LAILAHAILLALLAH Hadis 5 “Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w besabda: Tidaklah seorang hamba mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH dengan ikhlas, kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga ucapannya mencapai ke arash (Serta merta diterima) dengan syarat orang yang mengucapkannya menghindarkan diri dari dosa-dosa besar”. (HR Tarmizi)
Keterangan: Menyebut dengan ikhlas bermaksud melakukannya tanpa riak dan nifaq iaitu sifat menunjuk-nunjuk dan berpura-pura. Sementara menjauhi dosa-dosa besar ialah syarat diterimanya ucapan tersebut dengan lebih cepat lagi, namun kalimah yang diucapkan ketika ia melakukan dosa-dosa besar, ia masih tetap memberi manafaat dan menerima ganjaran disisi ALLAH s.w.t (Mirqat ul Mafatih)
