biar susah, jangan menyusahkan.. JUNHAIRI BIN ABD JALIL EKSEKUTIF
PEMASARAN (KAD KREDIT) BANK ISLAM, BANK RAKYAT, EONBANK & MAYBANK ISLAMIC
IKHWAN CARD 019 - 363 5331
Pertanyaan tentang loan - 017 - 6142181 (Hanina)
Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semua makhluk Allah bertasbih
Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.
Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada
padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan
bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW
telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan
nuri.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi
tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah
menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu
lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih.
Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh.
Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah, Riwayat
An-Nasai). Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar “Janganlah kamu membunuh katak
kerana bunyi menguaknya adalah tasbih”. Manakala hadis daripada Anas bin Malik
pula “Kamu jangan membunuh katak kerana ia pernah melalui (melintasi) di atas
api Ibrahim serta membawa air di dalam mulutnya dan menyemburkannya ke atas
api”.
Dalam hadis disebut binatang yang tidak bertasbih memuji Allah akan menjadi
buruan manusia, manakala pokok yang tidak bertasbih akan menjadi kering.
“akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.” . Hanya Nabi Sulaiman yang
diberikan ilmu untuk memahami bahasa binatang.
An-Naml [16] Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi
Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah
diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit
dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah
limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata.
Malah anjing juga beriman kepada Allah dan menjadi pembela sahabat Nabi. Anjing
juga digunakan oleh Allah untuk menasihati seorang wali.
Kisah orang yang memaki Abu Bakar dan Umar digigit anjing
Kisah Allah mengajar walinya melalui seekor anjing
Kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang zikir, tasbih dan sebut nama Allah.
Tidak berlaku kiamat sebelum Allah tamatkan perkhidmatan orang Islam. Allah
buat dunia ini bulat supaya setiap masa (24 jam) ada sahaja orang beribadat dan
mengingatinya. Sebab itulah waktu solat,puasa dan raya tidak sama di semua
tempat. Dunia tidak boleh kosong dari hubungan dengan Allah. Kita (umat Islam)
ini penawar kepada dunia. Selama mana kita patuh pada Allah, selama itulah
dunia bertahan. Bila dekat kiamat, Allah matikan semua orang Islam, cabut
Al-Quran dari hati orang Islam.
“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan
“Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.