Adalah diharapkan JAKIM dan Majlis Agama Islam semua negeri di Malaysia ini 
dapat menyediakan teks khutbah Jumaat pada 2 Januari 2009 ini agar semua masjid 
membaca teks khutbah khusus untuk membangkitkan kesedaran kepada semua umat 
Islam di Malaysia ini bahawa membantu rakyat Palestin adalah merupakan satu 
kewajipan.

Berikut adalah teks khutbah yang disediakan oleh Dr Zainurrashid Zainuddin , 
Perunding AMAN Palestin pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2008/05/teks-khutbah-sempena-palestin-dijajah.html

Juga disarankan setiap umat Islam mengadakan solat hajat samada secara individu 
ataupun berjemaah untuk memohon kepada ALLAH swt membantu umat Islam di 
Palestin yang sedang dizalimi.

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil 
Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya 
ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha 
Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)






Kirim email ke