Orang Asli lagi bijak dan berani

Dilulus terbit pada Thursday, December 25 @ 15:00:00 MYT oleh TokPenghulu



Oleh alifx59

"Saya
menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas Tampin dua kali iaitu pada PRU 2004
dan 2008. Antara tempat tumpuan kami berkempen ialah di Kampong Raja,
berhampiran Felda Pasir Besar, Gemas. Majoriti penduduk di sini ialah
orang Melayu yang berasal dari keturunan orang asli yang memeluk Islam.
Rasanya mereka sudah 2 generasi tetapi wajah mereka masih lagi berwajah
seperti orang asli asal kerana mereka tak mengamalkan kahwin campur
kot. Ha ha.


Yang saya nak ceritakan ialah orang asli di sini
lebih bijak dan berani berpolitik dari orang Melayu Negeri Sembilan dan
NGO Melayu di Malaysia. Apabila mereka meneroka tanah disini dan tidak
dapat geran tanah walaupun sudah berpuluh tahun, maka mereka menjemput
Yam Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar untuk merasmikan
kampong ini dan dinamakanlah kampong Raja. Tak dapat tidak terpaksalah
Isa Samad yang jadi MB ketika itu memberi geran kepada peneroka tanah
di kampong ini. Tak perlu pun tubuh cawangan Umno.

Setiap kali
pilihan raya, penduduk Kampong Raja akan menjemput Pas mengadakan
ceramah di sini. Meriah sekali kempennya, cukup makan minumnya sekali.
Tak payah pun kena sponsor macam di kawasan Melayu lain. Hebat kan.

Apa
yang mereka dapat? Mereka tunjukkan sokongan kepada Pas untuk mengugut
BN agar membuat jalan dan jambatan yang sempurna serta lampu jalan di
dalam kampong mereka. Taktik mereka sentiasa berjaya. Tak payah pun
tubuh cawangan Umno di sini. Undi Pas pun hebat juga di sini.

Saya
teringat cerita ini apabila saya melihat NGO Melayu yang memperjuangan
pemansuhan PPSMI tidak melibatkan Pas secara afgresif. Mereka tak mahu
melibatkan Pas supaya tak mahu dilihat pro pembangkang, tak mahu isu
ini dipolitikkan dan tak mahu Pas lead isu ini. Masyaallah, orang asli
Kampong Raja lebih bijak dan berani lagi....

www.sokongpr.blogspot.com
"







      

Kirim email ke