salam sahabat ku sekalian... maaf teman bukan ngadu tapi nak tau Teman pun tak pasti dengan peranan selamatkan melayu.. Bagi teman tak kira la dari mana fahaman politiknya,semua nak selamatkan melayu..nak bangkitkan bangsa melayu.. tapii bila melayu kutuk melayu, islam kutuk islam dah jadi perkara biasa dikalangan kita..macam mana nak dikatakan tolong melayu??? Teman bukan nak ngata tetapi teman banyak berjalan tengok tempat orang..rata-rata tempat mesti kutuk mengutuk sesama diri..sapa??? ORANG MELAYU LA... masing-masing bangga dengan fahaman diri...padahal kalau nak ikutkan kome tu orang melayu agama islam..tapi perangai tak pernah cermin diri sebagai ISLAM..Tolonglah buang suma tu..kita sama2 bangkit..baru tak kena tindas..
SATU KISAH Tempat X kena banjir ke ribut ke tsunami ke..bila orang lain fahaman plotik dia akan kata tempat X kena bala...tapi bila bencana tu jadi tempat kampung halaman sendiri..dia kata tuhan nak ujian/dugaan untuk beriman mcm geng dia..tapi dia sedar tak tuhan turunkan bala yang macam dia kata kat tempat X tu pun merupakan ujian bukan hanya untuk orang kat situ, tuhan nak tengok sama ada orang macam dia tu yang kata diri sendiri beriman/bagus sanggup tak memberi bantuan kepada saudara dia yang berlainan fahaman tapi satu agama....itu lah REALITI sekarang..MENTALALITI ORANG MELAYU Ingatlah Tuhan Menjadikan sesuatu bencana bukan hanya untuk seseorang tapi juga untuk orang sekeliling dia..kalu menda macam ni pun x boleh nak settle..teman tak nampak pun jalan kuar untuk SELAMAT.. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Monday, January 12, 2009 1:14:21 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu Salam utk semua, Perkara nak selamatkan melayu ni dah lama kita dengar. Sedari saya kecil sampai la ni kita dok asyik cerita soal nak tolong bangsa sendiri. Terlalu besarlah pada saya untuk menolong keseluruhan masalah bangsa kita dan cukuplah dgn kemampuan saya sendiri. Jadi, yang saya mampu ialah dengan pergi ke warung atau kedai makan orang melayu. Kisah yang sama orang kita ni kalau berniaga mesti takde duit kecik. Asyik tanya dgn muka berkerut " duit kecik takde ke bang?' Walhal yang berniaga dia, bukan kita! Kita pulak yg dia marah kerana beri duit besar. Kalau pegi mamak tu tak pernah pulak pengalaman saya ada masalah duit kecik ni. Bagi RM50 nak bayar teh tarik pun dorang ambik dgn muka senyum. Sebab dorang faham ini sebahagian dari pengurusan perniagaan. Sama juga lah dgn pemandu teksi melayu, cerita basinya, duit kecik takde padahal dah tau yang dia tu berurusan dgn duit setiap hari tp persediaan takde. Kita jugak kena marah lagi sbb bagi duit besar waktu pagi. Maknanya si pemandu tu berharap pelanggan yang pecahkan duit dia supaya dia senang tak payah nak pegi bank pecahkan duit. Sama juga lah, saya ni pernah lah kerja dgn bangsa lain selama beberapa tahun, selepas berfikir, saya pun ambil keputusan utk bekerja dgn bangsa sendiri, nak tolong ornag kita, bangsa yg amat kita sayang, tuan tanah melayu kita ni. Janji manis itu ini bukan main tinggi lagi masa mengajak kita bekerja sama dgn dia. Bonus lah, elaun la, insuran la...tup! tup! KWSP pun tak bayar! Tapi saya boleh sabar lagi. Lepas beberapa bulan keje, gaji pulak nak kena potong sbb ekonomi meleset katanya, tapi kereta dia makin bertambah, bercuti anak beranak kat luar negara. Staff yang bermati matian keje sampai pagi haram satu sen pun tak merasa. Selamatkan Melayu! Selamatkan Melayu! Selamatkan Melayu! Pada saya kalau nak selamatkan melayu, bangsa kita yang 'hebat' sangat ni, tak perlu lah kita nak dok cerita pasal UMNO ke, PAS ke, PKR ke..kita yang kat bawah ni kena ubah sendiri! Mereka semua kat atas tu tak dapat selamatkan kita dah..dorang semua sibuk dgn urusan 