Setiap kali munculnya Tahun Baru Cina maka ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berminat dengan ramalan yang dikeluarkan oleh pakar-pakar ramal berkaitan dengan tahun yang bakal mendatang. Lantaran itu pelbagai telahan akan dikeluarkan oleh mereka berkaitan dengan aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, kehidupan individu dan lain-lain lagi. Budaya ramalan sebegini sebenarnya bukanlah ekslusif milik kaum Cina sahaja malah ianya juga wujud dalam pelbagai masyarakat yang lain. Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah juga amat terpengaruh dengan tilikan tukang ramal sebegini. Malah penduduk di negara-negara barat turut terdorong untuk mempercayai ramalan horoskop. Mereka membahagikan individu mengikut bintang-bintang melalui tarikh lahir mereka seperti Aries, Pisces, Sagitarius dan lain-lain. Menerusi bintang-bintang ini mereka meramalkan apa yang bakal berlaku kepada individu tersebut sepanjang tahun, bulan bahkan setiap hari. Ramalan-ramalan horoskop sebegini turut diberikan ruangan khusus dalam beberapa akhbar-akhbar harian di Malaysia. Ini semua membuktikan bahawa hal-hal sebegini memiliki pengaruh yang besar dalam masyarakat kita.
Apakah hukum mengamalkan dan mempercayai Ilmu Astrologi ini? Utk maklumat lanjut sila ke : http://akob73.blogspot.com/2009/01/gong-xi-fa-cai-dan-ilmu-astrologi.html
