Wendy Wong menjadi Wani Wong Abdullah
Dilulus terbit pada Saturday, December 20 @ 07:49:03 MYT oleh TokPenghulu 
 Oleh zawfan

"KUALA LUMPUR:  Pengorbanan
adalah erti dan asas sambutan Hari Raya Haji atau Aidiladha bagi umat
Islam di seluruh dunia. Dalam memperkatakan tentang pengorbanan
manusia, pengorbanan yang terhebat tentulah yang ke arah meningkatkan
ketakwaan diri kepada Allah SWT dan Islam itu sendiri.




Aidiladha
tahun ini - selain menyaksikan kelahiran seorang saudara baru,
superstar Michael Jackson yang telah memeluk agama Islam, November lalu
- turut membawa nur yang cerah kepada pelakon dan produser Malaysia,
Wendy Wong.

Wendy juga telah mengambil keputusan memeluk Islam
pada 28 November lalu di kediaman rakan perjuangan produser dan penulis
lirik terkenal, Habsah Hassan di Taman Tun Dr Ismail, di sini. 

Wendy
kemudian mengesahkan pengakuan menjadi seorang muslimah itu di Pejabat
Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 2 Disember lalu.

"Syukurlah,
impian saya selama bertahun-tahun lalu akhirnya tercapai. Saya masih
mendalami Islam kerana proses pembelajaran terhadap agama ini tidak
pernah selesai. Makin dipelajari makin kecil rasanya diri saya ini.

"Saya
sedar untuk menukar agama dan kepercayaan bukanlah sesuatu yang mudah.
Pengorbanan ini saya lakukan atas kerelaan saya sendiri, bukan atas
desakan sesiapa. 

"Kalau boleh mulai sekarang, anda boleh
panggil nama saya sebagai Wani Wong Abdullah. Saya pilih Wani sebab
bunyinya hampir dengan Wendy," katanya kepada murai.com.my, semalam.

Sementara
itu Habsah ketika diwawancara oleh penulis sebentar tadi berkata,
 sudah lama hatinya berdetik bahawa satu hari nanti Wani akan memeluk
Islam.

"Saya kenal Wani sudah berbelas tahun. Dari dulu saya
selalu melihat kecenderungannya mendekati rakan-rakan muslim. Malah dia
suka mengucapkan Alhamdulillah dan Insya-Allah.

"Sampai satu peringkat, saya mula bertanya secara usikan, 'Bila lagi Wendy 
(hendak peluk Islam)? Dia kata tunggulah, tunggulah.

"Akhirnya
baru-baru ini ketika kami berbincang tentang kerjasama satu produksi
drama TV, Wani menunjukkan minat yang lebih serius untuk memeluk Islam.
Saya terus meminta dia berdoa siang dan malam supaya diberi lebih
pertunjuk. 

"Kemudian dia meminta saya merakamkan dua kalimah
syahadah di dalam telefon bimbitnya supaya dia boleh menghafalnya di
rumah. Selang beberapa hari, dia berjumpa saya semula dan berkata, dia
sudah bersedia dan hatinya benar-benar sudah terbuka.

"Saya
begitu bersyukur dan tersentuh kerana dia lakukan ini bukan atas
desakan sesiapa dan keluarganya juga pun tahu. Lalu pada Jumaat 28
November, saya dan rakan terdekat serta beberapa ahli keluarga Wani
berkumpul di rumah saya untuk melihat upacara melafazkan dua kalimah
syahadah," kata Habsah.

Apa yang penulis harapkan, Wani Wong
Abdullah akan terus diberi pertunjuk dan perlahan-lahan akan menempuh
kehidupan barunya dengan tenang dan diberkati Allah SWT. 

Kirim email ke