Arak, Judi dalam Seven Deadly Sins
Dilulus terbit pada Wednesday, December 24 @ 20:23:29 MYT oleh TokPenghulu
Oleh tokman
"Dalam
seminggu dua ini kita di kejutkan dengan pelbagai kes tentang isu judi
di bukit antarabangsa, isu keselamatan jalan raya dengan adanya kaedah
pakai tali pinggang keledr mulai januari 2009 dan isu arak di negeri
selangor. Kertas ini walau pun di tulis secara caca merba bertujuan
melobi kerajaan untuk mengenakan undang undang 'drunk driving 'seperti
negara singapura atau pun barat.
Lihatlah betapa tegasnya
mahkamah England menghukumi bekas goalie kelab portsmouth apabila
beliau mengakibatkat kematian semasa memandu mabuk.
Jika
dengan meminum arak seseorang mengakibatkan kemalangan atau kematian
dia perlu dihukum seberat beratnya setimpal dengan kemusnahan yang dia
telah lakukan. Nyawa tidak bolih di gadai beli Jadi kalau mesej ini
dapat dihantar dengan jelas insya Allah kematian akibat drunk driving
akan pupus.
Sudah menjadi lumrah manusia ,judi dan arak adalah
satu daripada 7 deadly sins yang selalu kita dengar dan tahu sebagai
warga tv. Baru baru ini kita dikejutkan dengan perkahwinan ala style
church wedding - pegawai masjid sama sama berarak macam dalam cerita 4
guys and a funeral. hakikatnya dunia glamor memandang tinggi gara gara
hidup holywood. Olih itu bila orang udah berada sikit= dah dudok kat
bukit antara bangsa -depa pun iku style holywood-
Persepsi
mereka - tidak malulah jika mereka terlibat dalam beberapa elemen
daripada 'the 7deadly sins ' satu konsep gereja katolik yang selalu
dimainkan sebagai subliminal suggestion [ meracuni minda penonton tv
secara tak sedar dengan teladan buruk seperti merokok ,seks rambang,
judi pakai mesin kuda sebagai santai (relaks), merokok dan minum
sebagai complementary lifestyle (bagaikan isi dengan kuku) dan lain
lain lagi }. Sebagai contoh yang simple , apabila kereta dijual di mana
mana pameran , gadis gadis manis, menawan yang memakai skirt pendek dan
blouse yang menggiorkan [ kata satu ulama bagaikan telanjang dalam
berpakaian].
Cara ini akan mengaitkan minda pelanggan supaya
berfikir kereta ini adalah satu babe magnet- magnet tarik pompuan -satu
frasa popular yang di gunakan di dalam filem.
Untuk mengenal
apa dia 7 deadly sins itu marilah kita lihat senarainya- lust [kata
orang berkehendak ,shahwat tak kira bini/laki/anak orang ] gluttony [
buruk makan -ini unuk paderi/monk yang tidak ada channel keseronokan
seks] greed [ tamak] sloth [ malas - baik isteri/suami malas] wrath [
nafsu amarah ] envy [hasad /dengki] pride [sombong]
olih yang
demikian tidaklah hairan jika ada penduduk penduduk yang berada dan
tinggal di lokasi macam bukit antarabangsa itu ada watering hole [macam
tempat binatang liar di hutan berkumpul untuk minum ,bersantai, makan
apa yang patut ].
Di sini watering hole mungkin ada lebih
sikit extra- macam minum, mesin kuda , baccarat table , sundal dari
china atau local melayu . Pihak jakim nampaknya dari laporan akhbar
jarang dapat berkas sundal dari condo , banglo. Tapi dek kerana ada
mole [mat/minah skodeng] selalunya tangkap artis artis aje- macamlah
mereka aje golongan kuat seks di negara!
Mole saya ada
beritahu karaoke di jalan ipoh itu ada berpuluh puluh mesin kuda di
dalamnya. semuanya berlesen . Tu lah mungkin kerjaan islam hadari kita
ini ada fresh air of liberalism di dalam isu judi ini. Dulu bila mahade
kata dia nak swastakan toto kepada berjaya fasal tak nak kerajaan islam
terlibat dalam judi saya ingat tujuannya murni =fasal islam pooh sini
pooh sana. Malangnya industri judi sudak naik lebih korang 20x ganda.
Apa taknya draw dulu 1x seminggu sekarang ada berapa draw= lebih 4x
dengan kononnya special , entah apa haram jadahnya
Bercakap
fasal hal ini nampaknya university university tak ada mengkaji kos judi
sebenar , siapa pemainnya, apa impaknya pada masyarakat dan siapa yang
untung besar dalam hal ini. Judi ini exist macam komponen dalam masakan
chef sobri-empat serangkai. kalau ada judi ada minum , ada rokok dan
selalunya ada pompuan [ yang tolong serve ] dan buat persembahan table
top dancing atau pole dancing atau menyanyi bertelanjang dalam pakaian
.. Di lounge di jalan ipoh Sikit masa lalu kita digemparkan ada
persembahan strp tease di atas meja. Jangan lupa juga 4 mek melayu di
tangkap olih jabatan agama pasal buat persembaham sama di pembukaan
disko zouk, jalan ampang dulu.
