Antara Kelab Penyokong PAS (KKP) dan DAP
Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 15:30:00 MYT oleh TokPenghulu
 Oleh saif_almansur

"
Melihat kepada iklim politik Malaysia kebelakangan ini, masyarakat bukan Islam 
tidak lagi ragu-ragu untuk menyatakan sokongan terhadap PAS. Ini jelas dapat 
dilihat semasa piliharaya ke-12, Mac lalu. PAS tidak lagi dilihat sebagai 
sebuah parti yang mengancam masyarakat bukan Islam.

(Walaupun UMNO lah yang sebenarnya menjadi batu penghalang utama orang bukan 
Islam untuk mengenali PAS). Tulisan kali ini penulis ingin melontarkan 
pandangan tentang peranan KKP dan DAP dalam kemenangan Islam (PAS).


Seperti kita sedia maklum, penglibatan DAP merupakan persefahaman Pakatan 
Rakyat atas dasar menegakkan Negara Berkebajikan. Maka atas dasar itu PAS 
bersedia menerima DAP dan DAP juga bersedia menerima PAS. Walaupun DAP agak 
sangsi dengan pendirian PAS terhadap isu Negara Islam, namun PAS jelas 
menunjukkan komitmen terhadap persefahaman ini.

(hakikatnya negara Islam itulah negara berkebajikan..) Walaupun kadangkala 
gelagat pemimpin DAP yang agak lantang menentang perlaksanaan hukum ’hudud’, 
namun sebagai rakan pakatan, PAS tidak mudah melatah. Mungkin penentangan ini 
adalah kerana kurangnya pemahaman mereka terhadap hukum tersebut dan kedudukan 
mereka sebagai bukan islam. Tetapi bagaimana pula UMNO yang menganut agama 
Islam menentang hukum tersebut?

KKP juga sama seperti DAP yang mana terdiri daripada masyarakat bukan Islam 
yang telah memilih PAS di dalam pilihanraya baru-baru ini. Namun yang 
membezakan KKP dan DAP ialah KKP dapat menerima perlembagaan PAS. KKP tidak 
menentang pembentukan negara Islam, malah menyokong penubuhan negara Islam. 
Jelas bahawa KKP berada di belakang PAS di dalam memperjuangkan isu tersebut.

(rujuk tvPAS: http://www.tvpas.com/material.php?id=6578&cat=berita)



PAS perlu agresif dalam membina kelab penyokongnya sendiri

PAS sebagai sebuah gerakkan Islam perlu memperkasakan kedua-dua komponen ini. 
Malah tumpuan harus diberikan kepada KKP. Oleh yang demikian, cadangan untuk 
menjadikan KKP sebagai salah satu dewan di dalam PAS merupakan satu cadangan 
yang ada asasnya. Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS pada 16 Nov baru-baru ini, 
merupakan langkah bijak bagi merapatkan lagi hubungan antara KKP dengan Dewan 
Pemuda (rujuk: 
http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=584&Itemid=2),
 Diharapkan selepas ini pelbagai aktiviti dan program dapat dirancang untuk 
dilaksanakan bersama.
Seterusnya penulis berpendapat kenyataan akbar perlu diadakan berkaitan 
sokongan penuh dari KKP tentang isu-isu berkaitan hukum syari'ah, hudud dan 
negara Islam. Tunjukkan kepada UMNO, kalau mereka tak sokong perlaksanaan 
syari'ah, KKP sokong!

Akhirnya penulis berpandangan, PAS perlu mengukuhkan KKP dan mempertingkatkan 
persefahaman dengan DAP.

http://islamreturn.blospot.com";


      

Kirim email ke