Askm. Apakah yang difahami oleh penganut ugama selain Islam, tentang 
pelaksanaan HUDUD? Hukum HUDUD akan dikenakan khusus kepada penganut Islam. 
Sepatutnya penganut lain bersuara tentang pelaksanaan hukum mengikut ugama 
mereka. Apakah sebabnya mereka tidak mahu HUDU itu dikuatkuasakan kepada 
pengamut Islam. Pelik sungguh mereka itu. Sudahlah tidak mahu tahu tentang 
Islam, asyik sembah patung yang dibikinnya, kemudian cuba menghalang orang lain 
pula yang patuh kepada Allah Pencipta Alam ini.  

--- On Fri, 12/26/08, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Friday, December 26, 2008, 4:07 AM










Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA
Dilulus terbit pada Thursday, December 25 @ 23:40:00 MYT oleh TokPenghulu
 Oleh shahabudeenjalil

"By ASYOK KUMAR


GUANGZHOU Dis25,2008. Dr Haji Mohd Hasyim bersetuju dan menyokong Pemuda MCA 
Wilayah Persekutuan menghantar memorendum kepada PAS mengenai tidak bersetuju 
dan tidak berpuas hati mereka terhadap cadangan PAS untuk laksanakan hukum 
hudud yakni sebahagian dari perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, kalau 
parti itu berjaya menguasai negara ini.



"Kalau mereka (MCA) merasa berhak membantah atau tidak puas hati terhadap 
kenyataan pemimpim-pemimpin PAS mengenai perlaksanaan perundangan Islam yang 
sebahagian darinya terdapat hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin PAS lebih 
berhak lagi menyatakan pendirian partinya yang telah  pun dilulus oleh 
Pendadaftar Pertubuhan Negara Fasal 5 dalam Perlembagaan PAS kepada umum dan 
rakyat Malaysia." Kata Dr Haji Mohd Hasyim sewaktu dihubungi melalui telefon di 
Guangzhou, China sebentar tadi.




"Hari ini adalah Hari Perayaan Krismas untuk penganut agama Kristian di seluruh 
dunia, tetapi Kerajaan China langsung tidak menyambut perayaan tersebut secara 
rasmi di China, walaupun agak ramai penganut-penganut Kristian di sini. Apakah 
pemimpin-pemimpin Kristian tidak prihatin kepada penganut-penganutny a seperti 
MCA yang ingin berlagak hero di kalangan bangsa Cina di Malaysia?" tanya beliau 
yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com merangkap Presiden Grup Universiti 
Ulu Klang.


Namun begitu beliau bersetuju penghantaran memorendum tersebut kepada PAS, 
kerana sekurang-kurangnya MCA sudah mengiktiraf PAS sebagai rakan yang boleh 
dibawa berbincang dan berunding mengenai agama Islam, bahkan lebih berwibawa 
dari rakan komponannya UMNO, walaupun Haji Mohd tidak bersetuju mengenai isi 
kandungan memorendum tersebut. Pada beliau kritik itu sebenarnya bukan kepada 
PAS tetapi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.


"Mereka cabar Kerajaan Malaysia! Mereka cabar pemimpin-pemimpin kerajaan yang 
mengakui Malaysia sebagai negara yang menuju ke arah Islam. Apakah UMNO pun 
setuju dengan MCA yang tak mahu hukum Islam itu?" Tanya beliau lagi. "Pada saya 
PAS kena layan mereka lebih baik lagi. Bukan saja terima memorendum, bahkan 
belanja mereka minum lagi.. Perkenalkan undang-undang Islam sebenar kepada 
mereka, bukan seperti yang diterangkan oleh rakan karib se hidup se matinya 
iaitu UMNO!"

"

















      

Kirim email ke