Sekarang ini negara telah maju
sangat hinggakan muda mudi bolih beli beer 24/7 di kedai berjanama
serupa. Kalau di negara barat macam england walaupun ada arak -pub
tutup jualan jam 11 malam ; kelab tutup jam 2 pagi ; kedai jual arak
'offlicence' tutup sama macam pub. supermarket jual shandy [ beer
kurang alcohol dari biasa). Saya tertarik bila saya nampak botol botol
di bawa olih tuan tuan muda di kawasan saya membawa kereta dengan satu
tangan dan memegang botol beer terbuka dengan tangan satu lagi.
Watering
hole mereka adalah kedai kopi 24/7 yang saya langgan. Saya tanya mereka
apasal tak beli beer kat kedai mamak[bukan islam] tu. mereka jawab beer
dalam can hanya ada 4 peratus alcohol . Mereka beli beer extra dalam
botol setengah [ 1/2 botol besar ] -kalau ikut cakap nyonya kedai kat
rumah saya - botol 1 kati - ada extra oom - alcohol content 8 peratus.
Ini sudah hampir whisky class 14 peratus alcohol.
kalau kaki
togok minum whisky pakai gelas ramping 100 ml sekali gus, tuan tuan
muda ni minum 2 botol sorang - 1 liter lo. bayangkan bahayanya pada
pengguna jalan raya yang lain.
Sekarang bila dah habis cerita
semua ini baru saya nak cadangkan agar pm -pak lah dapat adakan satu
undang undang yang menyerupai undang undang negara barat/singapura atau
adakan undang yang lebih ketat dari negara mereka memandangkan kita
negara islam .
Melihat daripada kecergasan penyenaraian undang
undang baru baru ini Saya percaya negara kini bolih menggubal undang
undang untuk mengawal penjualan beer dan membuat satu peratoran yang
ketat atas penyalahgnaannya. Semasa menunggu mantan presiden clinton
untuk memberi ucapan baru baru ini , saya sempat berbual dengan seorang
peguam kanan pasal kaedah tali pinggang belakang yang bakal
membebankan.
Setelah berbincang dengan beliau panjang lebar -
beliau bersetuju dengan usul saya yang kematian pasal pemandu mabuk
adalah lebih serius daripada kes tak pakai tali pinggang belakang.
Kawannya seorang peguam juga yang duduk disebelahnya mengesyakki kes
talipingang belakang ini ada kaitan dengan isu karpal mendapat lifelong
injury dek kerana tak pakai tali pinggang semasa teksinya di rempuh
olih satu kenderaan lain.
Secara menyeloroh adakah pasal accident ini pak bai suget mahu semua penumpang
belakang pakai tali . Ada betul kah, bai?
Perhatian
saya ditumpukan kepada undang undang yang baru di gubal di singapura
fasal arak dan memandu. Legal definition untuk mabuk di perketatkan
lagi . Dan jika pemandu terlibat dalam kemalangan dan ia didapati ada
minum arak , dia akan disabitkan dengan jenayah drunken driving - level
mabok atau tidak maboknya tidak jadi isu. Implikasinya adalah far
ranging. Jika satu kumpulan mahu yam seng mereka kena membuat
perancangan untuk mengadakan public transport untuk mereka pulang atau
salah seorang daripada mereka mesti kata tak nak pada arak untuk pandu
kereta pulang. Saya biasa jumpa pemandu mabok terdampar dalam kereta
setlah melanggar kerb dbkl. Ada juga cerita dari kawan - amoi 20'an
mabuk dan hentam kereta yang behenti di lampu isyarat di kawasan banyak
pub di damansara jaya. Ada satu kes -gadis 20'an melanggar sapu
pelanggan kedai kopi yang minum di kaki lima kedai [ kemungkinan besar
ianya mabuk ]. Kes tu melibatkan kematian.
Akhirkata saya
harap kerajaan akan gubal undang - gunakan singapura sebagi model-
kerana culture orang sana dengan sini adalah sama dan mereka akui kes
kematian akibat drunk driving adalah lebih dari 50 peratus dari
kematian road accident di singapura Olih kerana malaysia ni tak ada
published data - saya rasa angka yang sama applies .
Mungkin
gerombolan mic dan gerakan akan membantah fasal cadangan ini -namun
demikian mereka perlu diingatkan- hak mereka untuk minum pasti tamat
sementara hak pemandu lain yang tak minum akan mula muncul!