Sepertimana kita dok baca ayat-ayat Allah (ayat 2 al Ankabut) yang bermaksud untuk seseorang itu mengaku beriman ianya perlu dibuktikan melalui pelbagai ujian daripada Allah SWT sendiri. Antaranya termasuklah ujian menanggung kemiskinan dan lapar. Maka mana-mana negara orang Islam yang miskin bererti mereka sedang menerima ujian dilanda kemiskinan itu maka mereka mestilah menerima dengan redha dan berusaha mengatasi kesmiskinan dengan penoh sabar dan keimanan. Bagi mereka yang kaya pula termasuk negara-negara Arab yang kaya sebenarnya sedang menerima ujian Allah dengan kekayaan yang dianugerah kepada mereka. Negara-negara Arab/Islam ini semakin tamak dengan penguasa-penguasa setiap negara hanya memikirkan kelangsungan kekuasaan mereka sama ada secara politik mau pun sistem beraja. Mereka sebenarnya berlindung kepada Amerika Syarikat bagi tujuan tersebut. Amerika Syarikat pula seperti yang kita ketahui politiknya dan ekonominya dikuasai Yahudi mestilah memastikan negara-negara Arab ini tidak angkat muka untuk melakukan sesuatu tindakan yang keras keatas Yahudi yang menyembelih rakyat Palestin. Yahudi sepertimana yang Allah nyatakan melalui kitab Nya al Quran adalah satu bangsa yang bukan sekadar mempermainkan bahkan sanggup menyembelih ramai para Nabi dan Rasul maka apakah mereka nak takutkan untuk menyembelih rakyat Palestin sesudah merampas bumi Palestin dan mewujudkan negara Yahudi haram itu !! Kalau ada mana-mana pemimpin negara Arab yang cuba menunjuk simpati kepada rakyat Palestin/Gaza terutama dengan cara ketenteraan pasti mereka tidak akan selamat dari tindakan Amerika Syarikat (bapa angkat Yahudi laknat itu). Maka lebih takutlah pemimpin-pemimpin Arab ini kepada Amerika daripada takut dan berserah diri kepada Allah SWT. Maka kekayaan yang Allah beri kepada mereka (negara-negsara Arab) tetapi tidak mereka gunakan untuk membela orang-orang Islam yang dizalimi maka tiada jaminan kekayaan itu Allah akan terus kekalkan buat mereka. Mereka lupa bahawa kekayaan yang merupakan nikmat daripada Allah jika tidak digunakan dijalan Allah pasti akan terhapus sepertimana Qarun yang tamak haloba maka akhirnya tenggelam ditelan bumi bersama-sama harta kekayaan nya. Bukan sekadar hilang segala kekayaan tapi dikhuatiri mati pemimpin-pemimpin Arab ini juga mungkin sama seperti mati Yahudi Laknatullah itu. Apakah kekayaan itu bakal dikurniakan kepada negara lain yang pemimpin-pemimpinnya dari kalangan mereka yang benar-benar beriman dan tidak tunduk kepada kaum kafir ? Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sun, 1/4/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kasut itu sepatutnya singgah ke muka pemimpin Arab To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, January 4, 2009, 6:57 AM Kasut itu sepatutnya singgah ke muka pemimpin Arab Ahmad Tajdid Thu | Jan 01, 09 | 1:02:48 pm MYT Stesen TV Al-Jazeera dalam rancangan "Inside" yang disiarkan di Malaysia melalui rangkaian Astro, 31 Disember lalu menampilkan debat dalam talian (online) antara tiga panelis berhubung isu serangan terbaru regim haram Israel ke atas semenanjung Gaza. Iklan Ia menampilkan seorang aktivis media Palestin berbangsa Arab, aktivis hak asasi manusia berpangkalan di London berbangsa Inggeris, dan seorang ahli akademik Israel berbangsa Yahudi. Ketiga-tiga panelis memberikan hujah mereka secara bersahaja dan meyakinkan, menandakan konflik yang berlaku di Palestin kini memang sudah berada dikotak pemikiran mereka. Aktivis media Palestin berbangsa Arab itu sudah pasti memberikan pandangan bersandarkan fakta yang menyebelahi rakyat Palestin, yang bagi beliau menjadi mangsa kekejaman Isreal. Israel baginya bukan sahaja bermaharajalela menyerang, menindas dan membunuh rakyat Palestin; malah berjaya meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa negara pengganas itu adalah sebenarnya 'mangsa' kepada tindakan ganas rakyat Palestin khususnya Hamas. Dan tindakan Israel menyerang Palestin dilihat oleh sekutu-sekutu rapatnya - Amerika, Britain dan Eropah - sebagai usaha mempertahankan diri daripada serangan pejuang Hamas! Aktivis hak asasi manusia berpusat di London - seorang perempuan tua berbangsa Inggeris - secara terang-terangan membela Hamas yang pada hemat dirinya adalah pertubuhan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza. Beliau bukan sahaja mengecam Israel kerana keganasannya, tetapi juga menempelak kuasa besar dunia khususnya Amerika yang enggan menerima Hamas sebagai penguasa di Gaza; satu pilihan rakyat Palestin yang dibuat melalui proses demokrasi. Seorang lagi panelis, ahli akademik Israel pula pastinya melihat isu itu melalui sudut pandang negaranya. Beliau membela kempen serangan Isreal terhadap Gaza dan menyalahkan Hamas yang baginya menjadi duri dalam daging kewujudan negara Israel. Hamas bagi beliau adalah kumpulan pengganas yang dikelompokkan bersama Syria, Iran dan Hizbullah. "Paksi kejahatan" ini, tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan mahu negara Yahudi itu dihapuskan daripada peta dunia. Perbincangan atau lebih tepatnya perdebatan antara tiga panelis itu amat menarik untuk disorot. Bagaimanapun penulis rasa terpana dengan sanggahan hujah ahli akademik Israel itu. Menurut beliau, jika benar serangan Isreal terhadap Gaza itu bakal menggugat keamanan serantau dan menjadikan rantau Timur Tengah sebagai tidak stabil, mengapa tiada sebarang tindakan atau bantahan dibuat oleh negara-negara Arab di rantau itu terhadap operasi ganas tentera Israel di Gaza? Dan baginya, sikap tidak peduli dan acuh tak acuh negara-negara Arab serantau terhadap konflik terkini yang tercetus di Gaza, menandakan kempen ganas Israel terhadap penduduk Palestin khususnya pejuang Hamas 'direstui' negara-negara tersebut. Maka penulis pun teringat kisah seorang wartawan Iraq, Muntazer Al-Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika, George Bush dalam satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki di Baghdad, baru-baru ini. Muntazer ditangkap dan bakal didakwa kerana kesalahan menghina seorang pemimpin negara asing. Beliau tidak menyesali tindakannya itu malah dianggap sebagai hero oleh masyarakat Arab kerana berjaya memalukan Bush yang banyak melakukan jenayah kemanusiaan di rantau itu. Ada yang mahu menjadikannya menantu kerana tertarik dengan keberaniannya. Tidak kurang juga yang berdemonstrasi membawa kasut di tangan bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Muntazer. Menyesali kegagalan pemimpin-pemimpin negara Arab menangani isu Palestin apatah lagi membela rakyat Palestin di Gaza yang kini menjadi bahan belasahan Isreal; alangkah baiknya jika kasut-kasut pemuda Arab itu singgah ke hidung-hidung para pemimpin mereka!_