'akaun' masing masing. Mulakan dgn diri sendiri, keluarga, jiran sebelah rumah tu, kawan kawan rapat dan jauh. Bangsa kita dah lupa solat jemaah. Cuba pegi solat subuh kat surau memasing, tengok berapa saf je ada. silap2 satu saf pun tak sampai! Orang tua yang bertongkat je ada! yang muda mana? Kita marah, melaungkan hak kita, ada kita sempurnakan hak orang lain? Ada kita jalankan hak Allah dgn sempurna? Ada kita dirikan hak agama kita Islam dgn sempurna? Nampak orang pakai serban ramai ramai waktu petang ajak ke masjid saja, dah lintang pukang lari sbb malas nak ke masjid. Jadi pada saya, kita tak payah nak cerita hal orang lain tak penuhi hak kita. Soalnya, adakah kita dah sempurnakan hak Allah? wallahualam <a rel="nofollow" target="_blank" href="http:/ /tinypic. com/"><img style="WIDTH: 213px;HEIGHT: 166px;" height="375" alt="Image and video hosting by TinyPic" src="http:// i3.tinypic. com/w0t9gn. jpg" width="407" border="0"></a> --- On Thu, 1/8/09, kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com> wrote: From: kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Thursday, January 8, 2009, 7:20 AM Waalaikumusalam wbt, Kalau nak harapkan UMNO lah nak tolong Melayu tentu Terengganu yang negerinya kaya raya rakyatnya tak ada yang miskin. Tapi dari apa yang kita dok dengar ramai sangat dari kalangan orang Melayu yang merupakan ? 99% dari rakyat Terengganu yang dhaif. Bila PAS menang PRU tahun 1999 dan dapat memerintah Terengganu UMNO yang menguasai kerajaan Pusat tarik balik wang Royalti minyak. Kemudian wang berbilion ringgit itu diberikan kepada ? pemuka UMNO Terengganu sebagai wang ehsan konon nya untuk rakyat juga. Dengar cerita pula wang ehsan tu hanya dapat kepada rakyat Terengganu hanya yang tiris saja, entah berapa juta saja daripada ribuan juta !! Tolong Melayu kah macam tu ?? Mungkinlah ketika nak sambut raya berilah seratus dua ratus ringgit tapi apa projek jangka panjang untuk tambah pendapatan rakyat dan tambah peluang pekerjaan ?? Ada projek-projek canggih tapi tidak bermunafaat kepada rakyat. Bila Kedah diperintah PAS ada dari kalangan UMNO dok kata Kedah tak ada duit nak bayar gaji kakitangan pada hal kakitangan kerajaan negeri Kedah tu bukankah ramai yang Melayu ? Apa perlu dok kutuk ? patutnya tolong-tolonglah !! Itu dalam soal wang ringgit tapi mertabat Melayu pun dah runtuh. Elok-elok bahasa Melayu dah berkembang sampai keperingkat antara bangsa mereka ubah pula dasar suruh budak-budak belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. UMNO sebenarnya dah tak tentu arah. Elok lah beri peluang pula kepada Melayu yang bukan UMNO memerintah. Wallahua'lam ibnuAli kota jembal --- On Sat, 1/3/09, Ismail ab. rah...@yahoo. com <Ismail ab. rah...@yahoo. com> wrote: From: Ismail ab. rah...@yahoo. com <Ismail ab. rah...@yahoo. com> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Saturday, January 3, 2009, 8:50 PM Askm. Apakah yg dimaksudkan dgn selamatkan bangsa Melayu. Kpd siapa ditujukan kata-kata ini? Siapa yang tindas Melayu? Tidakah bangsa Melayu sendiri menindas Bangsa Melayu? UMNO (Parti Melayu) menindas PAS (juga parti dianggota oleh orang Melayu. Adakah MCA menindas DAP dan GERAKAN atau parti bangsa selain Melayu? Cakap bersemangat tetapi amalan sangat mendukacitakan. Maaf kalau tersinggong. Melayu jati. --- On Sun, 12/28/08, su...@yahoo. com <su...@yahoo. com> wrote: From: su...@yahoo. com <su...@yahoo. com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Sunday, December 28, 2008, 7:42 AM Selamatkan bangsa Melayu dari kehancuran , kehinaan , menjadi bangsa bangsat tanpa maruah harga diri. Ketahui DUA musuh utama orang Melayu yang menhancurkan bangsa Melayu di Malaysia sekarang ini di laman web PMBAJ di http://pmbaj. blogspot. com
