Mengapa berbelanja begitu besar untuk rumah kediaman ? Kalau berbelanja agak besar untuk pejabat rasmi PM & TPM mungkin ianya wajar kerana pejabat itu penting untuk mentadbir segala urusan rakyat, besar pun takpa. Rumah ini untuk urusan & keselesaan ahli keluarga !! Apa ramai sangatkah bilangan ahli keluarga PM & TPM sehingga memerlukan sebuah "istana" ?? Sukar untuk pemimpin hari ini yang sekadar mengaku beriman dengan Allah swt dengan lidah tetapi tidak dengan amalan untuk dicontohi rakyat !! Nabi SAW sendiri ditawarkan pelbagai kemewahan tapi beginda tolak kerana misinya ialah menjadikan seluruh manusia itu benar-benar beriman kepada Allah SWT adalah lebih utama.
 
    PM & TPM kita pun hebat juga kalau bercakap pasal Islam tapi hakikat nya kita nilailah sendiri !!  Tak lama lagi piliharaya kecil parlimen Kuala Terengganu akan diadakan. Kita nak tengoklah apakah amalan rasuah yang mereka dok sibuk-sibuk nak hapuskan itu benar-benar mereka tidak amalkan dalam pilihanraya itu nanti ?? Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 


--- On Thu, 12/18/08, [email protected] <[email protected]> wrote:
From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] RAKYAT MEMBIAYAI KEDIAMAN PM & TPM
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, December 18, 2008, 4:23 AM

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM 27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.Wang sebanyak itu untuk sehari untuk si fakir adalah lebih bermakna.
 
 

Wednesday, December 17, 2008

RM27,545.80 sehari untuk istana PM dan TPM

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.


Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.

 

Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.


Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.


"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.


Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.


Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!

 

Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.

 

Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

 

"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.

 

Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.

 

"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.Posted by Siasah at 7:51 AM 9 comments


 


Beiersdorf Aktiengesellschaft, Hamburg, Registergericht Hamburg, HRB1787.
__________________________________.
This electronic transmission is strictly confidential and intended
solely for the addressee. It may contain information which is covered
by legal, professional or other privilege. If you are not the intended
addressee, you must not disclose, copy or take any action in reliance
of this transmission. If you have received this transmission in error,
please notify us and delete the received data as soon as possible.

This footnote also confirms that this email message has been swept
for the presence of computer viruses.

Kirim email ke