Salam utk semua,
 
Perkara nak selamatkan melayu ni dah lama kita dengar. Sedari saya kecil sampai 
la ni kita dok asyik cerita soal nak tolong bangsa sendiri. Terlalu besarlah 
pada saya untuk menolong keseluruhan masalah bangsa kita dan cukuplah dgn 
kemampuan saya sendiri.
 
Jadi, yang saya mampu ialah dengan pergi ke warung atau kedai makan orang 
melayu. Kisah yang sama orang kita ni kalau berniaga mesti takde duit kecik. 
Asyik tanya dgn muka berkerut " duit kecik takde ke bang?' Walhal yang berniaga 
dia, bukan kita! Kita pulak yg dia marah kerana beri duit besar. Kalau pegi 
mamak tu tak pernah pulak pengalaman saya ada masalah duit kecik ni. Bagi RM50 
nak bayar teh tarik pun dorang ambik dgn muka senyum. Sebab dorang faham ini 
sebahagian dari pengurusan perniagaan.
 
Sama juga lah dgn pemandu teksi melayu, cerita basinya, duit kecik takde 
padahal dah tau yang dia tu berurusan dgn duit setiap hari tp persediaan takde. 
Kita jugak kena marah lagi sbb bagi duit besar waktu pagi. Maknanya si pemandu 
tu berharap pelanggan yang pecahkan duit dia supaya dia senang tak payah nak 
pegi bank pecahkan duit.
 
Sama juga lah, saya ni pernah lah kerja dgn bangsa lain selama beberapa tahun, 
selepas berfikir, saya pun ambil keputusan utk bekerja dgn bangsa sendiri, nak 
tolong ornag kita, bangsa yg amat kita sayang, tuan tanah melayu kita ni. Janji 
manis itu ini bukan main tinggi lagi masa mengajak kita bekerja sama dgn dia. 
Bonus lah, elaun la, insuran la...tup! tup! KWSP pun tak bayar! Tapi saya boleh 
sabar lagi. Lepas beberapa bulan keje, gaji pulak nak kena potong sbb ekonomi 
meleset katanya, tapi kereta dia makin bertambah, bercuti anak beranak kat luar 
negara. Staff yang bermati matian keje sampai pagi haram satu sen pun tak 
merasa.
 
Selamatkan Melayu! Selamatkan Melayu! Selamatkan Melayu!
 
Pada saya kalau nak selamatkan melayu, bangsa kita yang 'hebat' sangat ni, tak 
perlu lah kita nak dok cerita pasal UMNO ke, PAS ke, PKR ke..kita yang kat 
bawah ni kena ubah sendiri! Mereka semua kat atas tu tak dapat selamatkan kita 
dah..dorang semua sibuk dgn urusan 'akaun' masing masing.
 
Mulakan dgn diri sendiri, keluarga, jiran sebelah rumah tu, kawan kawan rapat 
dan jauh.
Bangsa kita dah lupa solat jemaah. Cuba pegi solat subuh kat surau memasing, 
tengok berapa saf je ada. silap2 satu saf pun tak sampai! Orang tua yang 
bertongkat je ada! yang muda mana?
 
Kita marah, melaungkan hak kita, ada kita sempurnakan hak orang lain?
 
Ada kita jalankan hak Allah dgn sempurna?
 
Ada kita dirikan hak agama kita Islam dgn sempurna?
 
Nampak orang pakai serban ramai ramai waktu petang ajak ke masjid saja, dah 
lintang pukang lari sbb malas nak ke masjid.
 
Jadi pada saya, kita tak payah nak cerita hal orang lain tak penuhi hak kita. 
Soalnya, adakah kita dah sempurnakan hak Allah?
 
wallahualam

<a rel="nofollow" target="_blank" href="http://tinypic.com/";><img 
style="WIDTH:213px;HEIGHT:166px;" height="375" alt="Image and video hosting by 
TinyPic" src="http://i3.tinypic.com/w0t9gn.jpg"; width="407" border="0"></a>

--- On Thu, 1/8/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu 
, Selamatkan Melayu
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, January 8, 2009, 7:20 AM











Waalaikumusalam wbt,
 
       Kalau nak harapkan UMNO lah nak tolong Melayu tentu Terengganu yang 
negerinya kaya raya rakyatnya tak ada yang miskin. Tapi dari apa yang kita dok 
dengar ramai sangat dari kalangan orang Melayu yang merupakan ? 99% dari rakyat 
Terengganu yang dhaif. Bila PAS menang PRU tahun 1999 dan dapat memerintah 
Terengganu UMNO yang menguasai kerajaan Pusat tarik balik wang Royalti minyak. 
Kemudian wang berbilion ringgit itu diberikan kepada  ? pemuka UMNO Terengganu 
sebagai wang ehsan konon nya untuk rakyat juga. Dengar cerita pula wang ehsan 
tu hanya dapat kepada rakyat Terengganu hanya yang tiris saja, entah berapa 
juta saja daripada ribuan juta !! Tolong Melayu kah macam tu ?? Mungkinlah 
ketika nak sambut raya berilah seratus dua ratus ringgit tapi apa projek jangka 
panjang untuk tambah pendapatan rakyat dan tambah peluang pekerjaan ?? Ada 
projek-projek canggih tapi tidak bermunafaat kepada rakyat.
 
     Bila Kedah diperintah PAS ada dari kalangan UMNO dok kata Kedah tak ada 
duit nak bayar gaji kakitangan pada hal kakitangan kerajaan negeri Kedah tu 
bukankah ramai yang Melayu ? Apa perlu dok kutuk ? patutnya tolong-tolonglah !! 
Itu dalam soal wang ringgit tapi mertabat Melayu pun dah runtuh. Elok-elok 
bahasa Melayu dah berkembang sampai keperingkat antara bangsa mereka ubah pula 
dasar suruh budak-budak belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. UMNO 
sebenarnya dah tak tentu arah. Elok lah beri peluang pula kepada Melayu yang 
bukan UMNO memerintah. Wallahua'lam
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Sat, 1/3/09, Ismail ab. rah...@yahoo. com <Ismail ab. rah...@yahoo. com> 
wrote:

From: Ismail ab. rah...@yahoo. com <Ismail ab. rah...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu 
, Selamatkan Melayu
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Saturday, January 3, 2009, 8:50 PM









Askm. Apakah yg dimaksudkan dgn selamatkan bangsa Melayu. Kpd siapa ditujukan 
kata-kata ini? Siapa yang tindas Melayu? Tidakah bangsa Melayu sendiri menindas 
Bangsa Melayu? UMNO (Parti Melayu) menindas PAS (juga parti dianggota oleh 
orang Melayu. Adakah MCA menindas DAP dan GERAKAN atau parti bangsa selain 
Melayu? Cakap bersemangat tetapi amalan sangat mendukacitakan. Maaf kalau 
tersinggong.
 
Melayu jati.

--- On Sun, 12/28/08, su...@yahoo. com <su...@yahoo. com> wrote:

From: su...@yahoo. com <su...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu , 
Selamatkan Melayu
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, December 28, 2008, 7:42 AM




Selamatkan bangsa Melayu dari kehancuran , kehinaan , menjadi bangsa bangsat 
tanpa maruah harga diri. Ketahui DUA musuh utama orang Melayu yang menhancurkan 
bangsa Melayu di Malaysia sekarang ini di laman web PMBAJ di http://pmbaj. 
blogspot. com


















      

Kirim email ke