Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA

Dilulus terbit pada Thursday, December 25 @ 23:40:00 MYT oleh TokPenghulu



Oleh shahabudeenjalil

"By ASYOK KUMAR
GUANGZHOU
Dis25,2008. Dr Haji Mohd Hasyim bersetuju dan menyokong Pemuda MCA
Wilayah Persekutuan menghantar memorendum kepada PAS mengenai tidak
bersetuju dan tidak berpuas hati mereka terhadap cadangan PAS untuk
laksanakan hukum hudud yakni sebahagian dari perlaksanaan undang-undang
Islam di Malaysia, kalau parti itu berjaya menguasai negara ini.

"Kalau
mereka (MCA) merasa berhak membantah atau tidak puas hati terhadap
kenyataan pemimpim-pemimpin PAS mengenai perlaksanaan perundangan Islam
yang sebahagian darinya terdapat hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin
PAS lebih berhak lagi menyatakan pendirian partinya yang telah  pun
dilulus oleh Pendadaftar Pertubuhan Negara Fasal 5 dalam Perlembagaan
PAS kepada umum dan rakyat Malaysia." Kata Dr Haji Mohd Hasyim sewaktu
dihubungi melalui telefon di Guangzhou, China sebentar tadi.
"Hari
ini adalah Hari Perayaan Krismas untuk penganut agama Kristian di
seluruh dunia, tetapi Kerajaan China langsung tidak menyambut perayaan
tersebut secara rasmi di China, walaupun agak ramai penganut-penganut
Kristian di sini. Apakah pemimpin-pemimpin Kristian tidak prihatin
kepada penganut-penganutnya seperti MCA yang ingin berlagak hero di
kalangan bangsa Cina di Malaysia?" tanya beliau yang juga penulis blog www. 
ibnuhasyim.com merangkap Presiden Grup Universiti Ulu Klang.
Namun
begitu beliau bersetuju penghantaran memorendum tersebut kepada PAS,
kerana sekurang-kurangnya MCA sudah mengiktiraf PAS sebagai rakan yang
boleh dibawa berbincang dan berunding mengenai agama Islam, bahkan
lebih berwibawa dari rakan komponannya UMNO, walaupun Haji Mohd tidak
bersetuju mengenai isi kandungan memorendum tersebut. Pada beliau
kritik itu sebenarnya bukan kepada PAS tetapi kepada Pendaftar
Pertubuhan Malaysia.
"Mereka cabar Kerajaan
Malaysia! Mereka cabar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengakui
Malaysia sebagai negara yang menuju ke arah Islam. Apakah UMNO pun
setuju dengan MCA yang tak mahu hukum Islam itu?" Tanya beliau lagi.
"Pada saya PAS kena layan mereka lebih baik lagi. Bukan saja terima
memorendum, bahkan belanja mereka minum lagi.. Perkenalkan
undang-undang Islam sebenar kepada mereka, bukan seperti yang
diterangkan oleh rakan karib se hidup se matinya iaitu UMNO!"
"





      

Kirim email ke