Saudari Nadiah,

Ramai Cina Muslim yang mengekalkan nama asal mereka apabila memeluk agama 
Islam. Contohnya: 

1) Dr. An Wan Seng (Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM dan Tokoh Maal 
Hijrah Saudara Muslim Negeri Selangor 1430H/2008)

2) Lim Jooi Soon (Pegawai Dakwah MACMA). Sila rujuk
http://chooseislam.wordpress.com/2007/11/02/lim-jooi-soon-selesa-guna-nama-asal/

Sekian, dimaklumkan.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, January 12, 2009 3:14:56 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Gerai Nasi Ayam


*** Remark: di forwardkan oleh seseorang..***
 


Gerai Nasi Ayam GOH BENG SIM di R&R Tapah - Orang Islam Tak Kisah atau Tertipu


Hari Ahad 3 November aku, isteri dan Amalia Huda (anak) singgah di R & R Tapah 
dalam perjalanan balik dari Taiping untuk menunaikan solat dan mungkin menjamah 
sesuatu. Dipendekkan cerita selepas solat kami pun menuju ke kawasan gerai 
makanan. Boleh tahan ramainya orang walaupun bukan dalam cuti umum. Susah juga 
nak cari meja kosong. Cari punya cari dapatlah satu meja 6 kerusi. Kami 3 
orang, ada orang nak kongsi kami alu-alukan. 
  
Sambil menunggu isteri & anak membeli makanan, aku tiba-tiba mata aku tertumpu 
pada Gerai nasi ayam EXPRESS STALL yang betul-betul berdepan dengan temput 
duduk aku. Lelaki yang di bahagian depan yang menguruskan pesanan dan 
pembayaran kelihatan macam orang melayu tapi pakai rantai. Melayu kut. Melayu 
pun ramai yang pakai rantai leher. Aku teringat dulu ada gerai nasi ayam cina 
(ikut nama yang tertulis kat "signboard") yang aku nyaris-nyaris terbeli nasi 
ayamnya.


Mata aku terus tertumpu kepada signboard gerai tu. "GOH BENG SIM" Nama "owner" 
agaknya. Nama Gerai "Express Stall". Bila aku lihat ke dalam gerai aku lihat 
tukang masak dan yang bekerja semua macam cina. Cuma mereka ni berpakaian 
seragam yang sopan dengan kupiah tutup kepala berwarna putih. Secara sepontan 
boleh membuatkan fikiran kita kata cina muslim agaknya. Tapi nama tuan punya 
"GOH BENG SIM" menyebabkan aku berpendapat gerai ini adalah kepunyaan orang 
cina. Dua tanda halal di papan tanda mengesahkan lagi. Kerana biasanya gerai 
orang melayu tak meletak tanda halal di gerainya. 

Apa yang ingin aku ketengahkan ini bukan soal perkauman. Aku sebagai seorang 
muslim memang takkan makan makanan masakan orang bukan muslim. Walaupun ada 
sebilangan orang melayu yang tak kisah, aku rasa ramai yang takkan makan kalau 
jelas Nasi Ayam tu "Non Muslim" yang masak. Tapi aku lihat ramai juga orang 
islam yang makan digerai tersebut. Yang bertudung, yang berkupiah putih, pak 
aji mak aji. 

Yang menambahkan geram aku tu bila lihat orang cina yang bekerja di gerai 
tersebut bekerja dengan gaya tertunduk-tunduk seolah-olah nak mengelakkan orang 
mengecam mereka dan mereka tidak akan bersuara kecuali lelaki muda yang 
kelihatan seperti melayu. Sempat juga aku memberitahu 2,3 orang adik-adik yang 
kelihatan hendak membeli di gerai tersebut. Apabila diberitahu mereka kata 
"nasib baik". Memang mereka tak perasan.


Soalnya sekarang salah siapa? Adakah PLUS harus memainkan peranan supaya 
pengguna Islam tak tertipu atau kita sendiri sebagai pengguna harus 
berhati-hati dalam memilih gerai. Aku pernah terkena sekali di Gerai Nasi Ayam 
kat Giant Batu 3, Shah Alam. Bila dah habis makan baru perasan. Rasa nak muntah 
pun ada. Aku sertakan juga gambar untuk tatapan korang.      



      

Kirim email ke