindakan
polis. 5.
Tidak mengenali Pengerusi Rukun Tetangga , Pengerusi Taman , Pengerusi
Persatuan Penduduk untuk sebarang masalah berkaitan jenayah untuk
mendapatkan kerjasama polis.6. Tidak memasang kunci tambahan pada kenderaan dan 
rumah.7. Membiarkan kunci tinggal di kenderaan apabila membuka pagar rumah , 
pintu rumah atau ke kedai.  http://waghih.blogspot.com "

CILOK FROM...



      

Kirim email ke